*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pendaftaran pemilih 2000 telah dibuka sehingga 19 Jun 2000. Kepada semua
yang belum mendaftar atau ingin menukar kawasan mengundi sila bertindak
sekarang.

Anda adalah dinasihatkan tidak mendaftar melalui KEMAS atau sesiapa jua yang
tidak anda kenali. Mendaftar melalui KEMAS tidak digalakkan sama sekali
berdasarkan fungsinya umpama Unit Perpaduan Ummah yang ditubuhkan di
Terengganu dulu. Untuk renungan kita semua:  Di Sanggang pada pilihanraya
kecil baru-baru ini dianggarkan 700 orang pengundi PAS tidak dapat mengundi
sedangkan mereka kebanyakannya adalah penduduk tempatan dan tidak mengisi
borang memindah kawasan mengundi. Ini angkara siapa?....

Jika anda ingin menukar tempat mengundi disebabkan telah berpindah, jika
boleh, mendaftar dikawasan yang berhampiran (untuk memudahkan anda mengundi
nanti) dimana kawasan tersebut peluang BA untuk menang adalah besar. Anda
boleh menggunakan alamat saudara-mara, rakan sekerja atau kenalan. Carilah
kawasan prospek yang berhampiran dengan anda.

Beberapa kawasan prospek BA: Gombak, Shah Alam, Titiwangsa, Cheras, Bangsar,
Ampang, dll

Untuk makluman: Persempadanan semula akan dibuat untuk pilihanraya yang akan
datang. Ini berdasarkan apa yang berlaku pada masa lalu persempadanan semula
akan dibuat setiap 2 kali pilihanraya. Terakhir pada 1995. Kesempatan ini
akan digunakan oleh BN untuk memecahkan kawasan undi.

Walaubagaimanapun, dengan strategi ini peluang untuk menang tetap cerah,
terutamanya dikawasan yang majoriti kekalahan BA adalah kecil dan jika kita
bersatu dikawasan yang peluang menang adalah besar.

Diminta jua kerjasama kepada anda semua untuk menyebarkan maklumat ini
kepada semua Rakyat Malaysia yang layak mengundi supaya bertindak sekarang.
Adalah lebih baik bertindak awal kerana kebiasaannya pendaftaran pada tahun
akhir sebelum pilihanraya tidak melayakkan anda untuk mengundi. Mengundi
adalah lebih penting daripada kita berdemonstrasi kerana kuasa sebenar
adalah dari peti undi.

Ini adalah ikhtiar kita, semoga Allah memberikan kemenangan kepada BA pada
pilihanraya akan datang.


Semakan daftar pengundi melalui web sila ke laman berikut:

http://daftar.spr.gov.my





 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Info SPR" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke