*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.

     Segala pujian kepada Allah; tuhan yang memilik dan menguasai segala yang ada di 
langit dan bumi.  Selawat dan salam ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad saw; 
insan yang menjadi teladan di sepanjang zaman.

     Apa yang saya faham, PokeMon bermaksud Pocket Monster dan kartun ini datang dari 
Jepun.  Saya fikir ianya tiada kaitan dengan Pork.  Namun ianya bukanlah watak yang 
wajar digemari oleh anak-anak Islam.  Kerana Pocket Monster sebenarnya adalah hantu.  
Maka ianya tergolong dalam perkara tahyul yang tidak sepatutnya ditayangkan atau 
dipasarkan dal bentuk barangan yang lain.

     Mungkin kita akan berkata, "Alahh, kartun saje..."  Tapi itulah cara orang Yahudi 
hendak melalaikan kita; melalui kartun, muzik, filem dsb.  Secara tidak sedar, apa 
yang anak-anak kita tontoni, itulah yang meresap masuk ke fikiran mereka.

     Sebenarnya siri kartun banyak mengandungi unsur-unsur keganasan.  Tidak 
ketinggalan siri-siri bercorak mutant yang menonjolkan masyarakat yang telah porak 
peranda.  Lebih membimbangkan apabila keganasan ditonjolkan sebagai lawak janaka.  
Anak-anak kita seronok apabila melihat watak kartun dipukul, ditembak, meletup, jatuh 
dsb.  Kita tidak sedar dan biarkan anak-anak kita menontonnya dengan alasan ianya 
hanyalah kartun.  Kita biarkan semua itu meresap ke jiwa dan fikiran anak-anak kita.  
Itu sebabnya kita perhatikan hari ini, ramai kanak-kanak mudah tertawa apabila melihat 
kawan terjatuh dsb.

     Menurut kajian, unsur ganas yang dipaparkan di dalam filem adalah jauh lebih 
kerap daripada yang berlaku dalam kehidupan sebenar.  Kekerapan ini lebih tinggi lagi 
di dalam siri kartun.

     Marilah kita renungkan bersama.  Saya fikir, tindakan besar yang perlu dilakukan 
ialah keluarkan tv daripada rumah kita.  Itulah yang saya lakukan untuk anak-anak 
saya.  Walaupun mereka masih memperolehinya dari persekitaran di luar, tetapi saya 
sudah hindarkan mereka daripada menatapinya setiap hari.  Bukan fanatik.  Tetapi 
siaran tv banyak yang buruk daripada baik.  Kalau ada yang baik pun tidak ramai yang 
mahu menontonnya.  Lebih baik kita ceritakan kisah nabi, sahabat dan binatang yang ada 
diceritakan di dalam al Quran.  Hiasilah rumah kita dengan bacaan al Quran dan al 
Hadith.  Saya mengajak diri saya dan netters semua untuk membentuk suasana agama di 
rumah kita semua.

Wallahu `alam.


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Mukmin Bin Muslim" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke