Pinjaman ‘al-Qardhul-hasan’
Maksimum RM43 Ribu
Oleh Suhaimi Taib

 Kuala Terengganu: Pegawai Kerajaan Negeri akan menerima kemudahan pinjaman al-Qardhul-hasan maksimum RM43,000 dan paling rendah RM500 untuk membeli kenderaan dan komputer.

Pemohon yang layak ialah pegawai yang memerlukan kenderaan dan komputer untuk kemudahan bertugas manakala pegawai sementara atau kontrak perlu dua penjamin dari pegawai kategori I hingga VII yang disahkan jawatan mereka.

Kakitangan kerajaan sementara dan kontrak dikecualikan dari mendapat pinjaman membeli komputer.

Kenyataan ini terdapat dalam lampiran A dan B Pekeliling Pejabat Setiausaha Kerajaan Terengganu Bilangan Tujuh tahun 2000 yang berkuatkuasa Januari lepas dibuat oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Dato’ Haji Mazlan Hashim bertarikh 26 Mac lalu.

Katanya had pembiayaan bermula dari RM45,000 hingga RM500 (membeli basikal) dari Gred Utama, Khas A dan Ke atas sehingga kategori V hingga IX yang bergaji RM1,200 ke bawah (bergantung kepada kelulusan khas)

Kadar bayaran balik bulanan melalui skim potongan gaji dalam tempoh maksimum 84 bulan dan tempoh paling rendah bergantung kepada keadaan tertentu.

Semua pembiayaan membeli kenderaan dan komputer bagi Kakitangan Kerajaan Negeri atau Badan Berkanun Negeri dan Pihak Berkuasa Kerajaan Tempatan dilaksanakan mengikut Sistem Islam berdasarkan prinsip ‘al-Qardhul-hasan’ iaitu pembiayaan jualan bertangguh tanpa dikenakan apa-apa bayaran tambahan lain berkuatkuasa tarikh berkenan.

Dato’ Haji Mazlan, berkata selaras dengan keputusan tersebut , semua pembiayaan membeli kenderaan dan komputer yang diamalkan sekarang akan diganti dengan prinsip berkenaan termasuk pembiayaan membeli kenderaan dan komputer tanpa sebarang faedah, bayaran keuntungan atau bayaran perkhidmatan.

“Ia meliputi semua pinjaman baru atau pinjaman yang telah diluluskan tetapi belum selesai dibuat bayaran balik pada tarikh kuatkuasa Pekeliling ini,” katanya.

Beliau berkata kadar bayaran balik atau ansuran bulanan kepada pembiayaan yang telah dikeluarkan tetapi belum selesai dibuat bayaran balik adalah dikekalkan tetapi tempoh bayaran baliknya akan dipendekkan berdasarkan baki pokok pada tarikh kuatkuasa Pekeliling berkenaan.

Menurut beliau syarat-syarat pembiayaan pinjaman dan tatacara pinjaman di bawah prinsip ‘al-Qardhul-hasan’ masih kekal menggunakan peraturan sebagaimana ditetapkan oleh Pekeliling Perbendaharaan Bilangan Tujuh dan Bilangan Lapan Tahun 1993 (bagi pembiayaan membeli kenderaan) dan Pekeliling Perbendaharaan Bil Lapan Tahun 1992 (bagi pembiayaan membeli komputer) dan surat Pekeliling Pejabat Setiuasaha Kerajaan sebagaimana SUK.TR. 1000/1/1-(93) bertarikh 13 Ogos 1990 iaitu pelaksanaan skim pembiayaan melalui prinsip Al-Bai’u Bithaman Ajil.

Surat Pekeliling berkenaan diedarkan kepada semua Jabatan Negeri atau Badan Berkanun Negeri dan Pihak berkuasa Kerajaan Tempatan manakala salinan pula kepada Setiausaha Sulit Kanan kepada Y.A.B. Menteri Besar, Y.B. Pegawai Kewangan Negeri. Pengarah Audit Negeri dan Akauntan Negeri.

“Dengan berkuatkuasanya Pekeliling ini maka Surat Pekeliling Pentadbiran ini sebagaimana SUK.TR. 1000/1/1 - (93) bertarikh 13 Ogos 1990 adalah dibatalkan,” jelasnya.



COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM



Do You Yahoo!?
Send online invitations with Yahoo! Invites.

Kirim email ke