*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalammualaikum,

Ini cerita saja ....no komen.
wassalam

Subject:Pengorbanan seorang isteri (Arrghh.......... rindunya Nura pada
abang)
>
>
> Nura memerhatikan jam didinding, sudah dekat pukul 12.00 malam, argh.. dia
> lambat lagi malam ini. Akhirnya sofa itu jugak menjadi katilnya malam ini.
>
> 2.00 pagi. "Nura, Nura bangun sayang". Hilmi mengejutkan isterinya.
>
> "Eh! abang dah balik, maaf Nura tertidur, abang nak makan?" tanya Nura. "
>
> "Tak per lah abang dah makan tadi, Jomlah kita tidur diatas". Jawapan yang
> cukup mengecewakan Nura. "Arrggh rindunya Nura pada abang, rindu nak makan
> semeja dengan abang, abang tak nak tengok ker apa Nura masak hari ni, ikan
> cencaru sumbat
> kesukaan abang," luah Nura dalam hati.
>
> "Abang naiklah dulu Nura nak simpan lauk dalam peti ais dulu". pinta Nura
> sambil menuju ke dapur. Gugur air mata isterinya menyimpan kembali
> lauk-lauk yang langsung tidak dijamah suami tercinta kecil hatinya sedih
> perasaannya. Nura ambil dua keping roti sapu jem dan makan untuk alas
> perut
> kerana dia sememangnya lapar, tapi selera makannya terbunuh dengan situasi
> itu. Nura menghirup milo panas sedalam-dalamnya dan akhirnya
> masuk bilik air gosok gigi dan terus menuju ke bilik tidur.
>
> Sekali lagi terguris hati seorang isteri apabila melihatkan suaminya telah
> terlelap. "Sampai hati abang tidur dulu tanpa ucapkan selamat malam tanpa
> kucupan mesra, tanpa belaian dan tanpa kata-kata kasih abang pada Nura",
> bisik hati kecilnya. Aargghh rindunya Nura pada abang. " Nura rindu nak
> peluk abang, Nura nak kucup abang, Nura rindu abang".
>
> Selesai solat subuh Nura panjatkan doa semoga dia sentiasa beroleh
> bahagia,
> dipanjangkan jodohnya dengan Hilmi tercinta, diberi kesihatan yang baik
> dan
> paling panjang dan kusyuk dia berdoa semoga Allah berikan kekuatan untuk
> menempuh segala badai. Selesai menjalankan amanat itu, Nura kejutkan
> Hilmi,
> manakala dia bingkas menuju ke dapur menyediakan sarapan buat suami
> tersayang. Nura keluarkan ayam dan sayur dan mula menumis bawang untuk
> menggoreng mee.
>
> "Assalamualaikum", sapa Hilmi yang sudah siap berpakaian untuk ke pejabat.
> "Waalaikumsalam, sayang". Nura cuba bermanja sambil menambah, "abang nak
> kopi atau teh?" Nura tetap kecewa apabila Hilmi hanya meminta air sejuk
> sahaja, dia ada 'presentation' dan hendak cepat, mee goreng pun hanya
> dijamah sekadar menjaga hati Nura dan tergesa-gesa keluar dari rumah. Nura
> menghantar pemergian suami hingga ke muka pintu "Abang, Nura belum cium
> tangan abang, abang belum kucup dahi Nura", kata
> Nura selepas kereta itu meluncur pergi. Arrghh rindunya Nura pada abang.
>
> --------------------------------------------------------------------------
> -
> --------------------------------------
>
>
> "Mi, semalam pukul berapa kau balik?" tanya Zikri. "Dekat pukul 2.00
> pagi".
> Jawab Hilmi acuh tak acuh. "Wow dasyat kau, kalah kami yang bujang ni, woi
> semalam malam
> Jumaatler, kesian bini kau". Zikri bergurau nakal. "Apa nak buat, lepas
> aku
> siapkan plan tu, aku ikut Saiful dan Nazim pergi makan dan borak-borak,
> sedar-sedar dah pukul
> 2.00", aku balik pun bini aku dah tidur. "Balas Hilmi.
>
> "Sorrylah aku tanya, sejak akhir-akhir kau sengaja jer cari alasan balik
> lewat, hujung minggu pun kau sibuk ajak member lain pergi fishing, kau ada
> masalah dengan Nura ke?". Zikri cuba bertanya sahabat yang cukup dikenali
> sejak dari sekolah menengah, sampai ke universiti malah sekarang bekerja
> sebumbung.
>
> "Entahlah Zek, aku tak tahu kenapa sejak akhir-akhir aku rasa malas nak
> balik rumah, bukan aku bencikan Nura, kami tak bergaduh tapi entahlah".
> terang Hilmi.
>
> "Well, aku rasa aku perlu dengar penjelasan lebar kau, aku nak dengar
> semuanya, tapi bukan sekarang. Lepas kerja jom kita keluar ok?". Usul
> Zikri.
>
> "Ok." Ringkas jawapan Hilmi sambil menyambung kembali merenung plan
> bangunan yang sedang direkanya.
>
> --------------------------------------------------------------------------
> -
> --------------------------------------
>
> Nura membuka kembali album kenangan itu. Tersenyum dia bila melihatkan
> saat
> manis dia diijab kabulkan dengan Hilmi. Majlis ringkas, hanya dihadiri
> sanak saudara dan rakan terdekat. Maklumlah yatim piatu, kenduri ini pun
> mujur sangat kakak sulungnya sudi
> mengendalikan. Saat-saat sebegini Nura teringat kembali alangkah indahnya
> sekiranya ibunya masih ada, akan diluahkan segalanya pada ibu tetapi
> sekarang, dia tidak punya
> sesiapa. Nura menangis sepuas hatinya. 5 tahun menjadi suri Hilmi, bukan
> satu tempoh yang pendek. Nura bahagia sangat dengan Hilmi, cuma sejak
> akhir-akhir ini kebahagiaan itu makin menjauh. Nura sedar perubahan itu,
> dan dia tidak salahkan Hilmi. Makin laju air
> matanya mengalir.
>
> "Abang sanggup menerima Nura, abang tidak menyesal?". tanya Nura 5 tahun
> yang lepas.
>
> "Abang cintakan Nura setulus hati abang, abang sanggup dan Insya-Allah
> abang akan bahagiakan Nura dan akan abang tumpahkan sepenuh kasih sayang
> buat Nura,". Janji Hilmi.
>
> "Walaupun kita tidak berpeluang menimang zuriat sendiri?". Tanya Nina
> lagi.
>
> "Syyy... doktor pun manusia macam kita, yang menentukan Allah, Insya-Allah
> abang yakin sangat kita akan ada zuriat sendiri", Hilmi meyakinkan Nura.
>
> Nura masih ingat saat itu, apabila dia menerangkan pada Hilmi dia mungkin
> tidak boleh mengandung kerana sebahagian rahimnya telah dibuang kerana ada
> ketumbuhan. Harapan untuk mengandung hanya 10-20 peratus sahaja. Tapi
> Hilmi
> yakin Nura mampu memberikannya zuriat. Tapi, itu suatu masa dahulu,
> selepas
> 5 tahun, Nura tidak salahkan Hilmi sekiranya dia sudah mengalah dan
> terkilan kerana Nura masih belum mampu
> memberikannya zuriat. Walaupun Nura sudah selesai menjalani pembedahan
> untuk
> membetulkan kembali kedudukan rahimnya dan mencuba pelbagai kaedah moden
> dan
> tradisional. Arrghh rindunya Nura pada abang.
>
> --------------------------------------------------------------------------
> -
> ---------------------------------------
>
> "Aku tak tahu macam mana aku nak luahkan Zek, sebenarnya aku tidak
> salahkan
> Nura, dia tidak minta semuanya berlaku, isteri mana yang tidak mahu
> mengandungkan anak dari benih suaminya yang halal, tapi..."  ayat Hilmi
> terhenti disitu.
>
> "Tetapi kenapa? Kau dah bosan? Kau dah give up? Celah Zikri.
>
> "Bukan macam tu, aku kesian dengan dia sebenarnya, duduk rumah saja,
> sunyi,
> tapi sejak akhir-akhir ini perasaan aku jadi tak tentu arah, aku rasa
> simpati pada dia, tetapi kadang-kadang perasaan aku bertukar sebaliknya",
> terang Hilmi.
>
> "Maksudnya kau menyesal dan menyalahkan dia? tingkas Zikri.
>
> "Entahlah Zek, aku tak kata aku menyesal, sebab aku yang pilih dia, aku
> tahu perkara ni akan berlaku, cuma mungkin aku terlalu berharap, dan
> akhirnya aku kecewa sendiri. Dan aku tidak mahu menyalahkan Nura sebab
> itulah aku cuba mengelakkan kebosanan ini, dan elakkan bersama-samanya
> macam dulu kerana aku akan simpati aku pada dia
> akan bertukar menjadi perbalahan " Jelas Hilmi.
>
> "Dan kau puas hati dengan melarikan diri dari dia? kata Zikri tidak
> berpuas
> hati dan menambah, "apa kata korang ambil saja anak angkat?"
>
> "Anak angkat tak sama dengan zuriat sendiri Zek, kau tak faham. Aku
> harapkan zuriat sendiri dan dalam masa yang sama aku tahu dia tak mampu,
> ibu dan kakak-kakak aku pun dah bising, mereka suruh aku kawin lagi, tapi
> aku tak sanggup melukakan hati dia Zek. Aku tak sanggup". Ujar Hilmi.
>
> --------------------------------------------------------------------------
> -
> -----------------------------------
>
> Nura masih menanti, selalunya hujung minggu mereka akan terisi dengan
> pergi
> berjalan-jalan, membeli belah, atau setidak-tidaknya mengunjungi rumah
> saudara mara atau menjenguk orang tua Hilmi dikampung. Kini dah hampir 5
> bulan mereka tidak menjenguk mertua dia. Dia sayangkan mertua dan iparnya
> yang lain macam saudara sendiri. Dia tidak punya ibu, maka dengan itu
> seluruh kasih sayang seorang anak dicurahkan kepada kedua mertuanya.
>
> Sebolehnya setiap kali menjenguk mertua atau kakak-kakak iparnya dia akan
> bawakan buah tangan untuk mereka, biasanya dia akan menjahit baju untuk
> mereka, itulah yang selalu dibuat untuk menggembirakan hati mertuanya,
> maklumlah dia punya masa yang cukup banyak untuk menjahit. Selalunya juga
> dia akan buatkan kek atau biskut untuk dibawa pulang ke kampung suami
> tersayangnya. Dan mereka akan gembira sekali untuk
> pulang ke kampung, tapi kini... aarghh rindunya Nura pada abang.
>
> Nura tahu Hilmi pergi memancing sebab dia bawa bersama segala peralatan
> memancing, dan hari ini sekali lagi Nura menjadi penghuni setia rumah ini
> bersama setianya kasihnya kepada Hilmi. Nura masih tidak menaruh syak pada
> Hilmi, dia masih cuba memasak sesuatu yang istemewa untuk Hilmi bila dia
> pulang malam nanti, tapi Nura takut dia kecewa lagi. Arghh tak apalah,
> demi
> suami tercinta. Aaarggh Rindunya Nura pada abang.
>
> --------------------------------------------------------------------------
> -
> ---------------------------------------
>
> "So you dah tahu i dah kawin, tapi you masih sudi berkawan dengan I
> kenapa?
> Adakah kerana simpati atau ikhlas?" tanya Hilmi pada Zati yang dikenali
> dua
> minggu lepas semasa mengikut teman-teman pergi memancing. Sejak itu Zati
> menjadi teman makan tengaharinya, malah kadang teman makan malamnya.
>
> "I ikhlas Hilmi, dan I tak kisah kalau jadi yang kedua, I dah mula
> sayangkan you". Zati berterus terang. Lega hati Hilmi, tapi Nura?
>
> --------------------------------------------------------------------------
> -
> ---------------------------------------
>
> "Abang Nura tak berapa sihatlah bang rasa macam nak demam saja," adu Nura
> pagi tu, sebelum Hilmi ke pejabat.
>
> "Ye ker? Ambil duit ni, nanti Nura call teksi dan pergilah klinik ye,
> abang
> tak boleh hantar Nura ni." jawapan Hilmi yang betul-betul membuatkan Nura
> mengalirkan air mata. Tidak seperti dulu-dulu, kalau Nura sakit demam
> Hilmi
> sanggup mengambil cuti, bersama-sama
> menemani Nura. Arrgg rindunya Nura pada abang.
>
> Disebabkan Nura terlalu sedih dan kecewa, dia mengambil keputusan tidak
> mahu ke klinik selepas makan dua bijik panadol, dia terus berbaring.
>
> Sehingga ke petang, badan dia semakin panas dan kadang terasa amat sejuk,
> kepalanya berdenyut-denyut. Nura menangis lagi.
>
> Malam tu, seperti biasa Hilmi pulang lewat setelah menemani Zati ke majlis
> harijadi kawannya. Nura masih setia menunggu dan dia rasa kali ini dia
> ingin luahkan segala perasaan rindu dan sayangnya pada Hilmi. Tak sanggup
> lagi dia menanggung rindu yang amat sarat ini, rindu pada manusia yang ada
> didepan mata setiap hari. Aargh rindunya Nura pada abang.
>
> Apabila Hilmi selesai mandi dan tukar pakaian, Nura bersedia untuk membuka
> mulut, ingin diluahkan segalanya rasa rindu itu, dia rasa sakit demam yang
> dia tanggung sekarang ini akibat dari memendam rasa rindu yang amat sarat.
>
> "Abang, Nura nak cakap sikit boleh?" Nura memohon keizinan seperti
> kelazimannya.
>
> "Nura, dah lewat sangat esok sajalah, abang letih," bantah Hilmi.
>
> "Tapi esok pun abang sibuk jugak, abang tak ada masa, dan abang akan balik
> lambat, Nura tak berpeluang abang". ujar Nura dengan lembut.
>
> "Eh.. dah pandai menjawab,"perli Hilmi.
>
> Meleleh air mata Nura, dan Hilmi rasa bersalah dan Nura nak bincangkan.
>
> "Kenapa abang terlalu dingin dengan Nura sejak akhir-akhir ni? Tanya Nura.
>
> "Nura, abang sibuk kerja cari duit, dengan duit tu, dapatlah kita bayar
> duit rumah, duit kereta, belanja rumah dan sebagainya faham?" Hilmi
> beralasan.
>
> Nura agak terkejut, selama ini Hilmi tak pernah bercakap kasar dengan dia,
> dan dia terus bertanya,  "dulu Abang tak macam ni, masih ada masa untuk
> Nura, tapi sekarang?"
> Ujar Nura.
>
> "Sudahlah Nura abang dah bosan, pening, jangan tambahkan perkara yang
> menyesakkan dada", bantah Hilmi lagi.
>
> "Sampai hati abang, abaikan Nura, Nura sedar siapa Nura, Nura tak mampu
> berikan zuriat untuk abang dan abang bosan kerana rumah kita kosong, tiada
> suara tangis anak-anak bukan? Dan Nura terus bercakap dengan sedu sedan.
>
> "Sudahlah Nura abang dah bosan, jangan cakap pasal tu lagi abang tak suka.
> Bosan betul..."
>
> Pagi tu, Hilmi keluar rumah tanpa sarapan, tanpa bertemu Nura dan tanpa
> suara pun. Nina makin rindu pada suaminya, demamnya pula kian
> menjadi-jadi.
>
> Malam tu Hilmi terus tidak pulang ke rumah, Nura menjadi risau, telefon
> bimbit dimatikan, Nura risau, dia tahu dia bersalah, akan dia memohon
> ampun
> dan maaf dari Hilmi bila dia kembali. Nura masih menanti, namun hanya hari
> ketiga baru Hilmi muncul dan Nura terus
> memohon ampun dan maaf dan hulurkan tangan tetapi Hilmi hanya hulurkan
> acuh tak acuh sahaja. Nura kecil hati dan meminta Hilmi pulang malam nanti
> kerana dia ingin makan bersama Hilmi. Hilmi sekadar mengangguk.
>
> Tetapi malam tu Nura kecewa lagi. Hilmi pulang lewat malam. demam Nura
> pulak makin teruk, dan esoknya tanpa ditemani Hilmi dia ke klinik, sebab
> sudah tidak tahan lagi.
>
> --------------------------------------------------------------------------
> -
> ---------------------------------------
>
> Abang pulanglah abang, pulanglah Nura ingin beritahu perkhabaran ini,
> pulang abang, doa Nura. Nura kecewa tapi masih menanti, bila masuk hari
> ketiga dia sudah tidak sabar lagi, dia menelefon ke pejabat. Dan telefon
> itu disambut oleh Zikri.
>
> "Syukurlah Nura kau telefon aku, ada perkara aku nak cakap ni, boleh aku
> jumpa kau? tanya Zikri
>
> "Eh tak bolehlah aku ni kan isteri orang, mana boleh jumpa kau tanpa izin
> suami aku, berdosa tau", tolak Nura.
>
> Pilunya hati Zikri mendengar pengakuan Nura itu. Setianya kau perempuan,
> bisik hatinya.
>
> "Oklah kalau macam tu, aku pergi rumah kau, aku pergi dengan mak aku
> boleh?" pinta Zikri
>
> "Ok, kalau macam tu tak apalah, aku pun dah lama tak jumpa mak kau, last
> sekali masa konvo kita 6 tahun lepas kan?" setuju Nura.
>
> --------------------------------------------------------------------------
> -
> ------------------------------------
>
> "Eh kenapa pucat semacam ni? tegur Mak Siti. Nura hanya tersenyum penuh
> makna, dan membisik, "Allah makbulkan doa saya mak cik". Pilu hati Mak
> Siti
> dan betapa dia sedar betapa Allah itu Maha Mengetahui apa yang Dia
> lakukan.
> Segera Mak Siti mendapat Zikri di ruang tamu dan khabarkan berita itu.
> Zikri serba salah.
>
> "Nura, aku anggap kau macam saudara aku, aku tak tahu macam mana nak
> mulakan, aku harap kau tabah dan tenang, sebenarnya Hilmi dalam proses
> untuk berkahwin lagi satu, dan aku sayangkan korang macam saudara sendiri,
> dan aku tak sanggup rumah tangga korang musnah macam ni, kau tanyalah
> dengan Hilmi dan bincanglah, cubalah selamatkan
> rumah tangga korang." terang Zikri.
>
> Nura menangis semahunya dibahu Mak Siti, rasa hampir luruh jantung
> mendengarkan penjelasan itu. Patutlah selalu tidak balik rumah. Berita
> gembira yang diterima pagi tadi, sudah tidak bermakna. Nura menantikan
> Hilmi sehingga ke pagi, namun dia masih gagal.
>
> Dua hari kemudian Hilmi pulang dan sibuk mengambil beberapa pakaian
> penting, dan masa ini Nura bertekad untuk bertanya.
>
> "Ya betul apa yang Nura dengar tu, dan kami akan langsungkan jugak, dan
> abang takkan lepaskan Nura, itu janji abang, mak ayah pun dah tahu dan
> mereka tak kisah asalkan abang tidak lepaskan Nura, kerana mereka juga
> sayangkan Nura, dan Nura kena faham abang inginkan zuriat sendiri, walau
> apa pun persiapan sedang dibuat, abang janji
> takkan abaikan Nura." Janji Hilmi.
>
> Nura sayu mendengar, dan bagaikan kelu lidahnya untuk berkata-kata. Dan
> segala perkhabaran gembira itu terbunuh menjadi khabar duka. Nura terlalu
> kecewa.
>
> --------------------------------------------------------------------------
> -
> ---------------------------------------
>
> Hilmi masih menanti diluar, rasa amat bersalah bersarang dikepala,
> dihubungi Zikri, dia bergegas ke hospital apabila dimaklumkan Nura pengsan
> dan mengalami pendarahan. Doktor dan jururawat keluar masuk. Dia masih
> resah.
>
> "Insya-Allah En. Hilmi, dua-dua selamat". terang doktor pada Hilmi.
>
> "Dua-dua apa maksud doktor? tanya Hilmi "Dua-dua ibu dan baby dalam
> kandungan tu, tapi dia kena banyak berehat kerana rahimnya tidak begitu
> kukuh, saya takut banyak bergerak akan menyebabkan berlaku keguguran, tapi
> kami dah mulakan injection untuk kuatkan paru-paru baby dan jahitkan rahim
> dia dan bersedia untuk early delivery dalam kes macam ni," terang doktor.
>
> "Ya Allah Nura mengandung, Ya Allah berdosanya aku pada Nura, kesal Hilmi.
> Malu rasanya untuk menatap muka Nura.
>
> "Kenapa Nura tak bagi tahu abang yang Nura mengandung? kesal Hilmi.
>
> "Nura memang nak bagitau abang tapi, bila abang cakap abang sudah
> bertunang
> dan akan berkahwin dengan perempuan Nura tak sampai hati bang, Nura tak
> sanggup abang malu dan keluarga abang malu." Jelas Nura.
>
> "Nura sebenarnya, abang belum bertunang dengan budak tu, abang cuma
> sekadar
> berkawan sahaja. Belum pernah abang bincangkan soal kawin lagi, dan abang
> tak sanggup nak teruskan hubungan tu lagi kerana abang akan jadi ayah
> tidak
> lama lagi." janji Hilmi.
>
> Kesal kerana mengabaikan Nura yang mengandung itu, membuatkan Nura risau
> dan akhirnya pitam dihalaman rumah, mujurlah ada jiran nampak dan membawa
> kehopital, dan mujur jugak Nura pengsan dihalaman, dapat dilihat orang.
>
> --------------------------------------------------------------------------
> -
> ---------------------------------------
>
> "Mama kenapa mama buat tu, biarlah mak yang buat," marah Hilmi bila
> melihatkan Nura cuba menyapu lantai. Sejak keluar hospital hari tu, mertua
> dia meminta supaya Nura tinggal saja dirumah sehingga bersalin kerana dia
> memang tidak dibenarkan doktor melakukan sebarang kerja, bimbang keguguran
> kerana rahimnya tidak kuat.
>
> "Ala Papa ni, biarlah mama buat sikit sajalah."balas Nura. Itulah
> panggilan
> manja mereka sekarang ni.
>
> Dengan pengawasan rapi doktor, yang setiap dua tiga sekali akan melakukan
> pemeriksaan, dan bila usia kandungan mencecah 6 bulan, doktor mengarahkan
> supaya Nura hanya berehat dihospital, supaya senang mengawasi Nura dan
> andainya apa-apa berlaku Nura akan terus dibedah untuk menyelamatkan
> nyawanya dan bayi yang dikandung. Setiap hari Nura akan dilawati oleh
> Hilmi. Nura amat bahagia, ternyata bayi yang dikandung membawa sinar, amat
> berharga kehadiran dia nanti, sebab itulah Nura
> sanggup tinggal dihospital , sanggup menelan berjenis ubat, sanggup
> disuntik apa saja semuanya demi bayi itu.
>
> Kandungan sudah dipenghujung 7 bulan, Nura amat bahagia merasakan
> gerakan-gerakan manja bayi yang dikandungnya. Setaip tendangan bayi
> dirasakan amat membahagiakan. Doktor makin teliti menjaga Nura, kerana
> bimbang berlaku pertumpahan darah, dan akhirnya apa yang dibimbangi para
> doktor menjadi nyata apabila Nura mengalami pertumpahan darah yang serius,
> lantas terus dia ditolak ke dalam bilik bedah
> dalam masa beberapa minit sahaja. Hilmi tiba bersama ibu dan ayahnya, dia
> panik sekali, namun cuba ditenangkan oleh kedua orang tuanya. Hampir 1 jam
> berlalu, apakah
> khabarnya Nura di dalam sana. Hilmi makin risau, setengah jam kemudian
> doktor keluar.
>
> Hilmi meluru "doktor bagaimana isteri saya ?", Hilmi terus bertanya.
>
> "Sabar, kami telah cuba sedaya upaya, tahniah anak encik selamat, encik
> dapat anak perempuan, seberat 2.1 kilogram, dan kini kami cuba sedaya
> upaya
> untuk selamatkan Puan Nura Ain." terang doktor.
>
> "Apa maksud doktor? Tanya Hilmi yang sudah tidak sabar.
>
> "Begini, dia kehilangan banyak darah, kami cuba sedaya upaya menggantikan
> darahnya yang keluar itu, dan masih berusaha, namun rahimnya terus
> berdarah
> dan kami mohon kebenaran untuk membuang terus rahimnya demi menyelamatkan
> nyawanya." jelas doktor.  "Buatlah doktor, saya izinkan asalkan isteri
> saya
> selamat."
>
> --------------------------------------------------------------------------
> -
> -------------------------------------
>
> "Ermmm... lekanya dia sampai terlena." tegur Hilmi sambil membelai dan
> mengusap kepala Nur Syuhadah yang terlena akibat kenyang selepas menyusu
> dengan Nura. Nura hanya tersenyum. Hari ni genap seminggu usia Syuhadah.
> Nura Ain masih lemah akibat kehilangan banyak darah. Namun dikuatkan
> semangat demi Nur Syuhadah buah hatinya. Dia mencium sepenuh kasih sayang
> pipi comel anaknya itu. Dia membelai sayu wajah
> comel itu. Entah kenapa dia rasa seperti terlalu sayu hari itu, hatinya
> terlalu sepi,
> semalam dia mimpikan arwah ibunya, datang menjenguk dia dan Syuhadah,
> tanpa
> suara, ibunya hanya tersenyum. Dan akhirnya berlalu begitu sahaja. Hari
> ini
> Nura
> menjadi seorang perindu, dia rindukan ibunya, dan diceritakan perkara itu
> pada Hilmi.
>
> "Mungkin mak Nura datang tengok cucu dia, dan dia amat gembira". pujuk
> Hilmi menenangkan Nura.
>
> "Abang... tolong Nura bang!!" laung Nura dari bilik air.
>
> "Ya Allah Nura kenapa ni? Hilmi ketakutan. "Mak... tolong mak...
> makkkkkkkkkkk" Hilmi menjerit memanggil emaknya didapur.
>
> "Cepat, bawak pergi hospital, cepat Hilmi" perintah Mak Zaharah.
>
> --------------------------------------------------------------------------
> -
> ---------------------------------------
>
> "Maaf dia tidak dapat kami selamatkan, terlalu banyak darah yang keluar,
> dan kami tak sempat berbuat apa-apa, dia terlalu lemah dan akhirnya dia
> 'dijemputNya", terang doktor. Terduduk Hilmi mendengarkan hal itu.
>
> Jenazah selamat dikebumikan. Syuhadah seakan mengerti yang dia sudah tidak
> akan menikmati titisan-titisan susu Nura Ain lagi. Syuhadah menangis
> seolah-olah ingin memberitahu dunia yang dia perlukan seorang ibu, seorang
> ibu yang bersusah payah, bersabung nyawa demi untuk melihat kelahirannya.
> Demi membahagiakan papanya, demi membahagiakan neneknya. Syuhadah terus
> menangis seolah-olah tidak rela dia dipisahkan dengan ibunya hanya
> bersamanya untuk sekejap cuma. Semua yang hadir
> kelihatan mengesat mata, tidak sanggup mendengar tangisan bayi kecil itu.
> Semua terpaku dan terharu, Hilmi mendukung Syuhadah dan memujuk bayi kecil
> itu, akhirnya dia
> terlelap didakapan papanya.
>
> --------------------------------------------------------------------------
> -
> ------------------------------------
>
> Abang yang Nura rindui,
>
> Abang maafkan Nura kerana selama ini tidak mampu menjadi isteri yang
> terbaik buat abang. Saat abang membaca surat ini, mungkin Nura sudah jauh
> meninggalkan abang, Nura tak harapkan Nura akan selamat melahirkan anak
> ini, tapi Nura harap bayi akan selamat walau apa yang terjadi pada Nura.
> Itu harapan Nura bang. Nura masih ingat, rumah tangga kita hampir runtuh
> kerana Nura tidak mampu memberikan zuriat buat
> abang, tapi bang, kali ni doa Nura dimakbulkan, dan untuk itu, biarlah
> Nura
> menanggung segala kapayahan demi zuriat ini bang.
>
> Saat Nura menulis surat ini, Nura masih lagi menjadi penghuni setia katil
> hospital ini. Baby kita makin nakal bergerak bang, tapi Nura bahagia
> merasa
> tiap tendangan dia abang, Nura bahagia, cukuplah saat manis ini Nura dan
> dia. Nura rasakan setiap pergerakannya
> amat bermakna, dan andainya ditakdirkan Nura hanya ditakdirkan untuk
> bahagia bersama
> dia hanya dalam kandungan sahaja Nura redha bang. siapalah Nura untuk
> menolak
> ketentuanNya. Nura tak mampu abang.
>
> Cukup bersyukur kerana sekurang-kurangnya Allah makbulkan doa Nura untuk
> mengandungkan zuriat dari benih abang yang Nura cintai dan kasihi
> selamanya. Nura redha sekiranya selepas ini walau apa terjadi, Nura redha,
> kerana Allah telah memberikan Nura sesuatu yang cukup istemewa, dan
> andainya maut memisahkan kita Nura harap abang redha sebagaimana Nura
> redha. Syukurlah sekurang-kurang Allah berikan nikmat kepada Nura untuk
> merasai nikmatnya menjadi seorang ibu walau cuma seketika.
>
> Andai apa yang Nura takutkan terjadi, dan bayi ini dapat diselamatkan Nura
> harap abang akan jaganya dengan penuh kasih sayang. Nura harap abang
> jangan
> biarkan hidupnya tanpa seorang ibu. Cuma satu Nura harapkan dia akan
> mendapat seorang ibu yang mampu menjaga seorang anak yatim dengan baik dan
> menjaganya dengan penuh kasih sayang. Seumur hayat Nura, Nura tak pernah
> meminta sesuatu dari abang, dan kini inilah
> permintaan Nura, janjilah anak ini akan mendapat seorang ibu yang
> penyayang.
>
> Abang yang Nura rindui...
>
> Dulu sewaktu rumah tangga kita dilandai badai, Nura ingin sangat ucapkan
> kata-kata ini pada abang, tapi Nura tak berkesempatan, dan walaupun kini
> Nura tiada lagi, tapi Nura nak abang tahu yang...Nura rindukan abang......
> Nura rindu sangat dengan abang..... rindu bang... rindu sangat....
>
> Sekian,
>
> Ikhlas dari nurani isterimu
>
> Nura Ain Bt. Abdullah
>
>
> Hilmi melipat kembali surat itu, yang telah dibaca berulang kali dan kini
> dia amat rindukan Nura Ain... dan kini barulah dia sedar betapa berharga
> sebuah kerinduan itu.....
>
> Nura.... abang juga rindukanmu sayang.. bisik hati Hilmi.
>


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: beyma <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke