*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamù`alaíkùm warahmatùllahí wabarakatùh
Bísmíllaahírrahmaanírrahím
Alhamdulillahi Rabbil'alamiin, Segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam.
Selawat dan salam Rasulullah saw junjungan yang tercinta serta kepada
keluarga Baginda , para sahabat dan orang-orang yang istiqomah dijalanNYa.
Aamiin.

siri 56

Manusia sendiri tidak berupaya memberi tumpuan kepada semua
rangsangan-rangsangan yang memasuki sistem derianya..  Cuba anda beri
perhatian pada  kepada semua rangsarangan disekeliling anda (mata.tengok
komputer.tangan merasai keybord..telinga mendengar bunyi nasyid atau ceramah
Haji Hadi .hidung terhidu bau busuk.siapa yang terkentut lalu anda
tercari-cari.lidah merasai manisnya gula.bagaimana boleh.susah juga )

Bagaimana dengan tulisan di dalam buku ini, kedudukan secawan kopi di atas
meja anda, bunyi motosikal di luar bilik anda, atau cahaya yang menerangi
bilik anda, dan pelbagai jenis rangsangan yang sedang berlaku pada masa ini.
Yang manakah mendapat perhatian anda?  Dalam erti kata lain, bagi manusia
mempersepsikan sesuatu dengan sebaiknya, ia harus membuat pemililian yang
tepat.  Ini dikenali sebagai memberi perhatian terhadap sesuatu fenomena.
Lazimnya manusia akan hanya dapat memberi perhatian kepada satu bentuk
rangsangan yang didaftarkan oleh satu organ deria sahaja.  Adalah sukar bagi
kita untuk menikmati citarasa makanan yang sedang dijamah jika tumpuan
diberi kepada cerita yang menarik di kaca tv. Sebaik sahaja anda menumpukan
perhatian kepada makanan, maka perhatian anda di kaca tv akan terhenti
secara automatik.  Hanya satu rangsangan sahaja akan berlaku dalam keadaan
sedar dan satu lagi berlaku dalam keadaan separa sedar.  Kita akan lihat
konsep ini dalam bab akan datang.(tunggulah kalu saya masih mampu menulis.)


a. Perhatian
Perhatian boleh diperolehi dengan cara mengfokuskan persepsi kita terhadap
sesuatu rangsangan.  Pemilihan perlu dilakukan berdasarkan kepada
perkara-perkara yang penting sahaja yang diperlukan pada ruang dan masa yang
tertentu saja.
(ini adalah latihan secara tidak disedari...latihan untuk memilih
berdasarkan yang mana lebih penting atau utama..perkara ini sudah dibincang
secara panjang lebar oleh Dr. Yusof Qardhawi ..contoh : Dr Yusof Qardhawi
menekankan betapa kewajipan Haji
hanya sekali seumur hidup. Tetapi hari ini ramai dikalangan kita yang
membelanjakan wang ribuan ringgit untuk mengerjakan haji kali kedua dan
melakukan ibadah umrah setiap kali menjelang Ramadhan. ( maklumat lanjut
lihat lampiran di bawah ) Sedangkan perbelanjaan tersebut lebih utama
sekiranya ditumpukan kepada amal-amal  yang lebih mendesak...jadi kalau kita
buat-buat tak faham maka tak selaraslah antara pendidikan tersedia melalui
kederiaan dengan fikiran kita.(yang sentiasa malap.)

Semasa kita memberi perhatian kepada sesuatu objek, sistem deria kita yang
lain tetap akan mendaftar kemasukan rangsangan-rangsangan yang lain.  Jika
pada masa anda membaca buku ini, dengan tiba-tiba pintu bilik anda diketuk,
perhatian anda akan beralih kepada bunyi ketukan itu.
( yalah .kalau satu saja rangsangan berfungsi maka kita akan jadi orang yang
tak berapa betul.oleh itu ini satu lagi termasuk kategori nikmat
Allah..bersyukurlah kita.Alhamdulillah.kadang-kadang kalau kita terlalu
asyik.tak sedar juga, kata orang tua-tua.mertua lalu tak sedar)

 Ini bermakna yang semua rangsangan tetap kan didaftarkan walaupun kecil.
apakah yang membolehkan kita memberi tumpuan atau perhatian kepada sesuatu
entiti (kewujudan) itu.

Kajian menujukkan  bahawa ada beberapa faktor yang menyebabakan kita beri
perhatian kepada sesuatu objek itu.

 Sifat-sifat fizikal (bentuk) seperti pergerakan , saiz dan keamatan.
Sesuatau objek yang bergerak di antara objek yang statik(tak bergerak )
sudah tentu akan mendapat perhatian kita ( kisah benar : 2 hari yang lepas
dekat rumah saya ada seorang wanita dalam lingkungan umur 50-an telah
melihat ular tedung mengejar katak (memang makan dia.macam lagu
budak-budak)..lalu wanita tadi terkejut dan menjerit-jerit akibatnya ulur
itu mematuknya(menyengat) ..muka wanita itu jadi biru (pucat) sekarang
berada di wad ICU (kecemasan ) Kenapa ular itu mematuknya..adakah ia rasa
terhalang daripada menagkap katak,  atau bosan dengan jeritan atau
mengamalkan persepsi terpilih .jeritan lebih menarik perhatiannya.atau turt
sama terkejut macam wanita tadi.anda fikir dan jawab sendiri lah)

.  Beberapa faktor dalaman (tadi faktor luaran) seperti kecenderungan atau
motivasi juga memainkan perana dalam menentukan dalanm menentukan sama ada
perhatian akan diberikan kepada sesuatu rangsangan itu. (Atkinson, et. al.,
1987).

 Seorang lelaki yang terlihat seorang wanita cantik berjalan di
tengah-tengah bandar yang sesak akan menumpukan perhatiannya ke arah
rangsangan tersebut sekiranya dia meminati wanita yang cantik.(terutama nya
orang muda yang ada ra (keinginan)..kalau dah tua tak kisahlah..masa tu lah
kalau kawal mata ..pahala banyak.)
(lihat sekali tak apa kalau tak sengaja.tapi kalu lihat sekali lagi dengan
sengaja maka berdosa lah.tapi betapa sukarnya nak kawal kederiaan
mata .ingat mata juga boleh membawa pada dosa : Katakanlah kepada laki-laki
yang beriman:"Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara
kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya
Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat". (QS. 24:30)

Seorang ibu akan sedar jika anaknya menangis pada waktu malam walaupun dia
sedang tidur pada masa itu.  Konteks-konteks seperti yang dinyatakan di atas
sememangnya dapat menarik perhatian manusia supaya persepsinya boleh di arah
kepada sesuatu rangsangan itu.
(kita sebagai beriman ni kenalah pilih rangsangan yang boleh dapat pahala
seperti ..dengar bacaan al_Quran, melihat dan berfikir kebesaran ciptaan
Allah , yang penting niat dan perlaksanaan ikut kehendak Allah dan
Rasul..jangan jadikan rangsang yang kita pilih untuk menambahkan dosa yang
sudah sedia banyak.seperti melihat gambar XXX..dalam internet , mendengar
umpatan, merasai benda haram, sentuh benda haram (jabat tangan dengan wanita
bukan Muhrim .nak silatu rahim konon..(kepala hota hang )
Lampiran :
Beberapa penyelewengan lain yang dilakukan ummat Islam dalam memahami
keutamaan dalam melakukan tindakan turut diperjelaskan oleh Dr. Yusof
Qardhawi. Antaranya ialah:

1. Terdapat kaum Muslimin yang sentiasa bertengkar untuk memepertahankan
diri dalam masalah-masalah juz'iyah atau masalah khilafiah. Sedangkan pada
masa yang lain mereka melalaikan perjuangan Islam yang lebih besar dalam
melawan musuh-musuh yang sentiasa memerhatikan gerak laku mereka. Contoh
yang beliau bawa bagaimana kaum minoriti dan para pendatang yang tinggal di
sebelah negara Barat (Amerika, Kanada, dan Eropah) ada mempersoalkan
masalah jam tangan di mana harus dikenakan samada di tangan kiri atau
kanan. Begitu juga memakai pakaian putih bagi menggantikan baju dan seluar,
apakah ianya wajib atau sunat hukumnya? Masalah perempuan masuk ke masjid
juga turut dipersoalkan. Begitulah perkara-perkara remeh yang diperbesarkan
yang mengakibatkan membuang masa dan ianya lebih cenderung mencetuskan
perpecahan antara mereka dan tenaga dicurahkan tanpa tujuan dan perjuangan
yang tidak bermusuh.

2. Terdapat juga individu yang tekun beribadah tetapi berlaku kasar dan
keras kepada kedua ibu bapa dengan alasan mereka telah melakukan
kemaksiatan dan menyimpang dari ajaran Islam. Sedangkan Allah mewasiatkan
supaya berlaku baik kepada kedua ibu bapa walau pun mereka musyrik dan
berusaha untuk membuat anak mereka menjadi musyrik.

3. Ummat Islam juga memberikan penumpuan yang berlebihan kepada sebahagian
rukun Islam dan mengabaikan rukun yang lain. Ada dikalangan masyarakat
kadang-kadang lebih mementingkan puasa berbandaing solat. Umpamanya jarang
kita lihat sepanjang Ramadhan orang Islam makan dikhalayak ramai tetapi
apabila disuruh mendirikan solat ramai orang Islam yang mengabaikan.
Seolah-olah puasa sudah menjadi adat dan bukan ibadat. Mesti ditunaikan
walaupun tidak melakukan solat kerana tidak meriah menyambut hari raya jika
tidak berpuasa.

4. Terdapat juga sebahagian ummat Islam lebih memberatkan perkara-perkara
sunat berbanding amalan yang fardhu. Ada dikalangan mereka yang
memperbanyakkan zikir, tasbih,dan wirid tetapi melupakan kefardhuan lain
seperti melayani kedua ibu bapa dengan cara yang baik, berjiran tetangga,
mengasihi orang yang lemah, memelihara anak yatim, mencegah kemungkaran dan
lainnya.

5. Masih terdapat dikalangan ummat Islam yang sibuk memerangi
perkara-perkara makruh dan syubhat dengan melalaikan untuk memerangi
perkara yang haram yang telah tersebar luas didalam masyarakat. Begitu juga
ada yang serius untuk menghapuskan dosa kecil dan melalaikan untuk membasmi
dosa besar.








 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "cikgunik" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke