*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
  Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Komen saya menyusul perenggan di bawah.

Sekian.
Tokku Syed Saga



-----Original Message-----
From: Vijay Vasudevan <[EMAIL PROTECTED]>
To: Concorde <[EMAIL PROTECTED]>; SKancil <[EMAIL PROTECTED]>;
Hizbi <[EMAIL PROTECTED]>; Anwarxtpm <[EMAIL PROTECTED]>; Adil
<[EMAIL PROTECTED]>
Date: Friday, December 03, 1999 8:20 PM
Subject: Re: [sangkancil] HEBAT - Senarai portfolio ahli mesyuarat Kerajaan
Negeri PAS Trengganu


>SEMUA ORANG MELAYU yg beragama ISLAM mengkagumi
> kerajaan PAS trengganu kecuali yang pekak badak
>seperti pemimpin
> UMNO.
>_____________
>
>Ya lah semua orang UMNO pekak badak. 42 tahun dan
>tahun-tahun sebelum kemerdekaan, UMNO berjuang
>mempertahankan hak hak orang Melayu di Tanah Melayu,
>mempertahankan kedaulatan Raja-Raja melayu.
>

Tidak ada sesiapa yang menafikan jasa UMNO dalam proses menuntut
kemerdekaan.  Tetapi kita seharusnya sedar bahawa setelah 42 tahun merdeka
maka rakyat kini semakin terdedah kepada pelbagai ilmu pengetahuan maka
mereka mampu menggunakan akal fikiran sama ada UMNO yang ada sekarang masih
relevan dalam memperjuangkan Islam seperti yang dituntut.  Saudara mesti
ingat bahawa Islam itu adalah satu cara hidup.  Kini ia cukup difahami oleh
sebahagian besar golongan muda yang mewarnai politik negara dalam arus
perubahan yang berlaku mutakhir ini.  Cubalah fahami Islam melebihi aspek
hukum hakam dan ibadah rutin.  Saudara akan menemui keindahannya yang sedang
diperjuangkan kini.


>Sekarang wujud lah satu generasi masyarakat Melayu
>yang tidak langsung mengenang jasa-jasa dan kebaktian
>pemimpin-pemimpin Melayu yang terkenal seperti
>Allahyarham Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj,
>Allahyarham Tun Hussein Onn dan Allahyarham Tun Abdul
>Razak yang mengenalkan Dasar Ekonomi Baru, bagi
>menyamakan taraf ekonomi bangsa melayu sejajar dengan
>taraf ekonomi kaum Cina, yang pada masa itu menguasai
>ekonomi negara ini.
>

Siapa kata BA tidak mengenang jasa mereka?  Kerajaan yang ada seharusnya
sedar bahawa pembangunan kebendaan yang tidak seiring dengan pembangunan
rohani hanya mengundang kehancuran.  Sejarah membuktikan bahawa sesuatu
bangsa yang agung itu akan runtuh apabila moral dan akhlak mereka jatuh.
Terlalu ramai mereka yang berada dalam UMNO kini yang perlu dibersihkan
sekiranya kewibawaan UMNO mahu dipulihkan.


>Masyarakat Melayu juga tidak langung mengenang jasa
>Perdana Menteri Dato Seri Dr Mahatir Mohammed, yang
>telah mengubah kedudukan Negara kita di mata dunia.
>Daripada sebuah negara yang ekonominya berasakan
>pertanian, dan sebelum ini dikenali sebagai 'negara
>dunia ketiga', kini kita di kenali di mata dunia
>sebagai negara membangun. Apakah sumbangan PAS selain
>dari mencaci dan menghina malah memfitnah
>pemimpin-pemimpin UMNO?
>

Menentang bukanlah tidak mengenang.  Sebagai perdana menteri, jasa beliau
terhadap Malaysia memang besar tetapi sekadar untuk negara dikenali satu
dunia melalui bangunan yang tinggi, Formula 1, Sukom, Putrajaya, KLCC,
Menara Kembar dan sebagainya belum mencukupi.  Barat juga boleh lakukan
lebih dari apa yang kita lakukan kalau itu yang mereka mahukan.  Nabi
Muhammad s.a.w tidak dikenali oleh barat kerana semua itu tetapi beliau
dikagumi kerana telah membangunkan suatu tamadun manusia yang beriman,
bertaqwa dan luhur akhlak serta budi pekertinya.


>Suatu ketika dahulu, Parti UMNO dikatakan Parti kafir
>, kerana bekerjasama dengan parti-parti komponen yang
>bukan beragama Islam, hari ini wujud pula satu pakatan
>di antara PAS dengan DAP, yang jelas bukan sebuah
>parti Islam atau menjadikan Islam sebagai tunggak
>perjuangannya. Dari segi itu PAS adalah sebuah parti
>Islam yang berpendirian munafik. PAS memesongkan
>ajaran-ajaran Islam yang diturunkan kepada umat Islam
>melalui Al-Quran dan sunnah, untuk kepentingan
>politik.
>

Tuduhan PAS sebagai munafik hanya oleh mereka yang cetek ilmu agama... ...


>Perubahan kepada pemerintahan Islam secara mendadak,
>tidak boleh di lakukan di sebuah negara, yang
>mempunyai masyarakat majmuk seperti kita. Oleh itu
>Barisan Nasional telah menerapkan nilai-nilai Islam
>sedikit demi sedikit. Wujudnya sistem perbankan
>berdasarkan prinsip dan konsep Islam adalah satu bukti
>penerapan nilai-nilai Islam dalam sistem pemerintahan
>kerajaan Barisan Nasional. Apakah sumbangan PAS dari
>segi itu?

Adakah boleh kita terima, setelah 42 tahun merdeka BN masih tidak mampu
membuatkan masyarakat Cina dan India faham betapa Islam itu adil dan
saksama!  Rasulullah s.a.w memerlukan hanya 23 tahun menegakkan negara Islam
tetapi BN dengan segala jentera propagandanya tidak mampu membuatkan
masyarakat berbilang kaum faham apa itu Islam agar mereka terasa lebih
selamat dan adil berada dibawah pemerintahan sedemikian.  Memang kita tidak
boleh menegakkan Islam mendadak dalam negara berbilang kaum bagi menjaga
keharmonian tetapi kalau sampai mereka takut pada sebuah negara berbentuk
Islam bermakna mereka tidak faham keadilan yang boleh mereka terima.  Kalau
nak memberikan pemahaman pun BN tidak mampu inikan pula untuk menegakkan
negara Islam satu hari nanti.  Jauh sekali...


>Wujudnya masjid masjid indah di Malaysia, seperti
>Masjid Sultan Salahuddin Abd Aziz Shah di Shah Alam,
>adalah hasil berkat usaha kerajaan Barisan Nasional.
>

Indah masjidnya tapi tidak indah hati jamaahnya pun tidak berguna juga.

>Masyarakat Melayu sejak dahulu lagi, lebih
>mementingkan seseorang individu dan bukan kepada
>parti. Di zaman sebelum kemerdekaan, Dato Onn bin
>Jaafar telah meninggalkn UMNO dan menubuhkan parti
>IMP, dan ramai juga dari UMNO mengikutnya. Selepas
>kemerdekaan, UMNO menghadapi saat paling getir dalam
>kewujudannya apabila ia diistiharkan haram dalam
>sekitar tahun 1987-88, dan kemudian wujudlah Parti
>Semangat 46 dan kebanyakkan ahli UMNO meninggalkan
>parti dan menyertai S46. Sebab utama mereka
>meninggalkan parti adalah kerana Tengku Razaleigh
>Hamzah tidak dapat menumbangkan Dato Seri Dr Mahatir
>Mohammed dalam pertandingan presiden UMNO.
>
>Kini sejarah berulang lagi, penyingkiran DSAI dari
>jawatan Timbalan Perdana Menteri telah menyebabkan
>sebilangan  besar ahli UMNO meninggalkan parti itu,
>untuk menyertai parti keADILan dan lain lain parti
>pembangkang seperti Ahli Parlimen PAS Tumpat
>Kamaruddin Jaafar yang dahulunya seorang bekas ahli
>UMNO.
>
>Kalau ada dari masyarakat Melayu mengatakan mereka
>berjuang untuk keadilan, saya menyangkal sepenuhnya
>dakwaan itu. Sebenarnya apa yang diperjuangkan hanya
>lah keadilan untuk seseorang individu dan bukan
>keadilan untuk rakyat jelata. Orang Melayu telah
>membenarkan seseorang individu menguasai minda mereka
>sejak dahulu, begitulah juga kalau kita mengkaji
>secara mendalam Hikayat Hang Tuah dan KeSultanan
>Melayu Melaka. Dari Zaman dahulu lagi orang Melayu
>hanya membenarkan seseorang individu menguasai minda
>mereka.
>

Kalau begitu pandangan saudara... rasanya Mahathir juga seorang individu
yang menguasai seluruh minda melayu UMNO.


>Apakah keadilan yang diperjuangkan Dato Seri Anwar
>semasa berada di kerajaan? Kenapakah beliau tidak
>meninggalkan sahaja jawatan beliau seperti bekas
>Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Musa Hitam kalau
>beliau tidak puas dengan pentadbiran Dato Seri Dr
>Mahatir? Hanya selepas dirinya merengkok di penjara
>beliau mendedahkan perkara perkara yang beliau turut
>sama terlibat dalam melakukan kepada awam. Bukan kah
>itu jelas satu pendirian yang munafik? Kalau beliau
>seorang berpendirian teguh beliau sudah lama
>meninggalkan kerajaan. DSAI hanya tidak sabar
>menduduki kerusi PM untuk mengelakkan perkara-perkara
>keji yang dilakukannya diketahui umum. Bukankah Islam
>mengajar 'kesabaran itu adalah separuh daripada
>keimanan'? Kenapakah DSAI tidak sabar untuk
>menjatuhkan PM? Lambat laun walupun mengambil masa
>sedikit lama kerusi itu tetap kepunyaannya. Orang UMNO
>tahu DSAI adalah anak didik Dato Seri Dr. Mahatir, dan
>beliau sangat menyanjungi dan menyayangi 'anak
>didiknya' dan pernah memuji DSAI dalam banyak
>perhimpunan UMNO. Tergamakkah Dato Seri memecatnya
>hanya sebab kerusi PM menjadi rebutan? Hakikatnya yang
>tidak dapat dipercayai oleh sebilangan besar
>masyarakat melayu, ialah PM memecatnys kerana beliau
>DSAI melakukan satu perkara keji yang tidak dapat di
>maafkan diakhirat jua.
>

Satu lagi tuduhan tanpa bukti....


>Walau apapun minda cetek sebilangan besar masyarakat
>melayu tidak akan mengakui kepada kebenaran yang
>wujud, malah dengan secara buta menganggap apa yang
>dilaungkan oleh DSAI dari penjara Sg. Buloh adalah
>kebenaran mutlak. Keadilan bukan untuk seorang
>individu malah bagi masyarakat keseluruhannya.
>

Benar, sebab itu PAS menentang pelbagai bentuk ketidakadilan sejak saudara
Anwar masih dalam BN lagi.  PAS tidak pernah berganjak dari perjuangan ini.
Dengan konsistensi dan persistensi inilah maka PAS mampu membina kerajaan.
Errrr.... saya ingin juga lihat UMNO (Bukan BN) membina kerajaan.


>Vijay Vasudevan
>
>__________________________________________________
>Do You Yahoo!?
>Thousands of Stores.  Millions of Products.  All in one place.
>Yahoo! Shopping: http://shopping.yahoo.com
>
>---------------------------------------------------------------------------
-----
>To unsubscribe, send a blank message to
<[EMAIL PROTECTED]>
>or go to <http://www.malaysia.net/lists/sangkancil>
>
>
>


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Tokku Syed Saga" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke