*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
salam~

Yg benarnya ajaran batil yg dibawah ini adalah maqam tertinggi tasauf sufi iaitu fana, 
wahdatul wujud, nur muhammad dan martabat 7. 

justeru Sani & de Gang ni maqam kulit yaitu maqam kasta terbawah perengkat sufi , maka 
dia belum lagi didedahkan kpd mende ngarut cam tu.

tak caya tengok arqam sendiri. ahli2 baru tak dak can belajar tareqat muhamadiah dan 
silat SUNDA. nanti bila dah lama, maka maqam mereka naik taraf, bila dah 
diupgrade-kan, baru ler di ajarkan benda2 pelik bin ajaib.

kan terus kembali kpd Quran Sunnah dan apa yg diamalkan oleh generasi sahabat & 
salfussoleh lebih selamat.

Wslm


From: Sani Norku <[EMAIL PROTECTED]>

FAHAMAN-FAHAMAN TASAUF PALSU 
DAN AJARAN SESAT
============================

Perkataan tasauf, ahli sufi yang sering diperkatakan
oleh masyarakat, setakat mana masyarakat kenal ahli
tasauf yang sebenar? Kita tidak tahu. Oleh sebab itu
kita lihat ramai orang terjebak dengan ajaran sesat
yang berselindung disebalik nama tasauf atau ahli
sufi. 

Ajaran sesat yang berselindung disebalik nama tasauf
ini bukan pada hari ini sahaja timbul, malah ianya
timbul sebelum Imam Al-Ghazali lagi. Apabila agama
Islam tersebar luas keseluruh pelosok dunia dan bukan
sahaja disekitar negara arab sahaja malah ianya
mencakupi disebelah Rom dan Parsi. Kesan daripada itu
berbagai kesan budaya telah menyerap masuk kedalam
Islam. Hasil daripada itu juga fahaman yang berasal
dari budaya lain telah menyerap masuk kedalam
masyarakt Islam. Kesempatan inilah yang telah diambil
oleh musuh Islam untuk merosakkan Islam dengan orang
Islam sendiri. 

Dalam kitab “Tuhfah Al-Raghibin Fi Bayan Haqiqatu Iman
Al-Mu’minin” oleh ‘Alim Al-Fadhil Muhmammad Arshad
telah menyatakan terdapat tiga belas golongan fahaman
salah yang berselindung disebalik nama sufi atau ahli
tasauf. Golongan ini layak digelar sebagai kafir atau
fasiq. Kerana ajaran-ajaran mereka bertentangan dengan
ajaran Islam yang berpandukan Al-Quran dan sunnah
Rasulullah s.a.w. Golongan tersebut ialah: 

Pertama: Habibiyyah, antara iktiqad golongan ini
ialah: 
------------------------------------------------  
Apabila seseorang itu telah sampai kepada martabat
kasih kepada Allah, maka terlepas dari taklif syara’.
Segala yang haram menjadi halal bagi mereka. Fardhu
sembahyang, puasa dan sebagainya adalah harus bagi
mereka untuk mengerjakannya atau tidak. 
Golongan mereka tidak perlu menutup aurat. 
Apabila samapi ketahap yang paling tinggi sekali kasih
kepada Allah segala dosa besar seperti zina, minum
arak dan sebagainya boleh mereka lakukan dan tidak
mendapat azab daripada Allah. 
Segala ibadat zahir tidak perlu mereka lakukan dan
mereka hanya perlu bertafakkur sahaja untuk beribadat.

Harus bagi mereka untuk bersetubuh dengan segala
perempuan. 
Segala harta didunia ini adalah milik anak Adam. Dan
kita semua adalah dari keturunan anak Adam, jadi kita
berhak segala harta yang berada di muka bumi ini. 

Kedua: Auliyaiyyah, antara iktiqad golongan ini ialah:

-----------------------------------------------------
Apabila seseorang itu sampai kepada darjat wilayah,
terlepas mereka daripada segala suruhan dan larangan
dan martabat wali lebih mulia dari martabat nabi.

Ketiga: Thamrakhiyyah. 
----------------------
Golongan ini antara lain, iktiqad mereka ialah tidak
lagi terikat dengan suruhan dan larangan Allah.
Golongan ini mengharuskan menyanyi dan segala alat
muzik. Mereka diharuskan untuk berzina dan sebagainya.
Golongan ini diasaskan oleh Abdullah Thamrakhiyyah.

Keempat: Ibahiyyah, iktiqad mereka ialah: 
-----------------------------------------  
Kita tidak perlu melakukan kerja-kerja menyuruh kepada
kebaikan dan mencegah kemungkaran kerana kita sendiri
tidak mampu melakukan kerja-kerja tersebut apalgi
untuk menyeru orang lain. 
Golongan ini mengharuskan zina dan tidak berdosa. 

Kelima: Haliyah. Iktiqad golongan ini ialah: 
--------------------------------------------  
 Diharuskan menari dan bertepuk tangan sambil menyanyi
sehingga pengsan. 
 Kata mereka bahawa “Sheikh kami berada dalam suatu
hal”. 

Keenam: Huriyyah. 
-----------------
Iktiqad golongan ini hampir sama dengan iktiqad
golongan Haliyah, cuma mereka menambah semasa kami
pengsan ketika menyanyi, kami didatangi oleh bidadari
daripada syurga lalu kami jima’ dengan mereka dan
setelah sedar kami mandi junub.

Ketujuh: Waqi’iyyah. 
--------------------
Iktiqad golongan ini ialah bahawa kita tidak perlu
kenal Allah Taala. Ini kerana kita ini lemah lagi
seorang hamba. Jadi kita tidak perlu mengenal Allah
lagi.

Kelapan: Mutajahiliyyah/Mutahalliyyah. 
--------------------------------------
Golongan ini memakai pakaian-pakaian yang elok dan
melakukan pekerjaan fasiq. Antara kata mereka bahawa:
Kami tidak dapat lari dari melakukan zina.

Kesembilan: Mutakasilah. 
-----------------------
Golongan ini malas bekerja. Kerja mereka hanyalah
meminta-minta daripada orang ramai samada atas nama
zakat atau sedekah.

Kesepuluh: Ilhamiyyah. 
---------------------
Iktiqad golongan ini sama seperti al-Dahriyyah.
Golongan ini enggan belajar dan membaca Al-Quran. Pada
pandangan mereka, Al-Quran itu hanya merupakan hijab
untuk mengenal Allah. Kerana itu mereka hanya
mempelajari syair-syair dan kata hikmah sahaja sebagai
tarikat mereka.

Kesebelas: Hululiyyah. Iktiqad golongan ini ialah: 
--------------------------------------------------  
 Bahawa setiap makhluk bersatu dengan Allah Taala. 
Harus kita memandang kepada perempuan yang cantik dan
boleh menari dan memeluknya. Kerana sifat cantik itu
adalah sifat Allah yang dianugerahkan kepada kita
semua. 
Apabila seseorang itu sunyi dari hawa nafsu dan ikhlas
kepada Allah, maka gugurlah segala amal syariat.
Segala ibadah seperti sembahyang, puasa, zakat dan
sebagainya. 

Keduabelas: Kaum Wujudiyyah. 
----------------------------  
Iktiqad golongan ini berdasarkan kepada tafsir kalimah
“La Ilaha IllaLlah” iaitu: Tidak ujud melainkan ujud
Allah. Dan pandangan mereka lagi bahawa tidak maujud
melainkan dalam kandungan ujud segala makhluk. Iaitu
setiap makhluk terdapat ujud Allah. Allah dan makhluk
adalah dari satu jenis dan sebangsa. Golongan ini juga
beriktiqad bahawa tuhan bertempat dan tertakluk kepada
masa.

Ketigabelas: Mujassimah. Iktiqad golongan ini ialah: 
----------------------------------------------------  
 Allah mempunyai anggota seperti tangan, kaki,
berdaging dan sebagainya. 
 Allah Taala itu berupa tetapi tidak tahu bagaimana
rupanya. 
 Allah Taala bergerak samada naik atau turun. Dan
tempat kediaman Allah Taala ialah diatas ‘Arash. 
Itulah antara fahaman-fahaman yang tersebar dikalangan
umat Islam semenjak dahulu. Fahaman-fahaman ini
tersebar dari satu generasi ke satu generasi
sehinggalah sampai kehari ini. Fahaman ini mendapat
pengaruh bukan sahaja masyarakat Islam di Malaysia
tetapi juga umat Islam di seluruh dunia. Oleh itu kita
janganlah terpengaruh dengan ajaran-ajaran yang
diragukan kesahihannya.  

--- k b <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
> Assalamu alaikum,
> 
> PENYELEWENGAN AKIDAH SUFI
> 
> 
> Di antara jenis penyelewengan yang berlaku dan
> dianuti oleh golongan yang 
> menggelarkan diri mereka sebagai sufi ialah:
> 
> 1. Kesilapan atau penyelewengan dalam hubungan
> dengan persoalan kemerdekaan 
> dan perhambaan. Golongan yang sesat ini beriktikad
> bahawa seseorang hamba 
> itu dikategorikan dalam kategori perhambaan selama
> mana di antaranya dengan 
> Allah masih berlaku penyembahan. Tetapi apabila ia
> telah 'sampai' (wusul) 
> kepada Tuhan, maka ia telah menjadi merdeka; lalu
> ketika itu perhambaan 
> telah gugur daripada dirinya.
> 
> 2. Kesilapan atau penyelewengan dalam hubungan
> dengan persoalan kenabian 
> atau kewalian. Berdasarkan kisah Nabi Musa a.s . dan
> Khidir a.s. golongan 
> sesat ini beriktikad bahawa kewalian adalah lebih 
> baik daripada kenabian.
> 
> 3. Kesilapan atau penyelewengan dalam hubungan
> dengan persoalan al-hulul. 
> Golongan al-Hululiyyah ini beriktikad bahawa Tuhan
> memilih jasad jasad 
> tertentu, lalu Dia menempati jasad berkenaan dengan
> pengertian ketuhanan. 
> Dengan itu, unsur atau pengertian kemanusian jasad
> berkenaan menjadi hilang.
> 
> Kesilapan atau penyelewengan dalam hubungan dengan
> persoalan fana' unsur 
> kemanusiaan. Golongan sesat ini menyangka bahawa
> unsur kemanusiaan seseorang 
> manusia boleh menjadi fana'. Maka itu, sebahagian
> mereka meninggalkan makan 
> dan minum dengan anggapan bahawa apabila jasad
> menjadi lemah, maka unsur 
> kemanusiaan jasad itu akan hilang dan akan
> membolehkan jasad itu bersifat 
> dengan sifat ketuhanan.


__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Send online invitations with Yahoo! Invites.
http://invites.yahoo.com

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Sani Norku <[EMAIL PROTECTED]>
______________________________________________
FREE Personalized Email at Mail.com
Sign up at http://www.mail.com/?sr=signup


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: ibn muhajir <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke