*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Misbah Munir wrote:

> Senaraikan perkara zalim dalam hukum hudud - MB
>
> Thursday, June 20 @ 09:32:14 MYT
>
> Oleh Azmi Yusof
> KUALA TERENGGANU, 20 Jun (Hrkh) -- Menteri Besar Terengganu, Dato'
> Seri Tuan
> Guru Abdul Hadi Awang meminta para pemimpin Barisan Nasional khususnya
> Umno
> menyenaraikan perkara-perkara yang dianggap zalim dalam pelaksanaan
> hukum
> hudud dan qisas yang akan dibentangkan oleh kerajaan negeri.
>
> Katanya, sehingga hari ini, kerajaan negeri menerima
> pandangan-pandangan
> daripada semua pihak dan membuka peluang kepada pihak Umno supaya
> mengemukakan perkara yang dikatakan zalim itu melalui wakil mereka
> dalam
> Dewan Undangan Negeri (Dun).
> "Dan apa yang kita buat adalah untuk menangani kegagalan Umno yang
> memerintah dan menjadi tulang belakang kerajaan sejak lebih 40 tahun
> negara
> mencapai kemerdekaan," ujarnya kepada pemberita selepas merasmikan
> mesyuarat
> Exco, di sini, semalam.
>
> Menurutnya, sehingga hari ini Umno tidak mengemukakan
> pandangan-pandangan
> yang positif terhadap melaksanakan hukum Islam lebih daripada yang
> dibataskan oleh penjajah.
>
> Tambahnya, Umno tidak melepaskan diri daripada kepungan penjajah
> walaupun
> lebih 40 tahun negara ini mencapai kemerdekaan.
>
> "Kita mengharap semua pihak khususnya di kalangan orang Islam supaya
> menafsirkan Perlembagaan secara positif ke arah melaksanakan syariat
> Islam,
> bukan menafsirkan secara negatif," ujarnya.
>
> Ini, katanya kerana Perlembagaan adalah undang-undang yang umum yang
> boleh
> ditafsir mengikut fahaman dan fikiran yang merdeka dan rakyat mesti
> membebaskan pemikiran daripada belenggu penjajahan.
>
> Katanya, rakyat yang mempunyai kefahaman dan fikiran mengikut penjajah
>
> menyebabkan mereka menafsirkan Perlembagaan sebagaimana yang difahami
> oleh
> penjajah.
>
> "Di antaranya ialah menghalang pelaksanaan syariat Islam secara
> menyeluruh
> yang menjadi kewajipan kepada individu-individu Islam yang memimpin
> negara,
> dan perkara syariat ini tidak boleh dipisahkan daripada aqidah setiap
> orang
> Islam," katanya.
>
> Umno mesti berani terus terang
>
> Tuan Guru Abdul Hadi juga berharap para pemimpin Umno berterus-terang
> berhubung usaha kerajaan negeri untuk melaksanakan syariat Islam.
>
> Katanya, para pemimpin Umno jangan berpura-pura di mana kalau mereka
> mahu
> menentang Islam biar berterus-terang, jangan menentang Islam dan dalam
> masa
> yang sama berpura-pura untuk melaksanakan Islam.
>
> "Dan saya tidak mahu Perdana Menteri mempermain-mainkan kata yang
> begitu
> indah seperti mendakwa beliau seorang fundamentalis Islam," ujarnya.
>
> Jelasnya, fundamentalis mestilah berpegang teguh kepada al-Quran dan
> sunnah,
> ijma' ulama dan qias yang merupakan sumber hukum Islam.
>
> "Saya tidak mahu dari segi kenyataannya sebagai seorang fundamentalis
> dan
> dalam masa yang sama menjadi Ataturk yang kedua untuk merealisasikan
> teori
> Kamal Atarturk di Turki yang telah merobohkan Turki sebagai satu kuasa
> besar
> dunia kepada negara yang lemah," ujarnya.
>
> Katanya, adalah sangat malang sehingga hari ini kerajan negeri tidak
> menerima penentangan daripada penganut-penganut yang bukan beragama
> Islam
> kerana keluh kesah dan kegelisahan timbul di kalangan orang Islam
> sendiri.
>
> "Insya Allah, Kerajaan Negeri Terengganu akan tetap mengemukakan dan
> meluluskan Rang Undang-undang Jenayah Qisas dan Hudud seperti yang
> dijadualkan pada 7, 8 dan 9 Julai 2002 ini," ujarnya.
>
> Tambahnya, kerajaan negeri menerima secara positif kenyataan yang
> dibuat
> oleh Timbalan Perdana Menteri dan kenyataan yang dibuat oleh Pengerusi
>
> Suhakam yang Dewan Undangan Negeri Terengganu berhak untuk meluluskan
> perkara itu.
>
> "Walaupun demikian, kita akan terus menerima pandangan-pandangan dari
> semua
> pihak untuk menjamin supaya hukum Islam yang adil ini akan dapat
> dilaksanakan mengikut keadilan dalam erti kata sebenar.
>
> "Sehingga hari ini di kalangan akademik dan ahli ilmu telah menerima
> draf
> yang dikemukakan dalam seminar yang lalu pada dasarnya.
>
> Hanya perkara-perkara teknikal sahaja yang ditimbulkan dan kita telah
> meminda beberapa perkara teknikal dan sentiasa menerima pandangan yang
>
> positif dan bersedia untuk membuat perubahan dalam perkara teknikal,"
> jelasnya.
>
> Bagaimanapun, katanya dalam masa yang sama walaupun Umno diberi masa
> lebih
> 40 tahun memerintah negara tetapi sehingga hari ini tidak mengemukakan
> draf
> hudud dan qisas mereka.
>
> "Sekiranya Umno dapat membentangkan draf undang-undang jenayah Islam
> yang
> menepati hukum syarak, adalah menjadi kewajipan kita menyokong
> cadangan yang
> baik," tegasnya.
>
> Wawancara wartawan dengan Ustaz Hadi
>
> Berikut adalah jawapan Ustaz Abdul Hadi yang juga Timbalan Presiden
> PAS
> kepada soalan yang dikemukakan oleh wartawan berhubung kenyataan
> Perdana
> Menteri (PM) yang menuduh hukum hudud yang mahu dilaksanakan oleh
> kerajaan
> negeri sebagai tidak adil.
>
> Wartawan: PM kata nak kaji Perlembagaan kerana hudud PAS itu tidak
> adil?
>
> Ustaz Abdul Hadi: Sebab itu saya hendak tahu di mana tempat yang tidak
>
> berlandaskan Islam itu. Biar mereka mendetailkan dan kita minta supaya
>
> Perlembagaan hendaklah ditafsirkan secara positif dan secara Islam.
> Sebagai
> contoh, perkataan agama yang disebut dalam Perlembagaan hendaklah
> berdasarkan kepada ad-din dalam al-Quran dengan makna yang menyeluruh
> dan
> bukan berdasarkan dengan makna yang sempit. Begitu juga perkataan
> syariah
> yang disebut dalam Perlembagaan telah ditafsirkan perkataan syariat
> mengikut
> al-Quran dan bukan perkataan syariat sebagaimana yang ditafsirkan oleh
>
> Suruhanjaya Reid yang tidak ada seorang wakil pun daripada umat Islam
> di
> Malaysia. Sepatutnya, kita mestilah membebaskan diri dari kepompong
> yang
> mengongkong itu.
>
> Wartawan: Dato' Seri ada memberi masa kepada Umno untuk mengemukakan
> apa
> yang dikatakan kelemahan itu draf hudud itu?
>
> Ustaz Abdul Hadi: Kita sudah memberi masa yang panjang dan kita telah
> menangguh persidangan (Dun) beberapa kali. Tangguh dari satu tarikh ke
> satu
> tarikh sehingga 7 Julai akan datang. Dan kita telah mengadakan seminar
> serta
> menjemput mereka supaya hadir.
>
> Alhamdulillah, wakil dari Umno Terengganu hadir dan ada di kalangan
> mereka
> memberi pandangan mereka dalam bengkel itu. Dan kita masih memberi
> peluang
> kepada mereka untuk mengemukakan pandangan-pandangan melalui empat
> orang
> ahli dewan Umno yang ada dalam Dun.
>
> Wartawan: Jika kerajaan negeri meluluskan rang undang-undang itu dan
> kerajaan pusat menghalang dari dilaksanakan, apa tindakan Dato' Seri?
>
> Ustaz Abdul Hadi: Kita akan lihat dahulu bagaimana cara dia (Umno)
> menghalang dan kita pun ada bagaimana cara kita menghadapi halangan
> itu.
> Kita menganggap tidak bertentangan dengan Perlembagaan mengikut
> tafsiran
> kita secara positif. Penafsiran yang memerdekakan kita dari belenggu
> penjajahan terhadap Perlembagaan.
>
> Wartawan: Kalaulah ada yang menghalangnya, macam mana?
>
> Ustaz Abdul Hadi: Itu menjadi wajib kepada Kerajaan Pusat di kalangan
> orang
> Islam yang ada dalam Kerajaan Pusat hendaklah membuat perubahan. Itu
> menjadi
> kewajipan mereka dan bukan kewajipan kami lagi. Wajib mereka meminda
> Perlembagaan itu. Dan saya menganggap itu bergantung kepada penafsiran
>
> sahaja. Kalau ada pindaan pun tidak banyak dan saya merasakan kerajaan
> tidak
> menjadi masalah untuk membuat pindaan, bahkan mereka boleh membuat
> pindaan
> dalam perkara-perkara yang tidak penting. Mengapa dalam perkara yang
> penting
> kepada orang Islam mereka tidak bersedia untuk meminda. Kalau mereka
> tidak
> bersedia, itu menandakan mereka sebenarnya menentang Islam.
>
> Wartawan: Di Kelantan telah diluluskan tapi tidak dapat dilaksanakan,
> kita
> bimbang akan berlaku juga di Terengganu.
>
> Ustaz Abdul Hadi: Kelantan mengalami satu proses yang lain dan kita
> telah
> membuat beberapa pindaan dalam proses ke arah untuk melaksanakan hukum
>
> syariat. Dan kita tetap mempunyai cita-cita dan berjuang untuk
> melaksanakan
> hukum syariat Islam yang menjadi wajib kepada kita.
>
> ------------------------ Yahoo! Groups Sponsor
> ---------------------~-->
> Free $5 Love Reading
> Risk Free!
> http://us.click.yahoo.com/3PCXaC/PfREAA/Ey.GAA/TcOolB/TM
>
> --------------------------------------------------------------------~->
>
> Belum menjadi ahli KELUARGA??? Sertai sekarang!
> Hantar e-mail kosong kepada  [EMAIL PROTECTED]
> <>*<>*<>*<>*<>*<>*<>*<>*<>*<>*<>*<>*<>*<>
> SUTERA:
> Post message: [EMAIL PROTECTED]
> Subscribe:  [EMAIL PROTECTED]
> Unsubscribe:  [EMAIL PROTECTED]
> URL to this page: http://groups.yahoo.com/group/Sutera
> *Semua artikel yang disiarkan TIDAK semestinya menggambarkan pendirian
>
> sebenar moderators.
>
>
>
> Your use of Yahoo! Groups is subject to
> http://docs.yahoo.com/info/terms/





 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: mk <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke