*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
  Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Di sebuah kampung tinggal seorang lelaki tua yg sudah
bertahun-tahun
kematian isteri. Dengan arwah isterinya itu dulu dia
dikurniakan tiga
orang anak lelaki. Semuanya sudah remaja. Anak pertama
bernama Anis, 
kedua bernama Harben dan ketiga bernama Amsal. Akan
ketiga-tiga ini 
yang paling disayangi ialah Harben. Sayangnya dengan
Harben langsung 
tidak diberinya keluar rumah. Si polan ini sayang juga
dengan Anis. 
Kadang-kadang dibawanya juga keluar rumah, ke pekan,
ke penambang 
(jetty) dan ke sekitar kampung. Almaklum anak yang
ketiga iaitu Amsal 
kadang-kadang langsung tak diendahnya..jadi
merayau-rayau lah si anak 
ini ke sekitar kampung dan sampai ke pulau seberang.
Kurus kering
badannya kerana jarang diberi makan.

Hendak dijadikan cerita, suatu hari yang mendung raja
yang memerintah
kampung itu dari pulau seberang telah memanggil si
polan ini pergi
mengadap. Susah hati lah si polan ini sebab badannya
sudah tua,
terpaksa pulak mengayuh selat nak ke pulau tersebut.
Lagi pula musykil
hatinya Apa yang dimahukan si Raja itu. Maka
dipanggilnya si Harben.
"Harben,tolong hantar ayah ke pulau seberang..Tuanku
Raja memerintahkan 
ayah mengadap..boleh ya nak?"

Apa yang dijawab Harben? "Minta maaf lah ayah.
Masalahnya Harben tak
Pernah keluar rumah jadi macamana Harben nak hantar
ayah ke sana sebab
Harben tak tahu jalan. Kalau mahu, Harben hantar
sampai depan pintu 
saja lah, ye ayah?" Mendengar jawapan si Harben
sedihlah hati si polan ini 
kerana anak yang disayanginya tidak boleh diharap.
"Baiklah kalau begitu"
 jawabnya sedih. Dipanggilnya pula si Anis. "Anis,
tolong hantar ayah ke 
pulau seberang..Tuanku Raja memerintahkan ayah
mengadap..boleh ya nak?"

Apa yang dijawab Anis? "Minta maaf lah ayah.
Masalahnya Anis tak
pernah keluar dari kampung ni jadi macamana Anis nak
hantar ayah ke sana
sebab Anis tak tahu jalan. Kalau mahu, Anis hantar
sampai hujung kampung 
sajalah, ye ayah?" Mendengar jawapan si Anis itu
sedihlah hati si polan ini
kerana anak yang disayanginya ini pun tidak boleh
diharap juga."Baiklah
kalau begitu" jawabnya sedih.  Dipanggilnya pula si
Amsal. "Hei Amsal,
tolong hantar ayah ke pulau seberang..Tuanku Raja
memerintahkan ayah
mengadap.." Lalu Amsal menjawab,"Baiklah ayah" tanpa
sebarang
alasan. Menyesallah dihatinya kerana tidak menyayangi
anaknya Amsal
akan tetapi dia sanggup melakukan apa saja untuk
ayahnya.

Lalu pergilah si polan mengadap Raja. Harben
menghantar di pintu pagar
rumah, Anis menghantar sampai ke penambang dan si
Amsal mengikut
ayahnya mengayuh kolek. Sedang mengayuh itu, tidak
semena-mena ribut
melanda dan hujan lebat pun turun. Terkial-kiallah
mereka mengayuh dan 
disebabkan  si polan yang dah tua dan si Amsal yang
kurus kering karamlah
mereka berdua terkubur di lautan. Sekian adanya.

APA PENGAJARAN CERITA INI.

Adapun anak-anak si polan ini ialah sebenarnya
kehidupan lelaki tua
ini. Harben ialah HARTA-BENDA, Anis ialah ANAK-ISTERI,
dan Amsal ialah
AMAL-SOLEH. Lazimnya manusia sayang kepada Harben dan
Anis tapi tidak
pada Amsal. Di mana bila manusia itu mati iaitu pulang
kerahmatullah
(dalam cerita tadi - mengadap Raja) yang dapat
dibawanya hanyalah Amsal. 
Harben tinggal di pintu pagar rumah dan Anis tinggal
di penambang (di tepi kubur). 
Oleh itu dlm kita mengejar cita-cita di dunia ni jgn
lah lupa dgn akhirat dan 
rukun Islam yg lima serta hadith yang mengatakan
"KHAIRUL UMUURI 
AU SA TU HA". (MAKNANYA: SEBAIK-BAIK PERBUATAN IALAH 
YG PERTENGAHAN). Sama-samalah kita mendapat kesenangan
di
dunia dan di akhirat. Wassalam.


=====

__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Bid and sell for free at http://auctions.yahoo.com

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Ramlan Ismail <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke