*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* { Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net } { Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] } { Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] } *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
~Salam. Syaikh, kalau boleh tlg sertakan rujukan2 yg digunakan (jika ada) dan juga dalil2. Wslm. >From: "IBN- RAHMAN" <[EMAIL PROTECTED]> >To: [EMAIL PROTECTED] >Subject: [islah-net] Muzik >Date: Wed, 12 Jun 2002 17:53:43 +0800 > >Salaamun ala manit taba'al huda, > >Muzik ditakrifkan sebagai bunyi yang mengalunkan irama yang sangat merdu >dan >sedap didengar malah menyenangkan >Keindahan ini di jelmakan dalam pelbagai cara, sebahagian yang lain pula >dinikmati secara melihat dan ada juga yang dinikmati dengan menggunakan >pancaindera yang lain. > >Seni muzik dan keagamaan mempunyai kaitan yang sangat rapat serta >kepercayaan dalam bidang seni yang lain. > >pada zaman dahulu, semua orang memuja tuhan mereka dengan membaca mantera >dan kandungan mantera itu mempunyai pujian dalam kata-katanya indah dan >dibaca dengan suara yang merdu dan mendayu-dayu. Di sinilah lahirnya seni >suara. > >Seni Muzik Sebelum Dan Selepas Kedatangan Islam > > > >------------------------------------------------------------------------ > >Sebelum kedatangan Islam, orang Yahudi yang mendominasi seni mezik ini. >Tokoh muzik yang paling terkenal pada masa itu ialah Phytagoras. Ada >pendapat mengatakan bahawa seni muzik mempunyai perkaitan dengan kuasa >ghaib >dan mereka percaya yang seni muzik yang menimbulkan jin atau semangat. >Setelah kedatangan islam, seni muzik yang mempunyai perkaitan dengan >perkara >yang melanggar syariat islam akan diharamkan. menurut Imam Ghazali, Muzik >yang melalaikan pendengar daripada tanggungjawab agama adalah diharamkan. > >Apakah Hukum Nyanyian Dan Muzik Dalam Islam > > > >------------------------------------------------------------------------ > >Persoalan ini sering kedengaran di kalangan orang ramai. Ia merupakan satu >persoalan yang mempunyai jawapan yang berbeza di kalangan kebanyakkan umat >Islam. >Ada kumpulan yang memasang telinga untuk mendengar semua bentuk nyanyian >dan >muzik dengan alasan bahawa ia adalah perkara yang halal dan dibenarkan oleh >Allah untuk dinikmati. > >Ada kumpulan yang menutup radio atau menutup kedua-dua telinga apabila >mendengar nyanyian dengan alasan ia merupakan seruling syaitan dan hiburan >yang memesongkan. Lebih-lebih lagi penyanyi wanita .Muzik adalah perkara >yang di haruskan serta ia banyak melibatkan unsur perasaan manusia yang >menceritakan tentang kasih sayang dan percintaan. Ada kumpulan yang ketiga, >adakalanya berpihak kepada kumpulan pertama dan ketika yang lain mereka >kelihatan bersama kumpulan yang kedua. Kumpulan ini sentiasa menunggu >jawapan yang betul dari ulama.Nyanyian merupakan ungkapan kata-kata, >sekiranya ia dipenuhi dengan unsur kebaikan, ia adalah baik tetapi >sekiranya >dipenuhi dengan unsur kekejian, ia adalah keji. Kata-kata yang mengandungi >unsur-unsur haram, maka haramlah. Walaupun para ulama telah berpakat dalam >soal ini tetapi mereka tetap berselisih pendapat. > > >Beberapa Syarat Yang Perlu Di Jaga > >------------------------------------------------------------------------ > >Walaupun jelas kepada kita bahawa hukum nyanyian adalah harus tetapi >terdapat beberapa syarat yang perlu di jaga : > >Kandungan nyanyian itu hendaklah selari dengan akhlak yang ditunjukkan oleh >ajaran islam. Oleh itu, lirik-lirik yang menyalahi ajaran islam tidak di >haruskan. >Cara penyampaian juga perlu di beri perhatian. Ini kerana ada ketikanya >kandungan atau isi sebuah lagu tidak terdapat lansung unsur-unsur keji dan >salah tetapi cara penyanyi menyampaikan lagu adalah salah. >Hendaklah dipastikan nyanyian itu tidak disertai debgan perkara haram >seperti meminum arak, berhias secara melampau atau berlakunya pencampuran >lelaki dengan perempuan tanpa ada sebarang batasan. >Hendaklah tidak keterlaluan dalam berhibur dengannya. Ini kerana nyanyian >merupakan antara perkara yang diharuskan kerana melibatkan perasaan manusia >dan kasih sayang. > >Nyanyian Dalam Realiti Umat Islam > > > >------------------------------------------------------------------------ > >Bagi sesiapa yang melihat hal ehwal umat Islam dan merenung realiti >kehidupan mereka, dia akan mendapati tiada pertentangan antara peribadi >seorang muslim yang berpegang teguh dengan tuntutan agama dengan >bunyi-bunyian yang indah sebagai satu halwa telinga. Ini kerana telinga >seorang muslim biasanya mudah terkesan dengan irama yang indah. Irama ini >merupakan suatu kelazatan dan hidangan untuknya setiap hari. >Azan sebagai contoh, ia sebenarnya laungan yang dialunkan dengan suara yang >merdu sebanyak lima kali sehari. > >Hal yang sama juga berlaku dalam perhimpunan keagamaan. Kebiasaannya ia >akan >dihiasi dengan dendangan irama indah serta di alunkan dengan suara yang >merdu yang mampu menyentuh perasaan dan menggoncang hati. > >Pada zaman dahulu umat islam telah mencipta pelbagai jenis halwa telinga >untuk merehat dan menceriakan hidup mereka terutamanya di kawasan-kawasan >kampung. > >Seni al “mawawil” merupakan satu nyanyian umum yang boleh >dinyanyikan oleh sesiapa sahaja. Ramai yang berkumpul untuk mendengar >nyanyian yang didendangkan. > >Kebanyakkan nyanyian tidak menggunakan alat muzik dan sebaliknya alat muzik >yang digunakan ialah “Al-Atgu’l” > >Nyanyian juga dinyanyikan pada hari perayaan dan keramaian dalam situasi >bergembira seperti perkahwinan, sambutan ulang tahun, hari jadi, majlis >berkhatan. > >Perkara Yang Menyebabkan Nyanyian Di Haramkan > > > >------------------------------------------------------------------------ > >Sekiranya pendengar adalah seorang lelaki, manakala penyanyi adalah seorang >wanita yang bukan muhrimnya dan di takuti akan menimbulkan fitnah. >Sekiranya alat yang di gunakan merupakan syiar kumpulan peminum arak atau >golongan pondan seperti seruling, alat muzik yang bertali dan tabla yang >berkubah. Inilah tiga jenis alat muzik yang di tegah. > >Sekiranya terdapat perkataan yang keji, menghina, pendustaan ke atas ALLAH, >rasulnya atau menghina para sahabat sama ada menggunakan alat muzik atau >tidak, maka ia adalah keharaman. > >Sekiranya pendengar merupakan seorang yang tidak dapat mengawal nafsu >syahwatnya dan mungkin terjadi apabila seorang yang peringkat remaja bahawa >mereka tidak boleh membayangkan sesuatu perkara yang boleh membangkit >nafsunya. > >Mesir > > > >------------------------------------------------------------------------ > >Di Mesir, upacara ibadat mestilah disertakan dengan nyanyian. Semua >kumpulan >muzik dan para penyanyi berkhidmat dengan tuhan Amun. Antara alat muzik >yang >digunakan ialah muzik bertali seperti gambus, serunai dan gendang. >Sebenarnya mereka belum mengetahui nada lagu. > > >China > > > >------------------------------------------------------------------------ > >Di negeri China, muzik mempunyai pengaruh yang besar. Semua raja China >memberi perhatian kepada lagu-lagu kerana percaya bahawa muzik memberi >kesan >kepada para pekerja. > > >India > > > >------------------------------------------------------------------------ > >Di India, muzik tidak berkembang lansung kecuali selepas kedatangan Islam. >Di Parsi, perkembangan muzik tidak banyak yang dikesan kerana muzik telah >bertukar ke muzik arab. Irama asli arab dalam nyanyian berkenaan masih >dikekalkan. > >------------------------------------------------------------------------ > >Antara tokoh yang paling awal dalam bidang nyanyian dan muzik ialah Ahmad >Ibn Usamah Al-Hamdani. Beliau bertanggungjawab membawa pembaharuan daripada >irama klasik jahiliah kepada satu bentuk baru. >Ma Kiu Kao merupakan seorang penggubah muzik yang telah memberikan >sumbangan >pada zaman pemerintahan Dinasti Yuan. Gubahannya yang terkenal ialah >bertajuk Tai Ping Yaun Fu ( muzik istana ). Dalam bidang muzik, alat-alat >muzik orang Islam di Turkestan seperti Hu Chin telah diperkenalkan di >negeri >China dan mendapat kedudukan yang utama dalam muzik negeri China > > >so tepuk dada tanyalah iman,,, > >Jazakumullahu Khairal Jaza', >Salaamullahi Alaikum Warahmatuhu Wabarakatuh. >Ibn Rahman > > > >_________________________________________________________________ >Send and receive Hotmail on your mobile device: http://mobile.msn.com > _________________________________________________________________ Chat with friends online, try MSN Messenger: http://messenger.msn.com ------------------------ Yahoo! Groups Sponsor ---------------------~--> Will You Find True Love? Will You Meet the One? Free Love Reading by phone! http://us.click.yahoo.com/Deo18C/zDLEAA/Ey.GAA/wpWolB/TM ---------------------------------------------------------------------~-> ///// JIM-IT: Peneraju Dakwah Digital http://www.jim.org.my ////////////////////////////////// Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian Langganan : Hantar E-mail kosong ke [EMAIL PROTECTED] Unsub : Hantar E-mail kosong ke [EMAIL PROTECTED] Untuk urusan pengiklanan, sila hubungi: Aris Sipan "[EMAIL PROTECTED]". Your use of Yahoo! Groups is subject to http://docs.yahoo.com/info/terms/ ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB) ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB) ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan ) ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net ) ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] ) ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Pengirim: "ibnu ramli" <[EMAIL PROTECTED]>