Assalamu`alaikum warahmatullahi wabarakatuh,

....Sambungan pengajian Qanun Jinayah Syar`iyah dibawah perkara 31....

Perkara 31 : Qarinah yang boleh diambil kira untuk mensabitkan zina.

i) Qarinah yang boleh diambil kira untuk mensabitkan seseorang perempuan itu berzina ialah dengan hamil (mengandung) bagi perempuan-perempuan yang tidak mempunyai suami, atau perempuan-perempuan yang tidak diketahui bersuami.

[ ‘Qarinah’ dalam istilah undang-undang pada hari ini ialah ‘circumstantial evident’ ataupun keterangan keadaan. Diantara contoh ‘keterangan keadaan’ yang diguna-pakai di dalam undang-undang negara kita pada hari ini ialah seperti dalam satu kes pembunuhan (misalnya). Yang mana tiba-tiba sebilah pisau yang berlumuran dengan darah telah dijumpai. Maka pisau yang berlumuran dengan darah itu adalah ‘keterangan keadaan’. Ataupun katalah dalam kes liwat, lalu dijumpai kesan air mani di dubur mangsa. Maka air mani itu adalah ‘keterangan keadaan’ dalam kes tersebut.

Manakala di dalam hukum syara` pula, kalau kita tengok dalam kes yang membabitkan zina; sebahagian ulama` berpendapat bahwa ia boleh menggunakan qarinah. Tetapi hanya satu sahaja keadaan yang boleh menggunakan qarinah; iaitulah mengandung di luar nikah. Perempuan yang macam ni dikira sebagai bersalah kerana dia bersetubuh tanpa pernikahan yang sah, maka wajib dia dikenakan hukuman hudud.

Tuan-tuan tau ka perkataan ‘hudud’ pada hari ini, bukan boleh kita sebut sewenang-wenangnya?... Sebab ada orang yang terlalu phobia dengan perkataan-perkataan seperti ini. Teruknya phobia mereka itu sehinggakan sampai ke tahap diarahnya tukar istilah-istilah sebegini yang ada dalam syllabus matapelajaran ugama sekolah-sekolah...Sebab apa berlaku sebegitu teruk?...Sebab puak-puak sekular yang memerintah kata bahwa perkataan seperti hudud, rejam apa semua ni adalah ayat-ayat politik yang digunakan oleh pihak Pas...Nampak dak tuan-tuan; sampai ke situ perginya puak-puak ni. Dah takdak modai betoi dah depa ni...Ini membuatkan pihak kementerian pelajaran pun jadi dilemma tuan-tuan. Sebab apa kita kata macam tu?...Sebab istilah hudud, rejam, potong tangan apa semua ni; bukannya Pas saja suka-suka pi reka-reka...Tarak aih...Hang bukalah kitab mana pun, istilah-istilah macam ni telah pun digunakan oleh ulama-ulama muktabar sejak dulu lagi. Jadi, bila disuruh tukarnya istilah-istilah ini; tak ke dilemma tuan-tuan?...

Jadi, apa yang kita nak sebut disini sebenarnya ialah ini bukanlah masalah politik ke atau tak politik ke, sebab istilah-istilah ini sememangnya datang daripada Islam itu sendiri. Tetapi apa yang sebenarnya puak-puak ni takut ialah kalau diimplementkan hukuman-hukuman ini, maka diantara orang yang pertama sekali yang akan kena ialah mereka sendiri...Sapa yang kuat minum arak?...Function-function yang diselenggarakan oleh BN ka atau dalam muktamar Pas ka??...Budak-budak tak mengaji pun boleh jawab soalan ni...Kemudian kita tengok pulak, puak-puak mana yang suka dok pi berzina dengan pelacur di Haadyai; cuba bagitau sat?...Puak-puak yang dok pi masjid ka atau puak-puak umno karat ka??...Jadi, sebab itulah kita tengok bahwa puak-puak haprak ni, mereka tak mau hudud dilaksanakan. Sebab depa tau kalau hudud dilaksanakan, maka orang yang pertama yang akan kena adalah depa sendiri. Depa tau kalau hudud dilaksanakan, arak tak boleh dah depa minum sesuka hati. Kalau depa ditangkap dan didapati bersalah pasai minum arak, maka depa akan dimalukan kerana disebat dikhalayak ramai...Inilah cerita sebenarnya.

Oleh sebab inilah, maka kita nak buat teguran kepada setiap adun ataupun ahli-ahli Parlimen yang beragama Islam, tak kiralah dia parti apa pun, kalau dia seorang Islam yang beriman kepada ALLAH SWT maka dia berkewajipan untuk memberi sokongan kepada undang-undang Islam; tak kiralah samada hudud, qisos, diyat ataupun ta`zir. ]

ii) Termasuk dalam qarinah yang boleh disabitkan seseorang perempuan itu berzina ialah kehamilan perempuan-perempuan yang bersuamikan kanak-kanak yang belum baligh atau bersuamikan lelaki dewasa yang terpotong zakarnya.

[ Boleh diterima akal ke tidak; kalau kita tengok seorang isteri itu mengandung, padahal suaminya baru berumur 5 tahun?...Tak mungkin, betul tak tuan-tuan?...Sebab si suami yang berusia 5 tahun itu mana mungkin boleh menghasilkan air mani. Jadi, isteri yang mengandung sebegini, wajiblah dihukum dengan hukuman hudud sebab pasti dia bersetubuh dengan orang lain sehingga menyebabkan dia mengandung.

Kemudian kalau kita tengok ada seorang isteri mengandung, padahal kita tahu yang suaminya adalah seorang lelaki yang terpotong zakarnya; maka perlulah disiasat dulu samada si suami itu masih mampu mengeluarkan air mani lagi ataupun tidak. Sebab berkemungkinan isteri itu hamil disebabkan doktor menggunakan kaedah perubatan moden pada hari ini dengan mengambil air mani daripada si suami lalu bubuh dalam rahim si isteri. Kalau berlaku hal keadaan sebegini, maka ia terkecuali. Malah menjadi harus dalam hukum syara` bagi pasangan suami isteri untuk menggunakan kaedah perubatan sebegini, sekiranya si suami itu tidak boleh lagi untuk memancutkan air maninya dalam keadaan biasa (seperti kes mati pucuk umpamanya). Yang diharamkan ialah sekiranya si suami itu tidak boleh menghasilkan sperma, tapi tiba-tiba nak ambil benih dari orang lain dan bubuh dalam rahim isterinya. Ini tidak dibenarkan oleh hukum syara`. ]

Perkara 32 : Perlaksanaan Hukuman Hudud.

i) Hukuman Hudud hendaklah dilaksanakan oleh Imam (Ketua Negara) atau wakilnya, iaitu hakim. Tidak boleh dilaksanakan oleh orang awam, kerana hukuman hudud itu adalah hak ALLAH yang disyariatkan untuk menjaga kepentingan umat manusia.

[ Kalau kita tengok kerja seseorang itu hanya memancung kepala orang murtad sahaja, maka adakah undang-undang boleh charge dia sebagai membunuh orang?...Tak boleh tuan-tuan, sebab memang telah menjadi kerjanya untuk memotong kepala orang murtad bagi mewakili pihak pemerintah...Jadi, orang awam macam kita ni, bukan boleh saja-saja kita nak pi bunuh orang yang murtad; tak boleh tuan-tuan. Ini adalah kerja pemerintah, bukannya kerja kita sebab kita tidak diberi kuasa untuk melaksanakan undang-undang hudud. Yang ada kuasa hanyalah penggubal undang-undang, ahli-ahli Parlimen dan ahli-ahli dewan undangan negeri sahaja. Maka mereka inilah yang berkewajipan untuk melaksanakan undang-undang Islam di mukabumi ALLAH ini.

Sebab itu, kita tengok di K`tan/T`ganu masih tidak boleh melaksanakan undang-undang Islam; samada undang-undang jinayahnya maupun undang-undang perlembagaan; kerana ia telah disekat oleh perlembagaan M`sia yang tidak memberi kuasa kepada k`jaan negeri untuk melaksanakan undang-undang Islam. Begitulah juga sebagaimana kita orang awam yang tidak diberi apa-apa kuasa, maka mana mungkin kita melaksanakan undang-undang Islam...Jadi, dalam kes sebegini; siapakah yang menanggung segala dosa?...Mereka itu adalah orang-orang yang menghalang kita daripada menegakkan hukum hakam ALLAH SWT di atas mukabumi ini. Mereka inilah yang berdosa, bukannya kita. Contohnya; kalau kita nampak depan mata kita, orang melakukan perzinaan; maka bolehkah kita rejam depa dengan batu sampai mati?...Tak boleh tuan-tuan, sebab kita tidak diberi kuasa oleh ALLAH TA`ALA. Walaupun rejam penzina dengan batu sampai mati itu adalah wajib, tetapi kita yang tengok itu tadi tidak diberi kuasa oleh pemerintah, maka kita tidak boleh buat apa-apa.

Dan apa yang saya nak sebut sekali lagi disini ialah sebenarnya bukan senang untuk kita melaksanakan hukuman hudud ni, tuan-tuan. Cuba kita flashback kembali dalam peristiwa pembunuhan kepada executive Petronas yang terjadi tidak lama dulu. Apa yang kita sedia maklum bahwa mahkamah memang menerima nota keterangan yang mengatakan bahwa memang si suami kepada mangsa tersebut yang melakukan pembunuhan itu di dalam bilik air. Sehinggakan anak mereka yang berusia 6 tahun itu sendiri memberitahu kepada neneknya bahwa dia sendiri melihat memang ayahnya yang membunuh emaknya sampai mati. Dan memang telah diperakui oleh mahkamah bahwa suami yang bunuh isterinya. Tetapi apabila pakar jiwa dipanggil untuk memberikan keterangan dalam mahkamah, maka keterangan itu menyatakan bahwa sebenarnya si suami ini tidak sedar apa yang dilakukannya semasa dia bunuh isterinya itu...Disinilah yang menjadi point apa yang saya nak sebut....Iaitu samada betul isterinya curang ataupun tidak; yang tu kita serah kepada ALLAH SWT sebab kita tak tau. Tapi apa yang kita nak sebut ialah tolong ambik pengajaran daripada cerita-cerita sebegini, samada suami ataupun isteri. Kalau kita curang kepada suami/isteri kita, maka yang pertama sekali, kita telah berdosa kepada ALLAH SWT dan akan diazab oleh ALLAH SWT. Dan yang keduanya, ialah kita membahayakan diri kita sendiri. Kalau dibuatnya suami jadi gila sepertimana peristiwa di atas; tak ke bahaya tu?...Ditikamnya sampai tak ingat apa dah. Sudahlah kita berdosa kepada ALLAH, kemudian si suami jadi gila pulak sampai sanggup tikam/cincang kita...

Kalau kita sebagai suami yang curang pulak; agak-agak boleh tidur lena dak kita?...Tau dak kita bahwa yang pertamanya, kita telah berdosa kepada ALLAH SWT. Dan yang keduanya, ada kemungkinan isteri kita sedang dok asah pisau di dapur. Boleh lena ka tidur kita kalau lagu tu?...Kalau saya, memang tak tidur punya tuan-tuan. Kalau dia bunuh, takpa la juga sebab mati terus. Tapi kalau dia kerat zakar kita, macamana tuan-tuan?...Bangkit-bangkit pagi nak pi kerja, tengok-tengok takdak dah ‘benda’ tu. Tak ke haru dibuatnya tuan-tuan?...

Sebab itu, tak rugi kalau kita hidup sebagai seorang yang baik. Hati kita berasa cukup senang sebab kita seorang yang soleh. Dengan Tuhan, kita takdak masalah sebab Tuhan redha kepada kita dengan limpah rahmatNya. Begitu juga dengan hubungan kita sesama manusia; orang tidak akan sakit hati kepada kita, anak-anak tidak akan sakit hati kepada kita, suami/isteri juga tidak akan sakit hati kepada kita; maka bolehlah kita tidur dengan lenanya tanpa sebarang ketakutan. Inilah kelebihan yang akan diperolehi oleh golongan yang bertaqwa kepada ALLAH TA`ALA. ]

ii) Hukuman hudud hendaklah dilaksanakan di khalayak ramai secara terang-terangan. Tidak boleh dilaksanakan dengan bersembunyi, iaitu dengan disaksikan oleh sekumpulan orang-orang yang beriman.

[ Bila nak dilaksanakan hukuman hudud, maka wajib dipertontonkan kepada orang ramai supaya timbul rasa insaf di hati orang-orang yang beriman. ]

Firman ALLAH SWT yang bermaksud, "Dan hendaklah disaksikan hukuman siksa yang dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan orang-orang yang beriman." (Surah an-Nur:4)

[ Walaupun kita bawa mai dalil daripada Quran sekali pun, tapi masih ramai juga orang Islam yang tidak setuju. Contohnya, kita boleh lihat seperti apa yang dilakukan oleh rakyat Iran yang menetap di US dan Eropah; dimana mereka telah membuat bantahan kepada k`jaan Islam Iran kerana merejam penzina dengan batu sampai mati. Melalui demonstrasi, mereka berarak dijalan-jalan raya sambil menunjuk keadaan macamana kena rejam; seolah-olah rejam ni adalah satu undang-undang yang zolim. Kalau di Iran pun berlaku perkara-perkara sedemikian, maka kita juga tidak akan merasa pelik kalau ada dikalangan kita yang tidak setuju dengan hukuman rejam ini. Sehingga depa sanggup mengeluarkan kata-kata seperti, "Rejam ni zolim kerana ia terlalu dahsyat untuk dilaksanakan kepada manusia maupun binatang sekali pun."...Jangan terkejut kalau kita terdengar kenyataan-kenyataan sebegini; sebab kalau di Iran ada, di tempat kita pun pasti ada juga orang-orang seperti ini.

Sebab itu, kita jangan rasa pelik kalau ada orang Islam sendiri yang tidak setuju dengan undang-undang hudud ini. Cuba kita tanya kat puak-puak haprak, "Anta tak mau buat ka hudud ni, sedangkan ia adalah wajib?"...Depa pasti akan kata, "Ya Sheikh, memanglah kami dah nak buat dah pun ni. Sabaq sheikh sabaq !"...Alah, macam kita ajak kawan-kawan kita pi sembahyang la tuan-tuan, "Jom sheikh, pi solat."...Dia kata, "Takpalah, hang pi lah dulu."...Kemudian mai sorang lagi panggil, "Oii, jom la."...Dia kata lagi, "Takpa, hang pi la dulu. Aku ikut kemudian."...Last sekali, orang lain semua dah pakat pi; tinggai dia sorang yang tak pi...Macam ni lah yang berlaku sekarang ni; sebab memang dah lama dah kita dok dengaq cerita nak buat hudud ni. Tapi sampai la, tak buat-buat lagi pun...Sebab itu, kita nak kata bahwa sebenarnya mereka memang tak mau buat pun hudud ni. Tapi main dengan nak dapat undi, depa sanggup tipu rakyat. ]

iii) Hukuman hudud wajib diserahkan kepada Imam (Ketua Negara) atau orang yang bertindak sebagai wakilnya, iaitu hakim atau qadhi, kerana hukuman hudud itu perlu kepada ijtihad.

[ Kalau kita nak buat satu benda, kenalah cari orang yang ahli dalam bidang tersebut. Seperti kereta proton kita la tuan-tuan; kalau dia meragam, kita hantar dia ke eon. Tapi kalau kereta Merc kawan kita buat hal maka carilah pakarnya, jangan pulak pi hantar kat eon, takut habih out sat lagi. Macam tu lah juga halnya dengan Islam; yang suruh menyerahkan sesuatu perkara kepada orang yang ahlinya. Jangan kita serah kepada orang lain yang tidak ada kemahiran dan tidak ada pengetahuan dalam sesuatu bidang.

Bila bercakap pasai menyerahkan sesuatu benda bukan kepada ahlinya, maka ustaz Jailani membawa satu contoh. Dalam majalah Time, ada sebuah cerita yang mengisahkan kepada kita macamana seorang wanita Inggeris yang telah memeluk agama Islam bernama Noraini@Carolyn Busher telah dibunuh. Sebelum itu, dia telah berkahwin dengan seorang Pengurus sebuah pusat perubatan di Ipoh yang bernama Razlan. Tetapi pada tahun 1999, pasangan suami isteri ini telah menghadapi permasalahan rumahtangga. Lalu bila berlaku keretakan rumahtanggga, Carolyn pun cuba untuk mendapat child custody atau hak menjagaan anak ke atas anaknya yang 3 orang itu. Dan dia dibantu oleh seorang kawannya yang bernama Micheal; yang kemudiannya memperkenalkan dia kepada seorang bomoh hindu yang bernama Shamugavela. Lalu Noraini@Carolyn ni pun pergilah berjumpa dengan bomoh hindu tersebut untuk mendapatkan bantuan. Lalu bomoh hindu tu pun bawa Noraini kepada sepohon pokok kelapa sawit yang bertanda pangkah dan disuruhnya berlutut di depan pokok tersebut. Semasa sedang berlutut itulah, si bomoh hindu ini ambik tali nylon dan jerut leher mangsanya sampai mati...Inilah dia benda yang berlaku tuan-tuan. Pasai apa kita sanggup pi jumpa dengan orang macam ni untuk minta bantuan?...Menurut majalah Time, si bomoh hindu yang bernama Shamugavela ni, rupa-rupanya dia nak buat persembahan kepada ‘dewi kali’nya. Kalau kita tengok gambar patung ‘dewi kali’ yang diattachkan, dia mempunyai 8 tangan. Satu tangan pegang budak, satu tangan pegang ular, satu tangan lagi pegang senjata, yang 2 tangan kat bawah tu pulak seolah-olah sedang menatang mayat orang; ini menggambarkan bahwa dewi kali ini adalah dewa kemusnahan bagi kepercayaan puak-puak hindu. Kemudian bila diinterview seorang sami hindu, dia mengatakan bahwa sebahagian daripada penganut ajaran hindu percaya bahwa darah atau bahagian anggota badan manusia boleh dipersembahkan kepada dewi macam ni...Tak ke gila lagu ni?...Kita tak boleh terima ajaran lagu ni tuan-tuan.

Kemudian kita tengok pula satu kajian yang dibuat oleh seorang pakar yang bernama Khairudin Harun dari UM yang mengkaji dan mendapati bahwa 90% golongan profesional telah mendapatkan perkhidmatan bomoh dalam masalah perkahwinan, kesihatan dan kerja di pejabat...Tu dia aih, kita dok ingat orang kampung saja yang dok suka pi jumpa tok bomoh; tapi rupa-rupanya orang town lagi sakan. Kalau depa pi jumpa bomoh yang baik, takpa. Tapi macamana kalau depa kena dengan bomoh yang tak baik macam cerita di atas?...Bahaya tu tuan-tuan. Seperti yang keluar dalam paper bulan lalu; yang mana mak ayah sanggup mempertaruhkan tubuh badan anak-anak gadis mereka semata-mata untuk mendapat khidmat bomoh bagi mendapatkan harta karun...Apa lagi, tok bomoh tu cari harta karun sungguh la; sampai kedua-dua anak gadis tu dia sariappp!...Tak ke gila mak ayah lagu ni?...Kalau kita kata bodo sat lagi, ada yang melenting pulak. Tapi inilah hakikatnya yang menunjukkan bahwa masyarakat teramat-amatlah jahil sehingga tak reti nak bezakan antara kebenaran dan kepalsuan.

Jadi, apa yang kita nak sebut ialah kita harap tragedi yang berlaku kepada Noraini@Carolyn itu tidak akan berlaku kepada kita. Jadi, kalau kita nak buat satu benda atau kalau ada masalah rumahtangga, tolong pi cari orang yang bersesuaian. Jangan saja-saja dok pi dedah kelemahan rumahtangga kita kepada orang yang bukan ahlinya; pasai takut-takut nanti dia akan mengambil kesempatan daripada hal keadaan tersebut. Sepertimana yang ustaz Jailani cerita mengenai seorang janda yang bercerai dengan suaminya sebab suaminya berzina dengan perempuan lain. Puncanya ialah si suami tu suka sangat cerita hal rumahtangganya kepada satu perempuan, kemudian yang si perempuan tadi pun suka cerita masalah rumahtangganya kepada bekas suami tu. Cerita punya cerita, last sekali jadi benda lain pulak...Jadi, kita kena ambik ikhtibar daripada kejadian macam ni tuan-tuan. Tak salah kalau kita betul ada masalah, tapi pi lah jumpa dengan pakarnya. Tapi kalau kita nak cerita juga kat kawan kita; maka peribadi kawan kita tu mesti diambil kira. Kalau kawan kita itu seorang yang soleh, takpa la sebab dia boleh kawal batas-batas berkomunikasi. Dia boleh tau apa yang boleh disembangkan dan apa yang tidak boleh disembangkan. Tapi apa macam kalau kawan kita tu sembahyang pun tidak, mengumpat pulak jadi kegemarannya; maka habih akan dicanangkan cerita kita itu kepada semua orang pulak...Tak ke malu kita nanti?...]

iv) Hukuman hudud yang tidak dilaksanakan oleh ketua negara atau wakilnya adalah dibimbangkan hukuman hudud itu tidak dijalankan dengan sempurna atau melebihi daripada sepatutnya yang boleh menyebabkan hukuman hudud itu tidak mengikut sebagaimana yang dikehendaki oleh syara`.

[ Sebab apa kita kena serah kepada orang yang berkemahiran ialah sebab kita nakkan keadilan. Kalau kita serah kepada orang yang bukan ahlinya, maka ditakuti tidak berlaku keadilan. ]

v) Kehadiran Imam (Ketua Negara) tidak menjadi syarat dalam melaksanakan hukuman hudud, kerana Rasulullah s.a.w. pada lazimnya tidak hadir ketika hukuman hudud itu dijalankan.

....bersambung....



Do You Yahoo!?
Get email alerts & NEW webcam video instant messaging with Yahoo! Messenger.

Kirim email ke