*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Maha Penyayang
Assalaamu'alaikum wr,wb.
 Pengantar Psikologi
(apakhabar sahabat semua….setelah rehat panjang …maka izinkan saya sambung
balik tulisan saya ini…kalau ada yang tak bagipun saya tulis juga…jangan
kerana ikut kehendak seorang maka kita terpaksa jadi orang tak betul
????…agaknya saja)

KEADAAN SEDAR
6.1 Pengenalan - Sedar dan Kesedaran
(kita hari nih bincang tentang keadaan sedar…adakah anda sekarang sudah
sedar…kata orang.. sedar diri tuu sikit…sudah lanjut usia tapi buat perangai
bukan-bukan atau sedarkan anda diri anda …siapa…hantu, jembalang atau jin
tanah…tapi jawapan yang paling tepat ialah anda adalah hamba Allah yang
perlu menjadi insan yang betaqwa…lain-lain jawapan tak sesuai…(maaf ‘koksir’
(bercakap bukan-bukan) pula …maklum lah lama tak menulis…kadang-kadang tak
khabar)..tapi kita bukan nak cakap pasal tuu yang kita nak cakap ialah
kesedran dari perspektif psikologi dalam bahasa indonesia ditulis ‘sadar’)

Lihat dan tumpukan perhatian anda kepada titik-titik hitam di atas permukaan
kertas putih ini. (mana ada kerta putih…skreen komputer ada) Apakah anda
sedang menumpukan perhatian kepada perkataan-perkataan ataupun kepada
perkara-perkara lain di dalam fikiran.
( haa tu dia …kalau ada pimpinan pelajar U anda tentu sedang berfikir
bagaimana nak jawab pada TNC nanti..membuktikan anda bukan cacing…tak apa
lah ujian untuk pejuang Islam memang begitu…sabarlah ubat yang paling
mujarab..jadi kalau anda tengah fikir sesuatu…tak payah bacalah tulisan saya
ini..simpan dulu…baca setelah cacing yang dicari berjumpa (isu ini hanya
untuk malaysia saja)

Adakah anda berada dalam keadaan sedar dan sedar akan pengalaman anda pada
ruang dan masa ini. Kemudian cuba renungkan apakah itu sedar dan maknanya
pada diri anda.
(betapa pentingnya sedar..kalau anda tak sedar..boleh jadi anda sudah berada
di Hospital dalam keadaan koma…oleh itu bersyukurlah kepada Allah yang telah
memberi anda sedar…berapa kali anda ucap syukur setiap hari..kalau tak
pernah lebih baik anda jadi seperti tanah ?????(lihat nota kaki itu pun
kalau sesuai)

 Bab ini akan menerangkan serta menghuraikan maksud keadaan sedar serta
kaitannya dengan kesedaran, proses-proses yang merangkuminya serta beberapa
variasi fenomena ini.
(Haa kita tunggulah kalau saya sempat tulis…kalau tak…maknanya saya tak
sedar lah tuuu..Saya mohon kekuatan daripada Allah untuk terus tulis)

Keadaan sedar (consciousness) ialah satu daripada fenomena yang masih tidak
ada penerangan yang jelas dalam bidang psikologi. Ini kerana ia sering
dilihat daripada beberapa perspektif serta pendapat yang berlainan, yang
kebanyakannya bersandarkan kepada bidang falsafah.
(ada juga penerangan dalam psikologi…tapi tak
sempurna…celaru..kenapanya…sebab asasnya tak jelas…maksud saya guna otak
saja tak guna panduan daripada Ilahi..macamlah otak dia bagus sangat)

Bersambung….

Nota kaki (bukan kaki sebayan)
1. Mereka hendak menipu Allah dan orang-orang yang beriman, padahal mereka
hanya menipu diri sendiri sedang mereka tidak sadar. (QS. 2:9)
2. Ingatlah, sesungguhnya mereka itulah orang-orang yang membuat kerusakan,
tetapi mereka tidak sadar. (QS. 2:12)
3. Sesungguhnya orang-orang yang sebelum mereka telah mengadakan makar, maka
Allah menghancurkan rumah-rumah mereka dari fondasinya, lalu atap (rumah
itu) jatuh menimpa mereka dari atas, dan datanglah azab itu kepada mereka
dari tempat yang tidak mereka sadari. (QS. 16:26)
4. maka apakah orang-orang yang membuat makar yang jahat itu, merasa aman
(dari bencana) ditenggelamkannya bumi oleh Allah bersama mereka, atau
datangnya azab kepada mereka dari tempat yang tidak mereka sadari, (QS.
16:45)
5.Maka mereka telah kembali kepada kesadaran mereka dan lalu
berkata:"Sesungguhnya kamu sekalian adalah orang-orang yang menganiaya(diri
sendiri)", (QS. 21:64)
Maka tidaklah yang mereka tunggu-tunggu melainkan hari kiamat (yaitu)
kedatangannya kepada mereka dengan tiba-tiba, karena sesungguhnya telah
datang tanda-tandanya.Maka apakah faedahnya bagi mereka kesadaran mereka itu
apabila hari kiamat sudah datang (QS. 47:18)

Nasihat : Oleh itu jangan jadikan diri kita orang yang tak sadar….tak sadar
mentua lalu depan mata tak apa jangan tak sadar…ohhh rupa-rupanya aku buat
derhaka pada Allah..aku buat zalim pada manusia..atau aku curi duit orang 7
juta…dan derita itu berganda-ganda lebih daripada 7 juta di akhirat
nanti…lalu adalah yang akan minta :
Sesungguhnya Kami telah memperingatkan kepadamu (hai orang kafir) siksa yang
dekat, pada hari manusia melihat apa yang telah diperbuat oleh kedua
tangannya dan orang kafir berkata:"Alangkah baiknya sekiranya aku dahulu
adalah tanah". (QS. 78:40)

Soalan kendiri
1. Apakah maksud consciousness dalam bahasa Melayu ?
A. Sadar/sedar
B. Bawah Tanah
C. 7 juta
D. Tanah
( maaf soalah ini sesuai untuk budak sekolah menengah yang tak kena black
Mental)

NOTA : Tulisan ini tiada kitan dengan sesiapa, kalau ada kaitan juga..apa
boleh buat anggaplah kaitan itu sebagai masalah psikologi)


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: cikgunik <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke