Assalamualaikum Wrt Wbt.

Maaf sebagai pertanyaan dan masih keliru, diharap saudara boleh terangkan secara detail.

Di dalam huraian tersebut saudara ada mengeluarkan dalil iaitu ;

< Dalam qanun jinayah Syar`iyah, seseorang yang telah sabit kesalahan minum arak atau sebarang minuman yang memabukkan, sama ada dia mabuk atau tidak, wajib dikenakan hukuman sebat tidak lebih dari 80x sebat dan tidak kurang dari 40x sebat,
hukuman ini adalah berdalilkan hadith Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan dari Ali bin Abi Talib r.a. yang bermaksud :

"Rasulullah s.a.w. telah melaksanakan hukuman sebat bagi peminum arak sebanyak 40x sebat, manakala Saidina Abu Bakar telah menyebat sebanyak 40x sebat juga, dan pada zaman pemerintah khalifah Umar peminum arak disebat sebanyak 80x sebat. Kesemuanya adalah sunnah Rasulullah s.a.w.. Tetapi yang dibuat oleh Saidina Umar tadi lebih aku sukai." (HR Muslim) >

Pendapat saya, hadith yang saudara utarakan tu masih ada keliru, iaitu adakah mau`l (logik) hadith tersebut dikeluarkan pada zaman pemerintahan khalifah, pendapat saya hadith hanya keluar pada pemerintahan Rasullah SAW sahaja. Pemerintahan khalifah hanya dijalankan selepas kewafatan Rasullah SAW. Jadi saya rasa ianya perlu dijelaskan darimanakah sumber tersebut.

Wassalam.

p/s Sekadar bertanya dan mencari kepastian.

Kirim email ke