*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* { Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net } { Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] } { Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] } *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

PAS pun buat surat Fitnah jugak......yang Dr M tunjuk kepada pemberita baru2 ni.....padan lah BN buat risalah kutuk bekas pas, tapi saya percaya bukan BN yang buat may be orang orang PAS yang buat....reverse psychology......nak suruh orang marah kat BN lalu orang akan sokong PAS.......nak menang apa kira salah betui.....buat apa saja.....

>From: aku punya <[EMAIL PROTECTED]>
>To: [EMAIL PROTECTED]
>Subject: BN Tidak Bermaruah Dalam Mengedar Risalah Mengutuk Fadzil Noor
>Date: Tue, 16 Jul 2002 03:18:26 -0700 (PDT)
>
>
>Pengedaran risalah-risalah yang memburukkan dan menghina Allayarham Datuk Fadzil Noor bukti bahawa BN bangkrap idea untuk memikat rakyat dan terdesak untuk menggunakan apa-apa cara yang tidak bermoral untuk memancing undi. Sekretariat Pemuda Keadilan memaklumkan kepada pemuda-keadilan.org bahawa BN kini sedang mengedar risalah yang diterbitkan oleh Unit Penerangan BN Kedah yang melabelkan Allayarham Datuk Fadzil Noor sebagai 'pengkhianat bangsa Melayu'. Risalah itu turut mendakwa bahawa kononnya Datuk Fadzil meninggal pada umur 65 tahun dalam keadaan 'tersiksa' sebagai bukti bahawa beliau 'pengkhianat bangsa Melayu' sedangkan Mahathir yang umurnya 76 tahun sihat-walafiat. BN sanggup juga melabelkan perarakan bepuluhan ribu orang yang mengunjungi kubur Allahyarham Datuk Fadzil sebagai 'menyusahkan orang'. Timbalan Ketua Pemuda, YB Saifuddin Nasution Ismail begitu sedih dengan taktik BN yang sanggup memfitnah Datuk Fadzil Noor, walaupun sudah kembali ke rahmatul! lah. Beliau berharap bahawa para penyokong BN sedar tentang betapa jahat dan keji UMNO, yang sanggup mengabaikan moral dan prinsip mereka semata-mata untuk undi pilihanraya
>
>Perbuatan mengutuk Dato'' Fadhil Nor adalah usaha terakhir UMNO untuk memenangi Pilihanraya. Umno selama ini diwarwarkan oleh TV dan semua media sebagai parti yang terhormat. Yang kotor tu semuanya Pas. Sekarang lihat sahajalah. Orang yang sudah meninggalpun menjadi cercaan mereka. Saksikanlah sendiri bagaimana mereka mencaci Arwah Dato'' Fadhil tanpa rasa hormat dan takut, seolah-olah mereka tidak mampu dan boleh bertahan lama seperti khalifah mereka Mahadey.
>
>Inilah orang UMNO-Mahathir, nasihat orang macam tok alim, macam dia sahaja orang-orang yang baik. Tetapi sebaliknya.
>
>Pada mereka yang penting menang. Setelah menang mereka dapat duit dan ...................
>Mereka bukan fikir dan rasa hormat pada orang yang telah meninggal. Masakan Tg Abd Rahman mereka kutuk dahulu oleh kerana hendak jawatan.
>
>Mereka fikir mereka boleh menongkat dunia dengan hartanya yang banyak sampai bila ...........
>
>Mereka kata tengok pemimpin mereka sihat walaupun BA buat sembayang hajat. Apa nak takut........................
>
>Itulah UMNO-Mahathir yang katanya sebaliknya yang dibuat.
>Kesanggupan manusia untuk berkuasa akan melakukan apa sahaja sehingga mengenepikan maruah, moral, dan apatah lagi agama.
>
>Begitulah tindakan satu parti politik yg kononnya kuat tetapi PENGECUT tidak mampu menghadapi lawan mereka secara gentlemen . semua instrumen kerajaan mereka guna . itu tak termasuk dengan projek segera yg macam cendawan tumbuh lepas hujan ... diharap para petugas , penyokong dan pendokong PAS (BA) bersabar .biar rakyat menilai sendiri siapa yg ikhlas menjalankan tugas dan siapa yg hanya bermuka muka , tunjuk baik (lima tahun sekali ). untuk para pengundi , gunakanlah akal anda dengan bijak . pilihlah wakil rakyat yg mampu menjalankan tugas dengan baik .
>
>
>
>
>
>
>
>---------------------------------
>Do You Yahoo!?
>Yahoo! Autos - Get free new car price quotes


Chat with friends online, try MSN Messenger: Click Here
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB) ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB) ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan ) ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net ) ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] ) ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Pengirim: "Syazana H." <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke