*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

 
 

     Laman M@RHAEN dapat diakses drp: http://marhaen0.tripod.com/ - 
http://marhaen1.tripod.com/ - http://marhaen2.tripod.com/ - 
http://marhaen3.tripod.com/ -  http://e-umno.tripod.com/ 

--------------------------------------------------------------------------------
TANYA SAMA ITU MALUAN - 2
Kenapa niagakan Perkhidmatan Kesihatan? 
Oleh Dr Nologareng 

http://marhaen0.tripod.com/mar_a_drnologareng49.html

--------------------------------------------------------------------------------

Mana-mana manusia juga inginkan kesihatan mental dan fizikal yang baik. Lantas mereka 
begitu menjaga kesihatan diri dengan kaedah diet seimbang, senaman dan juga 
pemeriksaan kesihatan yang berkala. Tiada manusia yang sihat akalnya sanggup 
memperlekehkan tahap kesihatannya apatah lagi dengan mendedahkan diri kepada sumber 
yang merbahaya. 
Bagi orang Islam, hatta dalam doa hariannya juga memohon kebaikan kesihatan dari Allah 
yang Maha Kuasa. Manakala doktor yang juga memanjatkan doa bagi pesakit tatkala 
merawat dan menyuntik pesakitnya. Apa juga kaedah adalah ikhtiar manusia bagi 
memperolehi kesihatan yang baik. 

Secara tradisinya masyarakat dahulu kala menggunakan khidmat pawang, dukun atau orang 
alim bagi merawat sesuatu penyakit. Sebagai imbalannya, si pesakit apabila sembuh 
memberi sagu hati sebagai tanda berterimakasih atau pemutus ubat. Kemudiannya 
pengetahuan ubatan secara tradisinya diperturunkan kepada generasi yang kemudian. 
Mana-mana yang berminat akan menanam atau menyimpan bahan-bahan perubatan bagi 
memudahkan masyarakat sekelilingnya memperolehi apabila berhajat. 

Dunia perubatan moden telah berkembang pantas dengan konsep turun-temurun 
pengamalannya telah berubah dengan pembelajaran secara rasmi. Setiap yang cerdik dan 
meminati berpeluang untuk menjadi ahli perubatan atau digelar Doktor. Seiring dengan 
itu, prasarana perkhidmatan kesihatan juga berkembang dan bertambah maju mengikuti 
peredaran zaman. Negara kita mempunyai Perkhidmatan Perubatan dan Kesihatan yang 
membentuk sistem perkhidmatan kebangsaan di bawah Kementerian Kesihatan yang diketuai 
oleh seorang Menteri. 

Perkhidmatan swasta pula menjadi pelengkap dan seringkali pula menawarkan perkhidmatan 
yang terkini dan tiada dalam inventori Hospital Awam. 

Menjelang PEMILU tahun 1999 dahulu, negara dikejutkan dengan berita perkhidmatan 
kesihatan akan diswastakan. Kemelut yang timbul kemudiannya memaksa Menteri Kesihatan 
Chua Jui Ming menangguhkan pelaksanaannya. Perhatikan kata kunci di sini, MENANGGUH 
bukannya membatalkan terus penswastaan itu!! 

Kerajaan hari ini yang sering melaungkan berbagai slogan yang sedap didengari bukanlah 
sebuah kerajaan yang mesra rakyat dan prihatin. Slogan dan moto yang dihebahkan ke 
dalam masyarakat tak lebih dari gimik jualan murah atau sebagai perangkap undi 
semata-mata. Jika diperhatikan dengan lebih teliti, kerajaan UmnoBn sekarang sering 
mengengkari janji dan slogan mereka sendiri. Sekiranya betul mereka mengamalkan 
pentadbiran bersih, cekap dan amanah tak mungkin negara menjadi begitu teruk sekali 
institusinya dilacuri dan diliwat Mahathir. Begitu juga dengan manifesto ‘Tradisi 
membela rakyat’ yang kini menjadi bahan lelucon Tradis membelaKANGkan Rakyat. Memang 
betul pun…… 

Sekarang kita perhatikan pula siapakah golongan yang sering mendapatkan rawatan di 
hospital dan pusat kesihatan awam seluruh negara. Rakyat marhaen yang terdiri daripada 
berbagai kaum. Kebetulan pula orang Melayu adalah kaum majoriti, maka Melayulah yang 
menjadi pelanggan utamanya. Kenapa pula Hospital milik swasta dipenuhi oleh kaum lain 
seperti Cina dan India? Sedangkan faktanya tetap Melayu yang majoriti. Jawapannya 
ialah kerana kemampuan ekonomi mereka yang jauh meninggalkan orang Melayu. 

Tidak ada mana-mana orangpun yang mendoakan penyakit dan musibah untuk dirinya serta 
keluarga. Oleh itu penyakit adalah pemberian Allah terhadap seseorang sebagai 
penebusan dosa, ujian atau sebagainya. Manakala berikhtiar mengubati penyakit pula 
adakah usaha yang dianjurkan demi untuk beribadat kepada Allah. 

Kita sering menjumpai di laman akhbar bagaimana ada di kalangan kita yang tidak mampu 
membiaya rawatan penyakit mereka. Akhbar menjadi tempat mereka mengadu nasib meminta 
simpati dan sumbangan dari rakyat. Keadaan ini amat memilu dan menyedihkan. Suatu masa 
dahulu, kita tidak pernah melihat rakyat meminta sedekah di dada akhbar. Di zaman 
Malaysia Boleh ini, keperluan kesihatan rakyat telah diperlekehkan oleh pemerintah 
tanpa penyediaan peruntukan yang secukupnya. Regim Mahathir menjadi bakhil dengan 
rakyatnya sendiri. 

Mengikut maklumat yang diterima, Perkhidmatan sokongan dalam hospital seperti 
Kejuruteraan, cucian dobi, makanan, bekalan ubat dan kebersihan sekitaran telahpun 
diswastakan. Cuma perkhidmatan perubatan sahaja belum diselesaikan urusan 
penswastaannya. Sekiranya permasalahan itu selesai, tentu sahaja Regim ini akan 
umumkan penswastaan hospital sepenuhnya. Tentu sahaja alasan yang diberikan itu 
menarik dan sedap telinga mendengarnya. Akan tetapi itulah madu yang beracun dan pahit 
untuk rakyat marhaen. 

Prinsip menahan lukah di pergentingan bukanlah suatu yang asing bagi Regim Mahathir. 
Lihatlah di mana sahaja ada peluang membuat duit, ke situlah peluang niaga diujudkan 
hatta terhadap perkhidmatan kesihatan. Sebagai permulaannya tentu sahaja kos 
rawatannya rendah dan mampu ditanggung rakyat jelata. Itu adalah pada peringkat 
awalannya sahaja dengan subsidi yang ditanggung kerajaan dengan duit pembayar cukai. 
Keadaan akan lebih menekan dan membebankan rakyat apabila subsidi ditarik balik dan 
juga alasan kos operasi yang meningkat. Itulah yang telah berlaku dalam operasi 
Lebuhraya PLUS, Telekom dan TNB. 

Regim Mahathir sering menyajikan alasan untuk meningkatkan mutu kesihatan bagi 
menghalalkan tindakan haram dan keji mereka itu. Kita bertanya untuk meningkatkan mutu 
yang bagaimana?? Apakah boleh melakukan operasi membuang apendiks tanpa pembedahan? 
Atau melakukan by-pass jantung dengan menggunakan saluran darah kambing? Apakah dengan 
penswastaan nanti, rakyat lebih mudah dirawat dan perkhidmatan lebih terkini dengan 
bebanan yang rendah untuk rakyat marhaen yang majoritinya tidakpun mempunyai insurans? 

Kerajaan patut meminta maaf dan mengaku berdosa kepada rakyat dengan satu majlis 
terbuka bagaimana mereka mengkhianati kepercayaan amanah yang diberi selama ini. 
Berapa lamakah yang diambil kerajaan bagi membekalkan alat pengimbas CT (CT scan) ke 
hospital-hospital seluruh Negara? Alat setara yang lebih terkini sekarang ialah MRI 
yang sudah bertahun digunakan oleh hospital swasta. Bilakah pula hospital Besar 
negeri-negeri akan dibekalkan peralatan itu?? Kenapakah bertahun-tahun masa diambil 
sedangkan harganya hanyalah beberapa juta ringgit sahaja?? 

Kenapa Litar Sepang berharga RM 400 juta itu didahulukan sedangkan peralatan hospital 
dikebelakangkan keutamaannya??? Kenapa projek Putarjaya yang berbillion itu untuk 
keselesaan seorang musibat diutamakan dari kesejahteraan kesihatan rakyat yang juga 
pembayar cukai?? 

Ziarahlah hospital milik Awam dan bertanya kepada petugas di situ akan kekurangan 
peralatan yang sering menjolok mata. Kita katakan demikian kerana harga barangan 
penting itu tidaklah sebesar mana pun!! Lampu UV untuk penyakit kuning, incubator, IV 
dispenser dan peralatan ObsGynae sekadar beberapa nama yang dapat diingati 

Jawapannya ada di sebalik usaha mereka menswastakan hospital itu sendiri. Rakyat 
marhaen wajar mengetahui siapakah yang mengaut untung dan dapat meningkatkan kekayaan 
di sebalik alasan yang ‘mesra rakyat’ itu!! 

Bahagian Utara Semenanjung diserahkan penswastaan kepada Syarikat Tongkah milik anak 
lelaki Mahathir. Faber yang mendapat kontrak kebersihan hospital juga adalah anak 
syarikat Tongkah. Pembekalan ubatan telahpun dikuasai mereka sehinggakan berkuasa 
menyekat kemasukan ubat setara yang lebih murah oleh syarikat farmasi lain. 

Begitu jugalah bahagian-bahagian lain Semenanjung yang telah dipecahkan kepada 
beberapa kawasan dengan diperuntukkan kepada kelompok kroni dan proksi mereka. Inilah 
dia konsep baru penjajahan ke atas rakyat Negara ini. Golongan Marhaen akan teruk 
ditindas dan teraniaya dalam usaha mereka menyauk keuntungan. 

Dalam keadaan politik Umno yang terjepit oleh salahlaku pengurusan Mahathir dan 
jongosnya, ada baiknya kalau perwakilan menimbulkan persoalan tentang perkhidmatan 
Kesihatan yang sudah diniagakan. Meraka wajar menentangnya demi kebaikan dan masa 
depan mereka serta generasi berikutnya.Bayangkan di manakah Melayu Umno nak korek RM 
500 untuk setiap kes kelahiran di hospital yang dahulunya hanya dikenakan kos 
minimal!! 

Bagaimana dengan sakit demam? Kalau melibatkan pembedahan yang memerlukan biaya yang 
tinggi apa akal ahli Umno untuk menanganinya? Meminta-minta dalam akhbar? 

Kalau begitu usahlah pemimpin Umno menyalak dan menjerit slogan berbaur Ketuanan 
Melayu kalau hanya berjaya mendhaifkan bangsa ini. Tanyalah sama malaun itu yang 
berbangga dengan gelaran Wira Dunia Ketegag itu!! 

Dr Nologareng - 11.06.2002

~ Sila cetak dan sebarkan terutama di kampung-kampung (tempat ramai pengundi um,no) 
~ 




  
 
   

  

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Bulan <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke