*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* { Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net } { Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] } { Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] } *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Polis digesa telus beri maklumat kekacauan KUALA LUMPUR 12 Mac - Pergerakan Pemuda Barisan Nasional (BN) menggesa polis menyampaikan maklumat mengenai sebarang insiden kekacauan seperti di Jalan Klang Lama, Khamis lalu secara telus dan lebih meluas dalam usaha membendung merebaknya khabar-khabar angin. Pengerusi Pemuda BN, Datuk Hishammuddin Tun Hussein berkata, khabar-khabar angin mengaitkan insiden kekacauan di sekitar Jalan Klang Lama dengan isu perkauman adalah tidak benar. Sebaliknya, kata beliau, ia adalah pergaduhan antara dua kumpulan samseng di Taman Desaria dan kawasan-kawasan berhampiran Jalan Klang Lama. Menurutnya, polis perlu mengamalkan ketelusan dalam menyampaikan maklumat supaya orang ramai tahu kenyataan sebenar. ``Lebih banyak laporan mengenai keadaan sebenar harus disiarkan dari semasa ke semasa supaya khabar angin itu dapat dibendung. ``Kejadian yang berlaku adalah masalah setempat, berpunca daripada kumpulan remaja yang terbit daripada masalah sosial,'' katanya. Beliau yang juga Ketua Pemuda UMNO berkata demikian selepas mempengerusikan mesyuarat khas Ketua-ketua Pemuda parti komponen BN di pejabatnya, di sini hari ini. Enam orang mati dan lebih 400 cedera sementara lebih 183 orang telah ditangkap bersabit dengan pergaduhan itu. Hishammuddin berkata, Pemuda BN akan menjalankan kajian untuk mengenal pasti punca pergaduhan antara dua kumpulan penduduk. ``Pemuda BN memandangkan serius insiden itu,'' kata beliau yang juga Menteri Belia dan Sukan. Katanya, Pemuda BN menyokong tindakan polis bagi memastikan kejadian itu tidak merebak. Menurutnya, Pemuda BN akan membantu pihak berkuasa bagi menangani masalah sosial di kawasan-kawasan terbabit dan pelbagai program akan dirangka bagi menghindarkan belia daripada terjebak ke dalam kegiatan tidak diingini. Selepas mesyuarat itu, Hishammuddin mengetuai rombongan Pemuda BN melawat mereka yang dirawat di hospital kerana cedera. Mereka juga merancang mengadakan pertemuan dengan para pemimpin masyarakat di kawasan-kawasan itu. Oleh: JOHARDY IBRAHIM ______________________________________________________________ This email has been sent through 2b at http://www.2bmail.co.uk ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB) ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB) ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan ) ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net ) ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] ) ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Pengirim: "Temingat Di Belantara" <[EMAIL PROTECTED]>