PERHIMPUNAN
RAYA 100,000 RAKYAT Perutusan
[5] Assalamu'alaikum
dan Salam Reformasi, 44.
Dalam sama-sama
kita menanti sambutan Hari Raya pada 20 Januari di Kampong Medan, mungkin elok
juga kita renungkan mengapa para penyokong Barisan Alternatif, aktivis NGO dan
reformasi serta rakyat sanggup turun dengan bilangan melebihi 100,000 di
Lebuhraya KESAS dan kawasan sekitarnya pada 5 November
lalu. 45.
Kita percaya
banyak faktor yang menjadi sebab kepada kejayaan memobilisasi bilangan sebesar
itu pada hari tersebut. Tujuan yang paling jelas kenapa perhimpunan tersebut
berjaya menarik bilangan seumpama itu adalah kerana keinginan rakyat yang amat
tinggi untuk mendengar amanat para pemimpin tertinggi Barisan Alternatif
berkenaan isu-isu hak rakyat negara ini. Pada masa yang sama kejayaannya
terletak juga kepada semangat rakyat yang tulen untuk membela hak-hak rakyat.
Antara kemuncak program pada hari itu adalah majlis membacakan deklarasi
“Kembalikan Hak Rakyat”. 46.
Kejayaan
memobilisasi rakyat dengan bilangan sedemikian itu juga adalah disebabkan
komitmen serta kesungguhan semua pemimpin dan aktivis PAS, keADILan, DAP, PRM
serta NGO-NGO seperti ABIM, JIM dan SUARAM di samping para reformis untuk
mengumumkan, memaklumkan serta mengajak seluruh rakyat untuk menghadiri
perhimpunan tersebut. 47.
Komitmen yang
ditunjukkan oleh pemimpin-pemimpin serta aktivis ini untuk memberitahu rakyat
seluruh lapisan berkenaan perhimpunan 5 November tersebut melalui
ceramah-ceramah umum, penerbitan, internet serta surat-surat pekeliling
meyakinkan rakyat perihal sokongan yang diberikan oleh kepemimpinan parti-parti
serta NGO-NGO ini terhadap perhimpunan tersebut. 48.
Sokongan
daripada para pemimpin serta aktivis itu telah memantapkan lagi pengumumun dan
pengiklanan melalui poster, handbill dan risalah-risalah bertulis yang dilakukan
oleh Jawatankuasa pada masa itu. 49.
Kali ini sekali
lagi, insya-Allah kita percaya bahawa Perhimpunan Raya 100,000 Rakyat yang bakal
dihadiri oleh sekurang-kurangnya 100,000 rakyat melalui sokongan, komitmen dan
usaha para pemimpin PAS, keADILan, DAP, PRM, JIM, ABIM, SUARAM serta NGO-NGO
lain di samping aktivis reformasi dan karyawan untuk memberitahu, mengajak serta
meyakinkan rakyat untuk turut merayakan sambutan Hari Raya pada 20 Januari
ini. 50.
Di samping
edaran lebih daripada 500,000 handbil serta 50,000 poster ke seluruh negara,
Jawatankuasa Perhimpunan Raya 100,000 Rakyat yakin sokongan semua pihak di atas
amatlah penting dalam memobilisasikan lebih 100,000 orang rakyat untuk
menjayakan sambutan tersebut. 51.
Jawatankuasa
terlebih dahulu merakamkan penghargaan dan mengucapkan jutaan terima kasih
kepada para pemimpin dan aktivis semua yang bakal memberi sokongan dan tenaga
dalam menjayakan sambutan Hari Raya seiring dengan meraikan rakan-rakan yang
beragama Kristian serta sambutan Tahun Baru Cina. “Kembalikan Hak Rakyat” Hj. Saari Hj.
Sungib
Pengerusi,
Jawatankuasa Perhimpunan Raya 100,000
Rakyat
5 Januari
2001
bersamaan dengan 10 Syawal
1421
|