*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
(25hb Januari 2000) 

Saudara saudari yang pernah mengikuti Suara PRM tentu
tertanya-tanya apakah yang telah berlaku kepada
penerbitan bulanan ini. Sebenarnya Suara PRM tidak
mempunyai KDN. Kami telah membuat permohonan kira-kira
setengah tahun lalu, akan tetapi sehingga kini masih
belum mendapatnya. Sementara menunggu Suara PRM
keluar, kami akan menerbitkan melalui laman web PRM (
http://www.prm.tsx.org ) pojok Pedas-Pedas Cili Api
yang kami ketahui diminati ramai. Silalah ikuti. 

Ketua Wanita Ditandingi 

Maka bermadahlah Awang Sulung dalam ruangan pojok
"Bisik-Bisik", Utusan Malaysia, "Wanita akan kelihatan
bodoh jika ia masih cuba menghalang pertandingan
jawatan ketuanya". Sungguh bijak madahnya. Tetapi
mengapakah Awang Sulung tidak memperlihatkan
kebijaksanaan yang serupa tentang pemilihan Presiden
dan Timbalan Presiden UMNO? Adakah beliau mahu para
pemimpin dan anggota UMNO (terutama yang lelaki) terus
kelihatan bodoh? 

Sesuai dengan semangat "nasihat" yang diberi oleh MKT
supaya kedua-dua jawatan tertinggi UMNO tidak
dipertandingkan, suku sakat Zahrah mengharapkan
jawatannya selaku Ketua Wanita tidak akan
dipertandingkan juga. Akan tetapi Nafsiah mahu
bertanding. Kelibat yang jelas daripada Rafidah
menunjukkan bahawa dia berkeinginan besar juga. Cukup
menarik. Rafidah setuju supaya tiada siapa akan
menandingi Presiden dan Timbalan Presiden UMNO, demi
mempertahankan perpaduan. Tetapi sebaliknya kenapa
beliau ingin merebut kembali jawatan yang telah
direbut oleh Zaharah daripadanya dulu? Adakah beliau
tidak mahukan perpaduan? 

Cili Api bukan hendak sokong Zaharah. Tetapi hanya
hendak menunjukkan sikap  pemimpin- pemimpin UMNO
(termasuk Rafidah dan Zaharah juga) yang sering
menunjukkan sikap talam dua muka. Macam manakah
Rafidah dan Zaharah boleh bersetuju Dollah Ahmad
dinaikkan menjadi Timbalan Presiden UMNO, dan kemudian
dilarang orang lain menandinginya? Pada hal ada orang
yang mendapat undi lebih banyak daripada Dollah ini
semasa beliau bertanding untuk jawatan Naib Presiden
dalam Perhimpunan UMNO yang lalu. Bukankah ini tidak
demokratik? 

Cili Api merasa hairan bin ajaib. Mengapakah Ku Li
sanggup mempertahan UMNO mengamalkan demokrasi? Dan
mengapakah Najib tak sanggup berkata apa-apa? 
  

Berjuta-juta Wang Lesap 

Jawatankuasa Perhubungan UMNO Kedah telah melantik
Datuk Afifuddin Omar mengetuai sebuah badan untuk
menyiasat kehilangan berjuta-juta ringgit wang
pilihanraya di negeri Kedah. 

Eh! masih berguna juga lagi rupanya Afifuddin ini.
Ingatkan dia tidak diperlukan oleh sesiapa lagi,
terutama yang rapat dengat Cek Det @ Dr M, selepas
digugurkan dari jawatan Timbalan Menteri dan tidak
diberi peluang untuk bertanding semula dalam
pilihanraya baru-baru ini, kerana kononnya 
bersimpati dengan Anwar (bukan menyokongnya pun!).
Soal wang pilihanraya UMNO lesap, masuk poket para
pemimpinnya, memang perkara biasa, bukan? Mengikut
Bendahari, beliau satu-satunya ahli jawatankuasa yang
tidak dijemput hadir dalam mesyuarat perhubungan itu. 

Katanya, jikalau dijemput, beliau boleh memberi
penjelasan, kerana mempunyai kira-kira yang lengkap.
Adakah kira-kira itu termasuk wang yang lesap juga?
Pelik dan ajaib juga mengapa beliau tidak dijemput
hadir. 

Adakah, seperti yang lazim diamalkan dalam budaya
UMNO, mereka telah terlebih dulu membuat keputusan
kambing mana yang hendak dikorbankan? Jikalau begitu,
sulit juga bagi Afifuddin hendak menjalankan tugasnya
dengan adil. 

Yang menarik bagi Cili Api ialah: apakah hubungan wang
yang lesap itu dengan bekas Menteri Besar Kedah, Tan
Sri Sanusi Junid? Takkanlah beliau tidak tahu tentang
wang yang keluar masuk bank atau poket sebelum dan
semasa pilihanraya dulu, waktu beliau menjadi bos di
Kedah. Adakah peranannya akan disiasat juga? Ada orang
berpendapat, sekiranya Sanusi diserang, bererti bos 
besarnya, yang tidak lain tidak bukan Cek Det, hendak
dijadikan sasaran juga. Hai,masuk akalkah ini? 

Dalam UMNO, apabila seseorang pemimpin sudah
kehilangan jawatan atau pangkat, macam-macam boleh
berlaku. Barangkali Sanusi sudah tujuh kali menyesal
sebab tunduk kepada tekanan supaya dia berundur.
Itulah sebab agaknya Cek Det takut benar hendak
berundur. Kalau-kalau diburu sampai ke lubang cacing. 

Fahamlah Cili Api mengapa beliau akan buat apa saja,
yang adil atau zalim, yang demokratik ataupun tidak,
untuk terus berkuasa. Banyak sangat yang hendak
disembunyikan. Lebih baik bawa sampai ke liang lahad
semasa memegang jawatan. Masalahnya ialah kalau-kalau
ada yang hendak kencing di atas kuburnya pula. Cili
Api berharap ini tidak akan berlaku. 

Cili Api ingin tahu bukan saja tentang wang yang lesap
di Kedah, tetapi berapa ratus juta atau mungkin ribu
juta yang telah dibelanjakan oleh Cek Det di seluruh
Malaysia untuk memenangi pilihanraya baru-baru ini.
Dari manakah datangnya wang begitu banyak? 
  


=====
COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM
__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Talk to your friends online with Yahoo! Messenger.
http://im.yahoo.com

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: counterbalance <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke