*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualikum wbt,

(email ini ditujukan khas kepada si spammer yang berkenaan yang mungkin berada
dalam ruangan diskusi ini)

Web 7 telah menerima banyak email spam dari seseorang pengunjung yang
mengunakan servis emel forwarder IName atau berasaskan servis IName (seperti
Altavista Mail) iaitu dengan mengforwardkan emel-emel dari beberapa mailing
list Jaring yang disertainya kepada Web 7. Perbuatan seperti ini amat
dikesali. Laman Web 7 adalah laman pengetahuan komputer untuk kebaikan semua
terutama kepada muslimin dan muslimat. 

Jika seseorang sudah mahir dalam pengetahuan komputer maka dia mungkin tidak
memerlukan apa-apa panduan dari laman web ini. Tidak ada sebab mengapa dia
perlu mensabotaj orang lain yang memerlukan bimbingan kecuali jika penyakit
hasad dengki bersarang di hatinya. 

Adalah diharapkan si spammer ini dapat berfikir sekali lagi dan menghentikan
perbuatan spamming ini. Tindakan anda bukan menggangu Web 7 sahaja tetapi ia
juga menghalang kelancaran Web 7 menyampaikan kelas bimbingan komputer percuma
kepada orang ramai. Apakah anda terlalu tamak supaya anda seorang sahaja yang
pandai komputer ? Apakah anda mahu saudara-saudara seagama atau bangsa anda
atau rakyat Malaysia lemah dalam pengetahuan komputer ? Celaka sungguh
orang-orang yang menghalang orang lain dari membuat kebajikan.

Web 7 telah memaklumkan perbuatan anda kepada pihak-pihak yang berkenaan dan
kami harap si spammer dapat berfikir dengan bijak dan menghentikan perbuatan
yang tidak menguntungkan sesiapa. 


Sekian harap maklum.

Webmaster Web 7
http://buku.virtualave.net/

____________________________________________________________________
Get free email and a permanent address at http://www.netaddress.com/?N=1

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Web 7 Publication <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke