Bismillaahirrahmaanirrahiim.
Assalamu'alaikum Warohmatullahi Wabarokatuh.,

SIRI 27
(Kali ini kita akan sekali lagi melihat peranan otak kita, kali ini
berdasarkan ilmu psikobiologi….dulu kita lihat dari perseptif lain)


Struktur dan Fungsi Otak
Kesemua fungsi mental manusia berlaku di otak.  Pada amnya, otak manusia
dikategorikan kepada. tiga bahagian iaitu bahagian betakang (hindbrain),
bahagian tengah (midbrain) dan bahagian hadapan (forebrain).
(sebelum nih(dalam siri lepas) kita bahagikan kepada otak kiri dan otak
kanan….tak apalah ....sama saja lah)

a. Bahagian Belakang Otak
Bahagian belakang otak merupakan bahagian yang paling bawah sekati. la
terletak pada pangkal tengkorak. (dekat dengan tengkuk kita)  Bahagian ini
mempunyai dua struktur penting iaitu medulla dan serebelum.  Medulla
bertugas mengawal pernafasan, pergerakan refleks, penghadaman dan degupan
jantung.  Di sini juga tempat saraf dari otak dan saraf tunjang bertemu
serta bersilang.  Serebeium pula bertugas mengawal keadaan ketegangan otot,
mengkordinasikan pergerakan otot-otot, keseimbangan badan dan pergerakan
sukarela badan.
( kalau tak silap saya jika ada orang tumbuk kita pada bahagian ini…boleh
menyebabkan pensan (rebah)…jadi pentinglah..maknanya kalau siapa yang rosak
bahagian ini maka berjalan tak betullah..macam orang mabuk )


b. Bahagian Tengah Otak
Bahagian tengah otak merupakan sebuah bahagian kecil yang terletak di atas
bahagian belakang otak. la berfungsi sebagai stesen untuk menerima
isyarat-isyarat dari organ deria mata dan telinga terutama sekali yang
bersangkut paut dengan kederiaan.  Sebagai contoh, apabila kepala bergerak
ke kiri, kanan, atas atau bawah, (kalau tumpuan  mata bergerak bersama
kepala apa jadi ?…..) mata masih berupaya menumpukan penglihatan kepada
sesuatu objek dengan tepat.  Kadang kala kepala dipusingkan bagi menerima
sesuatu rangsangan akoustik dengan lebih jelas lagi.  Inilah tugas asas
bahagian tengah otak.
(kalau rosak bahagian ini pulak..maka perglihat dan pendengaran kita pun
turut bermasalah jugalah…masa saya kecil-kecil dulu ada orang buat
teka-teki…kenapa kita berpaling bila ada orang panggil kita….lalu
jawapannya kerana mata kita tak ada di bahagian belakang kepala….tapi bila
dah cerdik kita akan jawab …kerana otak tengah kita dapat berfungsi dengan
baik)

c. Bahagian Hadapan Otak

Bahagian hadapan otak merupakan bahagian yang terpenting pada pendapat para
psikologis dan psikobiologis.  Bahagian ini mengandungi tiga struktur am
iaitu talamus, hipotalamus korteks serebral, dan korpus kalosum. (Sila
rujuk Lampiran).
(nama mus..mus macam nih saya tak tahulah berasal dari mana….tapi ingat tak
sama dengan kamus)

Talamus mempunyai tugas sebagai stesen penyambung kepada isyarat-isyarat
yang pergi dan balik dari organ otak.  Pada asasnya, ia menerima segala
input data pada sistem deria untuk dihantarkan kepada otak. la juga
mempunyai tugas mengawal keadaan tidur dan sedar.
(maknanya tidur kita dikawal oleh talamus,…seorang lagi sahabat yang baik
hati itu sebabnya kalau kita bangun tidur kita sebut doa bangun tidur :
maksudnya : Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkan kami sesudah
mati(membangunkan dari tidur) dan hanya kepada-Nya kami dikembalikan…..Ini
termasuk terima kasih pada Allah yang menganugerah talamus yang baik pada
kita…manakala ucapan..kepadaNya kami dikembalikan ialah, penghayatan tauhid
kita)

Hipotalamus merupakan struktur bahagian otak yang terkecil sekali tetapi
mempunyai tugas yang berat. (kecil-kecil cili padi…bukan calang-calang) la
terietak di hadapan serebelum dan di bawah talamus. Hipotalamus mengawal
motivasi dan emosian manusia seperti makan, minum dan tingkah taku seks. la
juga mengawal keadaan homeostasis badan seperti suhu badan, tidur,
aktiviti-aktiviti sistem endokrin, sekresi hormon-hormon daripada
kelenjar-kelenjar tertentu pada bahagian perut dan usus (intestine).  Di
samping itu, hipotalamus juga mengawal fungsi fisiologi badan seperti
tekanan darah dan degupan jantung. la juga merupakan bahagian pusat otak
yang disambungkan terus ke sistein
saraf autonomik.
( yang ini lagi penting…..kalau rosak bahagian ini silap-silap boleh jadi
sakit jiwa)

Struktur otak yang terbesar ialah korteks serebral. la mengawal
pengalaman-pengalaman yang berlaku dalam keadaan sedar dan tahap kecerdasan
manusia.  Fungsi inilah yang menjadikan manusia satu organisms yang unik di
antara organisma ciptaan Allah yang lain.
(lembu dan unta tak dapat menceritakan pengalaman manis masa kecil mereka
kerana tak ada bahagian ini atau kalau ada tak berfungsi sehebat
manusia.Maha suci Allah)

Bersambung…lagi (bila lah nak habis nih…..)

otak (ACDSee JPG Image)

Kirim email ke