Assalamu`alaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Sambungan pengajian kitab "Qanun Jinayah Syar`iyah" dalam Bab 2 Fasal Pertama perkara 34-37 dan Fasal Kedua perkara 38-39.

Perkara 34 : Masa dan tempat menjalankan hukuman rejam.

i) Hukuman rejam boleh dijalankan pada bila-bila masa, samada pesalah-pesalah itu dalam keadaan sihat atau sebaliknya, kerana rejam itu memang hukuman untuk membinasakan pesalah-pesalah.

[ Ini berbeza dengan hukuman sebat. Kalau pesalah zina itu belum berkahwin, hukuman yang dikenakan hanyalah setakat dirotan sahaja. Ini membawa maksud bahwa hukuman yang tidak akan membawa kepada kematian. Jadi, sekiranya pada masa nak dijatuhkan hukuman sebat itu, tiba-tiba didapati pesalah itu sakit, maka hendaklah ditangguhkan hukuman sebat tersebut. Sebab apa?...Sebab kalau disebatnya juga, dibimbangi akan membawa kepada kemudaratan atau kematian kepada si pesalah itu tadi. Tetapi sekiranya pesalah itu adalah penzina yang sudah berkahwin, tiba-tiba dia sakit ketika hukuman hendak dijatuhkan, maka hukuman tersebut tetap akan diteruskan. Sebab apa?...Sebab memang hukuman rejam ke atas si penzina yang sudah berkahwin adalah hukuman untuk membunuhnya. ]

ii) Pesalah-pesalah perempuan yang sedang hamil tidak boleh dijalankan hukuman rejam ke atasnya, kecuali setelah dan selepas perempuan itu melahirkan anaknya (bersalin). (Al-Ahkam al-Fiqhiyah: 2/501)

[ Kalau pesalah perempuan itu mengandung, maka hendaklah ditangguhkan hukuman rejam ke atasnya sehinggalah selepas dia melahirkan anak, selepas dia menyusukan anaknya dan anak itu kemudian ada penjaganya yang boleh diharapkan. Nampak tak tuan-tuan, macamana Islam menjaga kebajikan anak yang dalam kandungan tu. Bila anak itu lahir dari perut perempuan yang mengandungnya tadi, dia hendaklah disusui sehingga ada kekuatan. Kemudian bila sampai satu masa yang anak itu sudah ada pengasuhnya, maka barulah hukuman rejam keatas ibu yang mengandungkannya tadi dijalankan. Inilah ketetapan yang kedua yang disebut oleh Hj Said Hj Ibrahim. ]

iii) Hukuman rejam tidak boleh dijalankan di dalam masjid, malah hendaklah dijalankan di tempat yang luas dan jauh dari tempat tinggal pesalah-pesalah itu. (Al-Fiqhu al-Islami Waadillatuh : 6/64 )

[ Hukuman rejam tak boleh buat dalam masjid sebab kalau dibuatnya jugak, maka habislah darah akan membasahi lantai masjid. Ini akan mengakibatkan najis berlumuran di tempat orang beribadah. Ini amat-amat dilarang dalam agama Islam. ]

Perkara 35 : Batu-batu yang digunakan untuk merejam.

Batu-batu yang harus digunakan untuk merejam orang-orang yang melakukan kesalahan zina hendaklah batu-batu yang sederhana besarnya, tidak terlalu kecil supaya tidak terlalu lama menyiksanya dan tidak pula terlalu besar. (Al-Ahkam al-Fiqhiyah: 2/500)

[ Maksud batu yang sederhana besar ialah lebih kurang sebesar genggamam tangan kita. Kalau kecik daripada itu, sudah dianggap terlalu kecik. Dilontar dengan batu yang kecil hanya mendatangkan luka yang sedikit, dan ini boleh membawa kepada penyeksaan kerana melambatkan kematian. Begitu juga kalau besar daripada genggamam kita, itu pun sudah dianggap terlalu besar. Katalah kita angkat batu yang terlalu besar dengan menggunakan kren, lalu lepaskan ke atas kepala pesalah begitu saja..."bbbraammm!" sehingga jadi penyet, habih cerita. Senang sikit, pasai guna kaedah short-cut. Boleh tak kita buat lagu tu?...Jawapannya, tak boleh, tuan-tuan; sebab pesalah itu akan cepat terbunuh sehingga tidak merasai azab lontaran batu. Jadi, syarat hukuman hendaklah menggunakan batu yang sederhana besar, supaya pesalah boleh merasai azab lontaran batu itu ke atas dia, sehingga kepalanya pecah dan mati akibat daripada lontaran batu yang sederhana besarnya. Inilah syarat yang ditetapkan oleh huku! m Islam. ]

Perkara 36 : Menjalankan hukuman sebat.

i) Hukuman sebat boleh dijalankan dengan menggunakan cemeti dengan pukulan yang sederhana sebanyak 100x, dan cemeti yang digunakan untuk penyebat itu bukan cemeti yang basah supaya tidak melukakan, dan bukan pula cemeti yang bercabang atau pecah. ( Kitab al-Fiqhu `alal Mazahib al-Arbaah: 5/61)

[ Cemeti atau rotan yang akan digunakan hendaklah yang tidak basah. Sebab kalau basah, rotan itu akan jadi berat. Tuan-tuan boleh try sendiri yang mana lebih sakit; dipukul dengan rotan basah atau rotan yang kering? ]

ii) Penyebat yang menggunakan cemeti yang bercabang atau cemeti yang pecah, sebatan itu tidak dikira satu sebatan, malah sebatan tadi adalah mengikut bilangan cabang-cabang yang ada pada cemeti itu.

[ Kalau gunakan rotan yang pecah dua pukul ke atas penjenayah, satu pukulan bukannya dikira sekali, malah dikira dua. Kalau rotan tu pecah 3, bila kita rotan sekali, dia tak kira sekali tapi dia kira 3x. ]

iii) Hukuman sebat tidak boleh dijalankan di masa waktu terlalu panas, atau dimasa waktu tersangat sejuk. Hukuman sebat ini juga tidak boleh dijalankan ke atas pesalah-pesalah yang sedang sakit dan perempuan-perempuan yang sedang hamil dan perempuan-perempuan yang sedang kedatangan nifas.

[ Sebagaimana yang kita sebut tadi, kalau dikenakan hukuman sebat ke atas mereka yang lemah dan sakit, dibimbangi kalau-kalau ini akan membawa kemudaratan kepada para pesalah berkenaan. Tengok tuan-tuan macamana Islam menjaga kebajikan para pesalah. Walaupun pesalah itu adalah penzina, tapi Islam tak bagi kita buat zolim ke atasnya. ]

iv) Pesalah-pesalah lelaki tidak perlu ditanggalkan pakaiannya, kecuali boleh ditanggalkan pakaiannya, jika pesalah-pesalah itu memakai pakaian yang tebal pada musim sejuk. (Al-Ahkam al-Fiqhiyah: 2/502)

[ Tengok tuan-tuan macamana Islam melarang membogelkan para pesalah lelaki sebelum disebat. Jadi, apa yang dilakukan di penjara dalam negara kita sekarang ni, amat bertentangan sepertimana yang Islam suruh. Dah la dibogelkan, lepas tu diambil gambar punggungnya pula. Ini semua semata-mata untuk membuatkan pesalah itu rasa terhina. Ini bukanlah cara yang diajarkan oleh ALLAH SWT kepada kita. Dan sebagaimana yang kita baca tentang undang-undang pergiliran tadi; sekiranya hari ni kita buat kat orang, tunggulah satu masa, Tuhan akan balas balik kat kita. Macamana Tuhan balas?...ALLAHU TA`ALA `ALAM, kita tak tau. Tapi pasti akan ada pembalasan daripada ALLAH SWT. Yang ni yang kita kena ingat. Hari ini sekiranya kita boleh dok gelak kat orang pasai kita buat dia merangkak dalam penjara dalam keadaan telanjang bogel untuk memalukan dia, maka kita kena ingat bahwa balasan daripada ALLAH pula sedang menanti kita. Macamana bentuk balasan daripada ALLAH, memang kita tidak tahu. Tapi y! ang pastinya, undang-undang pergiliran pasti akan berlaku sebab ini janji ALLAH. ]

v) Pesalah-pesalah lelaki hendaklah dijalankan hukuman sebat dalam keadaan berdiri. Dan pesalah-pesalah perempuan hendaklah dijalankan hukuman sebat itu dalam keadaan duduk. (Kitab al-Fiqhu `alal Mazahib al-Arba`ah: 5/62)

[ Tuan-tuan nampak tak macamana Islam menjaga maruah kaum wanita walaupun dia penjenayah?...Jadi, yang menjadi masalahnya sekarang ialah kita sendiri, kerana tidak mahu menjalankan hukum daripada ALLAH SWT. ALLAH ajar kepada kita supaya menghormati haq-haq penjenayah, tapi apa yang kita tengok dalam penjara-penjara kita hari ini, langsung kita tidak menghormati sebagaimana yang diarahkan oleh ALLAH SWT. Akibat daripada ingkar inilah antara sebab musabab yang boleh membawa kepada malapetaka dalam sesebuah tammadun. Kalau kita tengok dalam rumahtangga pun macam tu jugak. Pasai apa berlaku kucar kacir dalam rumahtangga, pasai apa berlaku perbalahan dalam masyarakat dan sebagainya; ini adalah kerana ada dikalangan masyarakat yang tidak menghormati hukum-hukum agama. Inilah dia antara penyebab masyarakat kita gagal bersaing dengan tammadun barat, tuan-tuan. Jadi, kita sebagai ketua dalam rumahtangga, kita hendaklah hormat kepada hukum ALLAH SWT, supaya barakah daripada ALLAH SWT! diberikan kepada kita.

Bila bercakap soal masalah rumahtangga ni, memang banyak sangat dah kes yang kita dah dengar. Jadi, apa yang saya nak pesan ialah kalau masalah itu boleh berlaku kepada orang lain, maka tak mustahil ia boleh juga berlaku kepada kita. Sebab itu, kita yang ada isteri/suami/anak-anak, jagalah mereka ni baik-baik. Sebab menurut ust Jailani, yang datang mengadu ke pejabatnya bukan saja orang jahil; malah orang yang kaki masjid pun ada. Memang tak dinafikan, kadang-kadang tu mungkin ALLAH SWT nak menguji kita dengan masalah rumahtangga dsbnya; tetapi kalau boleh kita nak elak masalah sebegini daripada berlaku kepada kita. Sebab dari pengalaman saya sendiri; kalau timbul saja masalah rumahtangga, nak buat kerja apa pun jadi tak seronok. Jadi, kita yang kaki pi mengaji ni, jagalah baik-baik rumahtangga kita. Ambil ikhtibar dari apa yang berlaku kepada rumahtangga orang lain.

Lalu ust Jailani pun bawa mai satu contoh doa untuk kita amal (lebih-lebih lagi kepada yang belum kahwin tu) supaya mendapat jodoh daripada kalangan orang-orang solih/solihah. Doanya berbunyi : "Allahumma qaddirli zaujatan solihatan, wayukha tibni, watazau wajni, waya kunu solihan li fiddun ya wafil jannah."...Maksudnya, "Ya ALLAH takdirkanlah kepada ku pasangan suami/isteri yang solih, dan aku dipinang, aku dikahwini daripada orang-orang yang solih kepada ku di dunia dan juga di dalam syurga."...Kalau kita ada anak teruna atau anak dara yang sedang mengaji; apa salahnya kita ajar kat depa doa-doa yang baik macam ni. Supaya boleh kita tanamkan cita-c! ita dalam diri depa supaya mencari pasangan hidup yang baik. Bukannya seperti setengah makbapak yang suruh anak depa cari hat muka handsome macam Shah Rukh Khan atau cari anak datok yang ada kereta Merc. Jangan dok tanam benda-benda yang ke arah materialistik ni dalam pemikiran anak-anak. Sepatutnya kita sebagai ibubapa, ajarlah kepada anak-anak kita supaya mereka mencari jodoh yang solih/solihah.

Ni dia satu lagi doa yang disebut oleh ust Jailani. Ayat Quran ni tuan-tuan. Ayat ni ada dalam Surah Ali Imran 3:31 yang bermaksud, "Katakanlah wahai Muhammad kepada manusia: Jika sekiranya kamu kasih kepada ALLAH, ikutlah aku (Nabi s.a.w.), nescaya kamu akan dikasihi oleh ALLAH TA`ALA..."...Ayat ni boleh kita ambik untuk buat ayat pengasih. Masa suami/isteri kita tengah tidoq, time dia dok tarik nafas tengah tidoq tu, kita mau baca ayat ni dan terus hembus kot hidung dia. Inilah cara yang Islam ajar. Sebenarnya ada banyak lagi doa-doa yang boleh kita amalkan supaya ALLAH SWT jaga rumahtangga kita. Selain ikhtiar secara zahiriah, ikhtiar secara berdoa kepada ALLAH SWT pun kita kena buat juga. Kalau tak reti baca doa dalam bahasa Arab, dalam bahasa Melayu pun boleh. Tuhan tau aih apa niat kita. Tak payah la pi jumpa segala bomoh-bomoh apa semua ni. Sebab kadan! g-kadang kalau kita tengok perangai orang Melayu kita ni memang pelik; kalau nak ilmu daripada tok bomoh, dia diminta bayar pengeras dulu. Kadang-kadang bukannya sikit, sampai ribu-ribu pun ada. Bila bayar pengeras, maka barulah benda tu makbul. Semua ni cerita mengarut tuan-tuan. Islam tak ajar pun benda-benda lagu ni. Yang Islam ajar ialah benda-benda senang kepada kita. Kalaulah kita tak mahir bahasa Arab, dalam bahasa Melayu pun boleh. Contohnya, kita boleh sebut, "Ya ALLAH, sejukkanlah hati suami aku. Jadikanlah suami aku ini seperti Ali kepada Fatimah, sebagai Muhammad kepada Khadijah..."...Inilah contoh doa dalam bahasa Melayu yang boleh kita buat sendiri. Tak payah la susah-susah pi cari bomoh, yang kena bagi pengeras lagi pulak tu. ]

iv) Hukuman sebat tidak boleh dijalankan terus menerus pada satu anggota sahaja, malah hendaklah berpindah sebatan itu dari satu anggota kepada anggota yang lain, kecuali muka, kemaluan dan kepala.

[ Hukuman sebat tak bolehlah ditempat yang sama saja sebab ini boleh menyebabkan kecederaan yang parah. Dia kena sebat kat punggung sekali, kemudian kat atas belakang sekali, kemudian kat kaki sekali; ia hendaklah beralih-alih tempat. Tapi tempat-tempat yang sensitif hendaklah dielakkan. Seperti bahagian muka sebab muka adalah tempat yang berharga. Begitu juga dengan kemaluan. Dia adalah tempat yang paling sensitif. Sebab itu, kalau orang perempuan nak elak daripada kena rogol, bila orang lelaki mai kat dia, apa yang perlu dia buat ialah dia mau tendang atau tumbuk dekat kemaluan lelaki tersebut. Biarkan dia senak. Dia tak akan kejar sebab dia nak lari pun tak boleh.

Satu lagi tempat sensitif ialah bahagian kepala. Sebab itu, kita nak bagitau kepada para suami bahwa jangan dok pi pukoi isteri hangpa kat bahagian kepala. Jangan dok pi tampaq, jangan dok pi tumbuk kat kepala. Tapi apa yang selalunya berlaku, lagu tu lah. Dok tampaq bini, dok tumbuk bini. Walaupun sebenarnya Islam melarang perbuatan yang sedemikian. Sebab itu, kita nak kata bahwa takdaklah yang lebih untung daripada mendapat pasangan hidup yang solih/solihah. Begitu juga dengan anak-anak, kita mau yang solih-solih belaka. Kalau dapat anak-anak yang jahat, boleh sakit jiwa dibuatnya kita tuan-tuan. Awat taknye?...Sat pi mencuri, sat pi isap dadah, sat pi bawa lari anak dara orang; tak ke pening kepala kita tuan-tuan?...Sebab itu, takdak benda yang paling berharga kepada ibubapa melainkan mendapat anak-anak yang solih yang menyejukkan mata memandang. Jadi amalkanlah doa seperti yang terdapat dalam Surah al-Furqaan 19:74 yang bermaksud, "...Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami daripada pasangan-pasangan kami dan zuriat keturunan kami; perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya,..." ]

Perkara 37 : Tujuan hukuman sebat.

Hukuman sebat bukanlah bertujuan untuk mematikan penjinayah-penjinayah sebagaimana hukuman rejam yang dikenakan ke atas orang-orang yang zina muhsan, tetapi sebenarmya adalah merupakan hukuman untuk menghalang dan mencegah penjinayah melakukan jinayah-jinayah syar`iyah dengan berterusan. (Al-Fiqhul Islami Waadillatuh: 6/14)

[ Hukuman sebat ke atas penzina khairu muhsan, hanyalah sebagai peringatan kepada dia supaya jangan berzina lagi. Sebab itu, hukuman dijalankan dikhalayak ramai, supaya dia merasa malu. ]

FASAL KEDUA : QAZAF

Perkara 38: Qazaf

a) Ialah melemparkan tuduhan zina kepada orang yang baik lagi suci atau menafikan keturunannya. (Nihayah al-Muhtaj: 7/139)

[ Kalau kita tuduh seseorang itu berzina, sedangkan dia belum pernah ada record berzina, maka itu dinamakan qazaf. Sebab itu, kita nak kata bahwa siapa yang buat aniaya kepada DSAI adalah zolim orangnya. Sebab apa kita kata zolim?...Sebab DSAI tidak pernah ada record perzinaan dalam mahkamah. Dia bukanlah orang jahat. Dia adalah orang biasa macam kita, tapi tiba-tiba ada dikalangan manusia jahat tuduh bahwa dia ada hubungan sulit dengan Shamsidar sehingga melahirkan anak luar nikah. Inilah contoh perangai jahat manusia. Orang yang buat kerja lagu ni, dia tertakluk kepada Qazaf.

Tapi orang kita biasalah, bila kita buat teguran, dia pun kata, "Oooi! takkan kerajaan tak reti kot dalam soal sebegini?...Depa pun ada alim ulama juga."...Okay kalau depa reti; mana dia bukti yang kata DSAI berzina atau meliwat?...Sebenarnya takdak bukti. Kalau takdak bukti, lebih baik duduk sengap, jangan dok bercakap tak tentu hala. Begitu jugalah dalam masalah KMM. Pemimpin negara kita kata dalam berita bahwa mereka ni terpaksa dikenakan ISA sebab didapati dalam soal siasat bahwa mereka terlibat dalam pembunuhan Joe Fernandez. Okay kalau betoi depa terlibat dalam pembunuhan Joe Fernandez, bawalah ke mahkamah dan kalau depa didapati bersalah, gantunglah depa. Tapi pasai apa depa ni tak dibawa ke mahkamah untuk dibicarakan?...Inilah yang menunjukkan bahwa sebenarnya kerajaan tidak ada bukti seperti apa yang depa kata kepada masyarakat. ]

b) Qazaf dalam jinayah syar`iyah terbahagi kepada dua bahagian:

i) Qazaf yang pesalah-pesalahnya boleh dikenakan hukuman hudud, seperti seseorang menuduh seseorang yang baik lagi suci berzina tanpa mengemukakan 4 orang saksi lelaki yang adil.

[ Sampai ke hari ini masih juga kedengaran suara-suara sumbang mempertikaikan; pakai kamera tak boleh ka?...Pasai apa kena pakai 4 orang saksi juga?...Pasai apa saksi kena orang lelaki?...Orang perempuan tak boleh ke?...Bukan ka zaman la ni orang perempuan lebih bijak daripada lelaki?...Dan bermacam-macam lagi yang kita dengar. Kalau nak dihurai satu persatu secara ilmiah, mungkin akan memakan masa yang panjang. Jadi apa yang kita nak bagitau secara ringkas ialah apa saja keputusan ALLAH, janganlah kita nak mempertikaikannya. Sebab kita hanyalah manusia yang bukannya cerdik tara mana sangat. Kalau kita berusaha nak mengkaji rahsiaNya, faddhal silakan, memang digalakkan. Tapi jangan sekali-kali mempertikai dan menganggap salah akan arahan daripada ALLAH SWT itu. Pasai apa?...Pasai Dia lebih tahu daripada kita.

Contohnya, macam ada sahabat-sahabat kita yang berbahas dalam masalah babi. Pasai apa babi tu haram?...Dok bahas benda lagu tu buat apa sampai terkeluar kata-kata yang tak menyenangkan sesama kita. Apa yang kita tahu, kalau ALLAH SWT haramkan satu-satu benda, ini bermakna bahwa keburukan dia lebih banyak daripada kebaikan. Apa keburukannya?...Kalau nak kaji, silakan, kajilah. Tetapi jangan sekali-kali mempertikaikan hukum ALLAH SWT...Kalau tak silap saya, hari tu ada satu article cerita pasai apa Islam tak benarkan makan babi. Ia adalah kerana dalam daging babi itu ada cacing pita. Cacing pita bila masuk dalam perut kita, dia akan pegang dengan kuat dalam usus sebab di kepalanya ada sejenis cangkuk. Kita buanglah air lagu mana pun, dia tetap tidak akan keluar daripada usus. Jadi, segala zat makanan yang kita makan, akan dapat kat dia dulu. Oleh sebab itu, antara symthom orang yang ada cacing pita dalam perut dia ialah dia akan jadi kurus. Makanlah banyak mana pun, dia takka! n gemuk-gemuk. Jadi, sapa yang kuat makan tu, tapi tak jugak gemuk-gemuk, esok mau pi minta doktor check.

Oleh sebab itu, ada orang kata haram makan daging babi sebab dia ada cacing pita. Tapi persoalannya sekarang ada pihak bukan Islam mengatakan bahwa daging babi sekarang ni dah pun sterilised yakni dah bunuh habih dah kuman cacing pita. Jadi, adakah bila cacing pita itu dimusnahkan oleh teknik-teknik moden, maka dihalalkan makan daging babi?...Dak juga tuan-tuan, ia tetap diharamkan. Sapa yang kata halal, maka dia telah kuffur kepada ALLAH SWT. Jadi, apa yang penting yang kita nak bagitau di sini ialah benda yang tersirat disebalik hukum yang diturunkan ALLAH SWT, sesetengahnya memang tidak dapat dijangkau dengan pancaindera kita. Sebab kita ni memang tidak sebijak mana kalau nak banding dengan ALLAH SWT. ]

ii) Qazaf yang pesalah-pesalahnya boleh dikenakan hukuman ta`zir, seperti seseorang menuduh seseorang yang lain kufur, mencuri, minum arak atau murtad dan sebagainya, termasuk mencaci, memaki dan lain-lainnya yang boleh menjatuhkan maruah seseorang dan menghinanya.

[ Hukuman ta`zir maksudnya ialah bentuk hukuman itu diserah kepada kebijaksanaan kerajaan atau pemerintah; samada nak denda, nak penjara, atau nak macamana ka, terpulang kepada kebijaksanaan pemerintah. ]

Perkara 39: Hukum Qazaf.

Menuduh seseorang yang baik lagi suci berzina tanpa mengemukakan 4 orang saksi lelaki yang adil, hukumnya adalah haram dan termasuk dalam dosa besar dan wajib dikenakan hukuman had qazaf (sebat) sebanyak 80x sebat, dan tidak boleh diterima penyaksiannya selama-lamanya, kerana dia adalah orang yang fasiq. Firman ALLAH SWT yang bermaksud, "Dan orang-orang yang melemparkan tuduhan zina kepada perempuan-perempuan yang terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawa 4 orang saksi, maka sebatlah mereka 80x sebat, dan janganlah kamu menerima persaksian mereka itu selama-lamanya, kerana mereka itu adalah orang-orang yang fasiq." (Surah an-Nur:4)

[ Siapa yang tuduh orang berzina atau siapa yang tuduh orang meliwat tanpa 4 orang saksi lelaki yang adil; ALLAH SWT telah tetapkan 3 jenis hukuman kepada mereka ini.

i) Kata ALLAH, "Sebatlah mereka itu 80x sebat..."

ii) jangan kamu terima kesaksian mereka selama-lamanya. Kita tak boleh percaya orang lagu ni sebab dia seorang penipu. Ingat tak tuan-tuan masa "dia" kena sakit jantung hari tu?...Memang time tu dah kronik sangat dah sampai takdan nak pi buat pembedahan kat luar negara pun, sehingga terpaksa buat kat IJN; tapi kemudian selepas dia terlepas dari malapetaka tu, apa yang dia kata orangramai?...Biasala dengan muka slambernya, dia kata, "Saya buat kat IJN sebab saya cukup yakin dengan pakar-pakar tempatan."...Pembohong sungguh dia ni tuan-tuan. Padahal, masa tu memang dia nak mampuih dah pun. Takdan nak naik flight dah. Bukan kata nak pi England, nak pi Singapore pun takdan dah. Last sekali terpaksa dihambat ke IJN, tiba-tiba habag kat orang ramai, "Oooh! sebab saya percaya dekat pakar-pakar perubatan tempatan."...Penipu besaq betoi orang macam ni tuan-tuan. Tak boleh percaya orang lagu ni. Takyah la saya sebut nama dia. Tuan-tuan pun kenai siapa dia kan?...Alah, sapa lagi kalau bukan kawan karib kita yang senang lenang sekarang ni duduk kat Putra jaya tu. Inilah dia dasar penipu. Perangai ahli politik fahaman sekular, macam ni lah tuan-tuan; nak penipu aje kerjanya. Sebab definasi politik dalam fahaman sekular pun ialah menipu. Sedangkan Islam ajar kepada kita bahwa politik ini ialah menegakkan agama dan memerintah dunia dengan agama. Inilah siyasah politik cara Islam. Sepatutnya orang macam ni ALLAH kata jangan terima kesaksiannya buat selama-lamanya. Tapi apa yang berlaku hari ini, masih ada dikalangan masyarakat kita menyanjung dan masih percaya kepadanya. Ini menunjukkan bahwa kefahaman dalam ilmu agama telah menjadi begitu kritikal dalam masyarakat kita hari ini; sehingga tak reti dah nak membezakan yang mana orang amanah dan ya! ng mana orang penipu.

iii) ALLAH melabelkan orang sebegini adalah fasiq. ]

...bersambung...

 

 

.

 



Do You Yahoo!?
Yahoo! Auctions Great stuff seeking new owners! Bid now!

Kirim email ke