*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* { Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net } { Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] } { Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] } *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Assalamu`alaikum warahmatullahi wabarakatuh, Kuliyyah Maghrib ini disampaikan oleh Ustaz Ahmad Jailani di Masjid Jamek Sungai Gelugor,Pulau Pinang. Isu-isu Pemikiran Semasa. Ustaz Jailani pada kali ini membawa satu rencana yang dilapurkan di dalam majalah Newsweek keluaran 10 July 2000, dibawah tajuk ‘Trouble In Turkistan’ ( masalah kekacauan yang berlaku di sebuah tempat bernama Turkistan). Turkistan adalah satu nama yang diberikan kepada sebuah wilayah yang bernama XinJiang,yang sekarang ni di bawah negara China.Turkistan letaknya kira-kira 200km dari sempadan negara Afghanistan.Wanita-wanita mereka daripada bangsa UeiHur yang beragama Islam ini memakai tudung kepala sebagaimana orang-orang Islam yang lain.Tudung kepala mereka dijahit sendiri dengan jahitan tangan. Dan di sana terdapat beberapa kesan yang menunjukkan pernah berlaku pertempuran diantara penduduk Turkistan ataupun XinJiang ini dengan pihak berkuasa.40% daripada 16 juta penduduk XinJiang adalah berbangsa UeiHur yang beragama Islam dan bercakap dalam bahasa Turki.Pada tahun 1944, gerila-gerila muslim daripada bangsa UeiHur ini telah mengisytiharkan kemerdekaan dan memberi nama negara mereka ‘Republik Turkistan Timur’ di barat daya wilayah XinJiang. [ Maknanya,13 tahun sebelum M`sia menyambut kemerdekaan, mereka yakni bangsa UeiHur sudah pun mengisytiharkan kemerdekaan di wilayah XinJiang daripada kuasa pemerintahan komunis China. ] Dan sebahagian daripada pemuda-pemuda UeiHur ini masih meneruskan perjuangan untuk memisahkan wilayah mereka daripada pemerintahan Beijing.Tetapi sebagaimana yang kita tahu bahwa sampai ke hari ini, mereka masih berada di bawah cengkaman pemerintahan kerajaan komunis Beijing.Dan ribuan daripada penduduk-penduduk bangsa Uei Hur ini telah pun ditahan dan lebih kurang 200 orang telah pun dihukum mati oleh pemerintah China pada hari ini. Kenapa XinJiang menjadi satu wilayah yang cukup penting kepada kerajaan China?…Sebab XinJiang adalah satu wilayah yang kaya dengan hasil petrolium dan perusahaan kapas.Yang mana hasil daripada bumi XinJiang ini telah memberi 60% kekayaan kepada kerajaan China.Ini menunjukkan kepada kita bagaimana bumi yang dipijak oleh manusia yang beragama Islam dan beriman kepada ALLAH SWT,dikurniakan dengan rezeki yang melimpah ruah oleh ALLAH SWT.Cumanya,terpulang kepada kebijaksanaan kita bagaimana untuk memanafaatkan kekayaan yang telah dianugerahkan oleh ALLAH SWT kepada kita.Samada mampu kita memanafaatkan kekayaan yang melimpah ruah itu ataupun kekayaan itu akan diambil oleh kaum yang kufur kepada ALLAH SWT; itu adalah soal kedua.Tetapi soal yang pertama ialah kekayaan itu diberikan di bawah tapak kaki manusia yang beriman kepada ALLAH SWT. Kemudian penulis rencana ini memberitahu bahwa salah satu daripada projek pembangunan barat yang dibuat oleh kerajaan China hari ini ialah projek menghubungkan paip yang bernilai kira-kira 14 billion juta US dolar, yang menghubungkan daripada wilayah XinJiang ke pelabuhan Shanghai. [ Kerajaan Beijing nak ambik kekayaan yang dianugerahkan oleh ALLAH SWT ini daripada perut bumi XinJiang dengan mengeluarkan melalui perhubungan paip yang panjangnya 14,200 km jauhnya.Maknanya,lebih daripada 4 kali ganda jauhnya antara Perlis ke Johor.Tetapi itulah yang ditunjukkan kepada kita apabila manusia yang beriman berada di bawah cengkaman kuasa kuffar, maka dengan ini pihak kuffarlah yang dapat menikmati kekayaan yang diberikan oleh ALLAH SWT dibawah tapak kaki manusia yang beriman kepada ALLAH,dengan satu projek yang berjumlah 14 billion juta US dolar. ] Kemudian penulis itu memberitahu lagi bahwa bila ada setiap kali buat projek baru di wilayah XinJiang yang mana 40% peduduknya adalah beragama Islam, maka kerajaan komunis China akan membawa masuk bangsa China dari suku kaum Han ke XinJiang untuk mengimbangi populasi umat Islam di XinJiang yang menuntut kemerdekaan daripada mereka (kerajaan China).Dimana 50 tahun yang lalu,hanya 15% daripada populasi XinJiang adalah daripada bangsa China dari suku kaum Han.Tetapi sekarang,ia telah meningkat kepada 40% dan terus mengimbangi dengan kaum UeiHur. [ Ini menunjukkan kepada kita bagaimana usaha kerajaan kuffar China untuk mengimbangi kekuatan yang ada kepada umat Islam di XinJiang. ] Bila suasana menjadi sedemikian,pengarang memberitahu bahwa bagaimana dilambak/dibiarkan pelacuran wujud di wilayah XinJiang. [ Dimana bila diwujud industri pelacuran di bandar-bandar dalam wilayah XinJiang, maka akan timbullah pelbagai perkara yang mengancam kedudukan umat Islam di wilayah XinJiang.Inilah strategi puak kuffar.Yang pertama,mereka mengimbangi populasi yang ada kepada umat Islam,yang mana pada asalnya hampir separuh daripada populasi XinJiang adalah umat Islam.Kemudian yang keduanya,mereka mewujudkan industri pelacuran di XinJiang,semata-mata bertujuan untuk meruntuhkan moral umat Islam,maka ini akan membuatkan umat Islam tidak akan ada lagi daya juang yang tinggi.Yakni semangat jihad untuk menegakkan agama ALLAH sudah tidak ada sebab sudah bergelumang dengan dosa. ] Jadi saudara/saudari/muslimin/muslimat sekelian; kita dapati bagaimana projek yang dibuat oleh kerajaan komunis China, sebenarnya juga sedang berlaku dalam negara kita samada kita setuju ataupun tidak.Kalau kita baca akhbar dalam negara kita, kita boleh tengok macamana berita-berita yang menunjukkan kepada kita bahwa kalau sebuah bangunan kat tingkat atas tu ada pejabat imigresen,maka di tingkat bawah tu pula ada sindiket pemalsuan passport.Kalau di tingkat atas tu ada Jabatan kerajaan tertentu,maka di bawah pula ada sindiket pemalsuan kad pengenalan/sijil kelahiran dan sebagainya.Sapa yang dok buat kerja macam ni, tuan-tuan?…Tidak lain dan tidak bukan,merekalah orang yang satu bangsa dan satu agama dengan kita, tapi yang korup/menyeleweng.Dimana mereka menggunakan kuasa yang ada kepada mereka untuk mendapat keuntungan yang diharamkan oleh ALLAH SWT,sehinggakan mereka tidak peka lagi terhadap survival ummah.Kepada soal penerusan masa depan umat Islam,langsung tidak difikirkan.Dan orang-orang sebeginilah yang membiarkan usaha membawa masuk golongan tertentu dalam negara kita sekarang untuk mengimbangi jumlah populasi yang dimiliki oleh umat Islam dalam negara kita.Cuba kita lihat sekeliling kita,sepatutnya kita orang Islam yang ramai melahirkan anak dengan begitu ramai ini,dapat mengatasi populasi jumlah penduduk.Tetapi apa yang kita lihat la ni ialah kita dengan ‘depa ni’ lebih kurang sama ramai ataupun ‘depa ni’ jauh lebih ramai daripada kita,walaupun apa yang kita tahu majoriti daripada ‘depa ni’ taklah lahir anak ramai sangat.Kadang-kadang bila kita cuba communicate dengan setengah dari ‘depa ni’,kita dapati ada yang langsung tak tau bercakap bahasa Melayu.Ini menunjukkan kepada kita ada unsur-unsur tertentu yang kalau dibiarkan berterusan,maka akan parahlah generasi umat Islam akan datang.Yakni masih ada pegawai-pegawai kerajaan yang korup yang hanya mementingkan kekayaan tanpa mementingkan survival ummah, maka tunggulah suatu masa apabila sampai suatu ketika populasi diantara umat Islam dengan golongan yang kuffar kepada ALLAH SWT tidak seimbang,maka kita akan dapati bagaimana umat Islam akan tewas di dalam pertandingan untuk mendapat kuasa ekonomi/politik di dalam negara.Inilah yang berlaku di wilayah XinJiang,yang mana kerajaan komunis China berusaha untuk menumbangkan daya jihad yang ada pada bangsa UeiHur yang menuntut kemerdekaan daripada kerajaan komunis China. Sebab itu tuan-tuan sekelian, kita perlu berhati-hati dengan apa yang ada di mukabumi pada hari ini.Sebab setiap kali golongan yang memperjuangkan agama ALLAH muncul,mereka ini akan digelar sebagai golongan pemisah.Yang mana akan dituduh bawa keganasan/menyeludup senjata/yang membuat pengeboman/yang membunuh orang-orang yang tidak berdosa; ini adalah satu label yang diberikan kepada golongan-golongan yang cuba memperjuangkan agama ALLAH SWT,supaya masyarakat takut untuk mendekati golongan yang jujur dalam kehidupan beragama.Inilah satu usaha yang cuba dilakukan oleh puak kuffar. Sebab itu muslimin/muslimat sekelian; kita perlu berhati-hati supaya dapat membezakan diantara golongan yang benar-benar berjuang untuk agama ALLAH SWT,dengan golongan yang menggunakan agama untuk tujuan tertentu. ( Hah! Inilah dia perbezaan diantara Pas/Umno,bagi netters hizbi yang tak nampak lagi perbezaan diantara 2 parti ini.Kalau ada yang kata Pas/umno sama saja,maknanya dia silap banyak.Kerana umno menggunakan agama untuk kepentingan politik dan temoloknya.Manakala Pas,dia memperalatkan partinya untuk kepentingan agama ALLAH SWT.Itu bezanya; ada nampak ka? ) Sambungan kitab Qanun Jinayah Syar`iyah. 8) Hukuman Diyat (pampasan/ganti rugi) i) Diyat ialah harta yang wajib dibayar dan diberikan oleh penjinayah kepada wali/waris mangsanya sebagai ganti rugi disebabkan jinayah yang dilakukan oleh penjinayah keatas mangsanya. [ Harta yang dimaksudkan itu,tak kiralah samada binatang ternakan ka, pakaian ka, wang ringgit ka dan sebagainya; janji mau dalam bentuk harta. Hukuman diyat juga boleh dikatakan sebagai hukuman alternatif kepada kesalahan yang dibuat secara sengaja.Contohnya,bunuh dengan sengaja.Hukuman asal kepada bunuh dengan sengaja adalah qisas,yakni bunuh balik.Jadi hukuman alternatifnya ialah diyat yakni bayar ganti rugi. ] ii) Hukuman diyat adalah hukuman kesalahan-kesalahan yang sehubungan dengan kesalahan qisas.Hukuman diyat ialah hukuman yang telah ditentukan dan ditetapkan ALLAH dan rasulNya di dalam al-Quran/hadith sebagai ganti rugi diatas kesalahan-kesalahan yang melibatkan kecederaan anggota badan,atau melukakannya. 9) Kesalahan yang dikenakan hukuman diyat. Kesalahan-kesalahan yang wajib dikenakan hukuman diyat ialah : i) Pembunuhan yang serupa dengan sengaja. [ Serupa dengan sengaja bermakna perbuatan tadi sengaja walaupun tidak ada niat untuk membunuh atau mencederakan.Contohnya, kita ambik rotan atau kayu yang kecil,lalu kita pukul seseorang dengan niat hanya sekadar nak pukul kerana marah.Alat yang digunakan untuk memukul itu pada adatnya atau kebiasaannya,ia tidak boleh membunuh, tetapi bila dipukul kepada mangsa, tiba-tiba secara kebetulan membuatkan mangsa tu mati.Walaupun pada kebiasaannya alat yang digunakan tadi tidak boleh membunuh, tetapi oleh sebab perbuatan tadi sengaja walaupun tanpa niat untuk membunuh; maka pembunuhan itu disebut sebagai pembunuhan yang serupa dengan sengaja ataupun separuh sengaja. ] ii) Pembunuhan yang tersalah (tidak sengaja) – qotlu qotto` yakni yang memang tidak sengaja. iii) Pembunuhan yang sengaja yang dimaafkan oleh wali atau ahli waris orang yang dibunuh.Sepetimana firman ALLAH TA`ALA dalam Suratul Baqarah ayat 178 yang bermaksud, “Sesiapa yang dapat memperolehi sebahagian keampunan daripada saudaranya (waris kepada mangsa yang dibunuh),maka hendaklah diikuti dengan cara yang baik (iaitu menuntut ganti rugi dengan tidak melampaui batas).Dan tunaikanlah bayaran diyat itu dengan ihsan.” [ Maknanya,si pembunuh kena bayar dengan segera wang diyat, kecuali jika dibenarkan oleh keluarga mangsa. ] “Yang demikian itu adalah suatu keringanan/kemudahan yang diberikan oleh ALLAH SWT.” [ Masa dulu sebelum kedatangan Nabi Muhammad s.a.w., tak dak lagi benda lagu ni.Yakni bila seseorang dibunuh,maka wajib bunuh balas balik.Tetapi dalam syariat Nabi Muhammad s.a.w.,ALLAH SWT bagi keringanan dengan cara diyat sebagai alternatif kepada hukuman bunuh balas. ] “Serta satu rahmat daripada Tuhan kamu ( makna rahmat adalah kasihan belas daripada ALLAH SWT kepada sekelian hambaNya).Sesiapa yang melampaui batas selepas daripada itu,maka baginya azab yang pedih.” [ Mengenai ayat ini,dia ada 2 perbezaan.Perbezaan itu ialah mengenai definasi pengarang tentang ayat ini dengan beberapa tafsir di dalam al-Quran.Pengarang kitab ini menterjemahkan maksud ayat ini ialah kepada sesiapa yang nak membalas dendam.Tetapi dalam beberapa kitab tafsir yang lain,terutamanya dari kitab tafsir Arab umpamanya; dinyatakan maksud ayat ini ialah apabila penjinayah tadi melampaui batas,yakni penjinayah itu mengulangi jinayah yang dia buat.Maknanya,penjinayah ini telah pun didapati bersalah diatas satu pembunuhan.Kemudian dia telah diampunkan oleh keluarga mangsa.Tapin bila dia dibebaskan, tiba-tiba dia mengulangi dengan melakukan pembunuhan kali yang kedua.Maka dinyatakan bahwa orang macam inilah yang melampaui batas,yakni dengan mengulangi perbuatan bunuh itu walaupun pada kali pertama dia telah dimaafkan; maka kata ALLAH,baginya azab yang pedih. Jadi saudara/saudari muslimin/muslimat sekelian; sepatutnya bila kita dengar ayat macam ni,hendaklah kita rasa takut.Tetapi ramai dikalangan manusia pada hari ini,mereka memandang rendah kepada ayat-ayat al-Quranul Karim menyebabkan amaran-amaran daripada ALLAH ini tidak langsung menakutkan diri mereka.Sebagaimana peristiwa gerhana bulan yang berlaku baru-baru ini.Kebetulan pernah berlaku satu peristiwa gerhana pada saat kematian Ibrahim,anak kepada Rasulullah s.a.w. Maka Nabi s.a.w. pun habaq awai-awai kat para sahabat bahwa kejadian gerhana itu tidak ada kaitan dengan kematian ataupun kelahiran seseorang.Gerhana ini adalah satu petanda daripada ALLAH SWT untuk menakutkan manusia.Maknanya ALLAH nak tunjukkan kehebatan kuasa yang dimilikiNya sehinggakan Dia boleh letak kedudukan matahari/bumi/bulan selari antara satu sama lain.Inilah satu amaran daripada ALLAH SWT untuk menakutkan manusia supaya manusia sedar tentang kekuasaan yang dimiliki oleh ALLAH SWT.Tetapi yang sedihnya ialah apa yang saya lihat ramai yang tak sedar dan tak ambik pusing langsung tentang peristiwa gerhana bulan pada malam itu.Yang kita ni punyalah bersyukur kerana Tuhan boleh bagi sembahyang sunat gerhana bulan, yang menurut ahli kaji bintang, gerhana seperti ini akan berlaku sekali lagi dalam jangkamasa seribu tahun lagi.Boleh ka kita hidup sampai ke seribu tahun lagi?…Ish! punya la tak cerdik puak-puak ni.Depa boleh relax aja kat kedai kopi,tak ambil peduli langsung tentang kesempatan yang ALLAH bagi untuk sembahyang sunat gerhana.Walhal,kedai kopi tu 2-3 langkah saja daripada masjid.Inilah sebenarnya contoh puak-puak yang tak tahu nak menghargai dan mensyukuri terhadap apa yang telah ALLAH SWT bagi kat depa.Sepatutnya hendaklah kita sentiasa bersyukur kepada ALLAH (lebih-lebih lagi bangsa Melayu kita),sebab kita dilahirkan sebagai seorang Islam baka,yakni dalam keluarga yang telah pun Islam.Cuba kita tanya diri kita sendiri; apa akan jadi kalau aku dulu dilahirkan dalam keluarga Kristian/ Buddha atau mana-mana keluarga yang bukan Islam? Apakah kita akan kaji ugama seperti saudara Ann Wan Seng atau pun saudara Abu Tiger buat,sebelum mereka dapat hidayah untuk memeluk Islam? Adakah kita nak cari hidayah sebagaimana Nabi Ibrahim a.s. mencari identiti sebenar Tuhannya dengan memperhati cakerawala? Boleh ka kita buat/kaji sepertimana hamba-hamba ALLAH yang saya sebut tadi,tuan-tuan?…Sebab inilah,sepatutnya kita mesti mengucap syukur kepada ALLAH SWT dengan tanpa sebarang penat lelah kerana hidayah telah diberikan oleh ALLAH SWT kepada kita dalam keadaan kita dilahirkan sebagai seorang yang beragama Islam. ] ……bersambung……. __________________________________________________ Do You Yahoo!? Yahoo! Mail - Free email you can access from anywhere! http://mail.yahoo.com/ ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB) ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB) ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan ) ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net ) ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] ) ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Pengirim: Omar AlKhatab <[EMAIL PROTECTED]>