*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* { Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net } { Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] } { Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] } *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ >Saya menyokong 100% pendapat fakhrull.Sepanjang pemerhatian >saya ,dia adalah seorang yang paling popular dlm hizbi.net >ini.Sehinggakan jawapan-jawapannya menimbulkan kontroversi >dan melatahkan sang tiger Ramai orang yang menulis dalam HizbiNet ini tidak ada nilai ilmiah. Terutama sekali yang datang dari minda UMNO. Perhatikan apa yang saya menulis, pasti ia ada sandaran dan rujukan ilmiah. Biasanya saya forwardkan apa yang saya tulis kepada seorang ahli akademik supaya dia boleh membuat komen dan teguran. Apa yang kita tulis, biarlah ada hujjah yang konkrit dan nilai yang boleh dipertanggungjawabkan. Pernah beberapa orang yang sedang menyiapkan tesis MA dan PhD berterima kasih kepada saya kerana saya merujuk kepada petikan-petikan buku-buku dan rujukan kitab-kitab. Mereka boleh menyemak apa yang saya tulis itu benar atau tidak. Apa yang saya tulis bukan hasil pendapat saya, tetapi petikan dan rujukan daripada sumber-sumber ilmiah yang sah. Bahkan penulisan saya telah membantu mereka mencari bahan- bahan ilmiah di perpustakaan. Ada seorang pensyarah universiti menilai penulisan saya dan mengucapkan tahniah kerana berbuat sesuatu yang wajar, bukan macam setengah-setengah orang menulis semata-mata melepaskan geram. Seterusnya, penulisan-penulisan saya akan disertai rujukan ilmiah, bukan menulis secara orang meracau. Sebab itulah saya tidak merasa kekok apabila menulis dalam mana-mana Forum antarabangsa, tak kira apa tajuk..ugama, falsafah, sains, matematik, isu-isu semasa dunia..bahkan berkenaan dengan fenomena UFO, E-mel saya dibaca dan mendapat reaksi yang positif. Sebenarnya sifat sukakan ilmu adalah satu mulia seorang Islam. Itu sekadar memberitahu.... Bacalah apa kata Al-Qur'an: ...Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu dan orang-orang yang diberi ilmu beberapa darjat.. (Al-Mujadalah 58:11) Terdapat satu huraian dalam kita At-Taj Al-Jami' lil_'usul, karangan Syeikh Mansur Ali Naasif, pada jilid pertama, muka- surat 60 yang mentafsirkan ayat "..hanya yang takut kepada Allah terdiri dari hamba-hambaNya yang ulama..."(Surah Fatir 35:28). Disebutkan dua tafsiran tentang ayat tersebut. Pertama, hanya ulama tulin yang benar-benar takut kepada Allah. Kedua, Allah memandang kepada ulama yang beramal dengan ilmunya dengan penuh kemuliaan yang mana mereka harus berasa bangga. ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB) ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB) ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan ) ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net ) ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] ) ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Pengirim: Tiger <[EMAIL PROTECTED]>