*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
AFta ni sebenarnya bukan berkisar pada automotive
sahaja. Tapi ianya pada semua benda. Kalau ubat buatan
US lebih murah dari ubat buatan malaysia...... memang
org akan beli ubat buatan US ni..... same goes
tilam,bantal dan lain lain lagi. Apalagi kalau
automotive component sebab buatan thailand ni memang
murah murah ranging dari tayar (brigdestone) sampai la
engine spare parts.

Pada pengamatan saya, due to this coming AFTA and
globalisation ni, banyak investment luar yg telah
melabur di Malaysia kebanyakannya dah cabut lari. i
can name a few sperti Philips Penang, Seagate, Sony
(R&D), Black & Decker, Motorola Seremban. Semua kilang
ini ditutup di Malaysia dan dibuka untuk manufacture
samaada di China atau di Vietnam. 

What i can see here ialah ianya akan create social
problem kat Malaysia ni. Lepas tu there will be no
room for small local entreprenur...sebab kalau
kengkawan sekalian nak berniaga.....kengkawan kena
bersaing dgn big big guns dari all over the world.
memang tak boleh nak compete punya sebab they have
capital, brand name resources dan byk lagi. Kita
rakyat malaysia nanti akan jadi pekerja atau buruh
mahir ditempat sendiri dan selepas tu kekayaan
sebenarnya...dibawa pulang. Kalau kompeni tu tak dapat
untung kat Malaysia ni...langkah senang tutup dan buka
tempat lain pulak! kita cari keje lain la! apalagi!

--- Tiang Jawi <[EMAIL PROTECTED]> wrote: >
Assalamualaikum w.w.
> 
> Saya pasti tak ramai ahli hizb ni yang minat
> memperkatakan hal kereta.  
> Walau bagaimapanapun izinkan saya memberi sedikit
> lagi pandangan berkaitan 
> isu ini.
> 
> AFTA memang tidak menjamin harga kereta menjunam
> jatuh.  Jika ini berlaku 
> kacaubilaulah pasaran terutamanya kereta terpakai
> dan juga masalah pinjaman 
> biaya kereta yang belum lunas. Harga kereta tetap
> naik mengikut kadar 
> kenaikan biasa, seperti setiap perlancaran model
> baru ataupun perubahan 
> kosmetik dan aksesori.  Tapi yang penting ialah
> harga kereta setara untuk 
> yang sekelas.  Waja 1.6 (RM 65k) sepatutnya tidak
> terlalu jauh lebih rendah 
> dari Sentra 1.6 (RM 100k), Corolla 1.6 (RM 105k)
> dll.  Barulah kita lebih 
> bebas menggunakan hak kita sebagai pengguna.  Dalam
> keadaan sekarang kita 
> seolah-olah secara tidak langsung diarahkan ke arah
> proton.  Harga kereta 
> bukan nasional lebih 1.7 dari kereta proton. 
> Sebagai perbandingan kini 
> kereta TD proton dijual di Langkawi pada RM 120k,
> sedangkan di luar Langkawi 
> harganya hampir RM 200k.
> 
> Saya juga sependapat dengan saudara, tidak ingin
> proton dan produa gagal 
> dalam industri ini.  Tambahan pula proton kini
> dipunyai oleh Petronas.  
> Petronas secara logiknya secara tidak langsung
> adalah milik semua warga 
> Malaysia.  Walau bagaimanapun kebenaran anggapan
> seperti ini perlu 
> perbincangan lanjut, khususnya dalam situasi ketika
> ini.  Yang nyata kalau 
> Petronas mengabaikan tanggungjawab rakyat ini,
> generasi akan datang pasti 
> mengutuk mereka dan juga mungkin kita.
> 
> Saya yakin mereka, proton dan perodua sedang
> (sepatutnya telah) meranncang 
> langkah seterusnya untuk terus bertapak kukuh dalam
> industri auto.  Kabar 
> angin bertiup yang Perodua akan mengeluarkan
> kedua-dua jenama, Perodua dan 
> Daihatsu untuk masing-masing pasaran tempatan dan
> Asean.  Proton pula tengah 
> giat cuba memikat Ford yang sudahpun bertapak di
> Thai.
> 
> Industri sokongan-vendor pembekal komponen yang
> benar-benar tulin telah lama 
> mengorak langkah menghadapi AFTA.  Ada satu syarikat
> bersaiz sederhana besar 
> telahpun mendirikan kilang dan beroperasi di Thai. 
> Malah mereka telahpun 
> mengeluarkan sebahagian komponen di sini dan
> menghantar ke Thai untuk 
> pasangan kereta di sana.  Jadi masalah mungkin
> timbul kepada vendor yang 
> separa-tulin.  Dapat hak vendor bukan sepenuhnya
> kerana kelayakan.  
> Harap-harap vendor seperti ini tidak lagi ujud di
> Malaysia.
> 
> Walau apapun, semuga segalanya memberi manfaat
> kepada warga Malaysia, di 
> dunia dan di akhirat.
> 


____________________________________________________________
Do You Yahoo!?
Get your free @yahoo.co.uk address at http://mail.yahoo.co.uk
or your free @yahoo.ie address at http://mail.yahoo.ie

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: =?iso-8859-1?q?john=20lee?= <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke