*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Orang yang bangang je yang tak paham apa yang berlaku.  Si Dr Ismail
Ibrahim tu ingat orang ramai sebangang dia agaknya, tak boleh nak nilai
apa yang berlaku.  Ni nak habaq mai, Dr Bangang, dulu boss hang Cik Det
kata nak gugur nama Islam dalam mana-mana parti politik.  Tiba-tiba
hang kata Majlis raja-raja suruh hang kaji pasal penggunaan nama Islam
dalam parti politik.  Apa?  hang ingat kami tak nampak ka perkara tu? 
Hang dok kata tak dak tekanan dari mana-mana parti politik tu apa
pasai?  hang ingat kami sebangang hang?  wahai syazana?  ali?
siangmalam?  ingat kami sebuta dan sebangang hang ka?  orang bodoh yang
telah diperbodohkan oleh UMMMM saja yang kata 'ish, idea tu datang dari
majlis raja-raja, bukan dari parti kami'.  otak letak kat lutut kaaaa? 
si rais yatim tu awat jadi lagu tu?  dah seronok sangat la tu jadi
menteri tak ada potfolio.  nak berterima kasih le tu.  si bereheng ali
dah sedar, nko tak sedar-sedar.  dok nak jooooooolok je orang tu putar
alam tu.  tempeleng kang baru tau!  ni satu lagi si duduki tu, nak kena
tempeleng gak tu(eceh macam aku samseng sangat). 



--- Temingat Di Belantara <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
> salam~
> 
> Kadang-kadang, fikir-fikir sekali, dok tertanya-tanya jugak; awat la
> UMNO ini 
> bangang sangat?
> 
> Dah tau dah dalam keadaan sekarang di mana majoriti orang Melayu dah
> tak sokong 
> dia; dalam keadaan di mana anak-anak muda tengah dok panas badan
> sebab dah lama
> tak turun ke jalan-jalan; dalam keadaan di mana jerebu kebangkitan
> rakyat jelata 
> dari Indonesia dan Filipina masih belum reda-reda lagi; dalam keadaan
> di mana 
> api kampung Medan pun masih dok berasap lagi; tiba-tiba depa nak pi
> cari bala 
> pulak nak cari pasal dengan "budak-budak" PAS yang dah lama dok
> sinsing lengan 
> dok tunggu masa saja nak turun ke jalan-jalan. 
> 
> Kot kalau depa dah lupa; nak habag kata Mat Sabu pernah cakap yg dia
> dengar 
> sendiri dari mulut TG Nik Aziz; kalau ISLAM diharamkan, TG Nik Aziz
> sendiri yang 
> akan mengetuai perarakan rakyat turun ke jalanraya.....
> 
> MASA TU NANTI KALAU HANGPA NAK TANGKAP TG NIK AZIZ MACAM MANA HANGPA
> DOK BUAT
> KAT DATUK SERI ANWAR IBRAHIM DAN SDRA EZAM, SILALAH TANGKAP KALAU
> HANGPA 
> BERANI!!
> 
>
----------------------------------------------------------------------------
> 
> 
> 
> Usah cabar Majlis Raja-Raja - Dr. Ismail
> 
> KUALA LUMPUR 19 Mac - Pas diingatkan supaya tidak mencabar
> Majlis Raja-Raja dan Majlis Fatwa Kebangsaan berhubung kajian
> untuk menggugurkan perkataan ``Islam'' pada nama pertubuhan
> termasuk parti politik.
> 
> Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan, Datuk Dr. Ismail Ibrahim
> berkata, langkah parti pembangkang itu untuk menentang usaha
> menggugurkan perkataan Islam pada nama parti tersebut jelas
> menunjukkan Pas tidak menghormati kedua-dua institusi yang sangat
> dihormati oleh orang Melayu dan masyarakat Islam negara ini.
> 
> Beliau menegaskan, kedua-dua institusi terbabit adalah badan bebas
> dan tidak menerima sebarang tekanan atau dipengaruhi oleh pihak
> tertentu ketika membuat sebarang keputusan.
> 
> ``Semua mufti diberi kesempatan berbincang dengan bebas tanpa
> tekanan dan perbincangan berdasarkan nas dan pandangan ulama
> muktabar.
> 
> ``Isu penggunaan nama Islam pada pertubuhan termasuk parti politik
> menjadi isu yang akan diputuskan oleh Majlis Raja-Raja,'' katanya
> ketika dihubungi di sini hari ini.
> 
> Beliau mengulas langkah Pas yang akan menentang sebarang usaha
> daripada mana-mana pihak yang cuba menggugurkan perkataan
> ``Islam'' pada parti tersebut.
> 
> Presiden Pas, Datuk Fadzil Noor menegaskan, tentangan itu akan
> dilakukan dengan pelbagai cara sama ada di dalam atau luar
> Parlimen jika pengguguran nama Islam pada parti politik menjadi
> dasar kerajaan.
> 
> Fadzil berkata, perkataan Islam yang digunakan oleh parti
> pembangkang itu sejak 50 tahun lalu telah menjadi darah daging
> kepada ahli-ahli parti tersebut.
> 
> Jumaat lalu, Dr. Ismail berkata, Majlis Fatwa Kebangsaan telah
> mengemukakan fatwa penggunaan nama Islam dalam pertubuhan
> kepada Majlis Raja-Raja untuk tindakan lanjut.
> 
> Katanya, Majlis Raja-Raja akan bersidang pada bulan ini atau depan
> dan mungkin membuat keputusan mengenainya.
> 
> Awal tahun ini, Majlis Raja-Raja mengemukakan permintaan agar
> Majlis Fatwa Kebangsaan mengkaji isu penggunaan nama Islam oleh
> pertubuhan dan membuat cadangan serta pandangan dari sudut
> syariah.
> 
> Mengulas kenyataan Fadzil itu, Dr. Ismail menolak dakwaan Pas
> menuduh UMNO mendalangi cadangan untuk menggugurkan
> perkataan Islam pada nama pertubuhan.
> 
> Beliau menjelaskan, cadangan tersebut telah disuarakan oleh Majlis
> Raja-Raja sejak awal tahun ini kerana bimbang perkataan Islam
> digunakan oleh pihak tertentu demi kepentingan sendiri.
> 
> ``Raja-raja amat mengambil berat terhadap perpecahan rakyat yang
> merangkumi pelbagai isu agama termasuk isu penggunaan nama
> Islam yang mengelirukan ini.
> 
> ``Kuasa baginda sebagai ketua agama di negara kita tidaklah
> dipengaruhi oleh mana-mana parti politik dan amatlah salah sekali
> untuk mengatakan Majlis Raja-Raja telah diheret ke dalam politik,''
> tegasnya.
> 
> Dr. Ismail meminta Pas supaya tidak melenting apabila Majlis Fatwa
> Kebangsaan mengemukakan fatwa tersebut kepada Majlis Raja-Raja.
> 
> ``Perjuangan untuk menegakkan Islam di muka bumi ini tidak
> semestinya dengan menyertai mana-mana pertubuhan politik yang
> menggunakan nama Islam,'' tambahnya.
> 
> 
> Rais: Pas tiada hak cabar keputusan
> 
> Oleh: ZULKIFLI JALIL
> KUALA LUMPUR 19 Mac - Pas tidak berhak mencabar sebarang
> keputusan berhubung hal ehwal agama Islam di bawah bidang kuasa
> Majlis Raja-Raja di mahkamah termasuk jika penggunaan perkataan
> `Islam' pada parti politik didapati bercanggah dengan agama.
> 
> Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Rais Yatim berkata,
> bidang kuasa Majlis Raja-Raja meliputi agama Islam, adat istiadat,
> kebesaran dan keistimewaan raja-raja Melayu serta hak istimewa
> orang Melayu.
> 
> Mesyuarat ke-188 majlis itu akan berlangsung pada Rabu dan
> Khamis ini di Istana Negara.
> 
> ``Dan sekiranya raja-raja Melayu memutuskan melalui mesyuaratnya
> bahawa Islam sebagai agama rasmi harus ditiadakan pada
> mana-mana pertubuhan dan parti politik, ia adalah tertakluk di bawah
> bidang kuasanya dan tidak boleh dipersoal.
> 
> ``Masalahnya, sama ada mana-mana parti mahu mengiktiraf
> keputusan itu atau sebaliknya, terpulang kepada pihak
> masing-masing. Tinggal lagi, apa-apa perkara yang diputuskan oleh
> Majlis Raja-Raja harus dipertimbang serta dilaksanakan oleh kerajaan
> di bawah undang-undang yang boleh dikuatkuasakan,'' katanya ketika
> dihubungi hari ini.
> 
> Beliau mengulas pendirian Pas semalam bahawa ia akan menentang
> sebarang usaha daripada mana-mana pihak yang cuba
> menggugurkan perkataan ``Islam'' pada parti tersebut.
> 
> Menurut Presidennya, Datuk Fadzil Noor, tentangan itu akan
> dilakukan dengan pelbagai cara sama ada di dalam dan luar Parlimen
> jika pengguguran nama Islam pada parti politik menjadi dasar
> kerajaan.
> 
> Tegas Fadzil: ``(Perkataan Islam) telah menjadi darah daging kita.
> Jika menjadi undang-undang, kita akan tentang.''
> 
> Mengulas lanjut, Rais berkata, beliau hairan mengapa Fadzil cepat
> melenting dengan isu perkataan ``Islam'' itu sedangkan keputusan
> sama ada menggugur atau sebaliknya penggunaannya belum dibuat
> oleh Majlis Raja-Raja.
> 
> Menurutnya, kenyataan Fadzil bahawa pihaknya akan menentang
> habis-habisan sebarang usaha ke arah itu menunjukkan Presiden Pas
> itu tidak akur pada perkara-perkara yang menjadi hak Majlis
> Raja-Raja sepertimana diperuntukkan dalam Perlembagaan
> Persekutuan.
> 
> ``Seharusnya dia (Fadzil) tidak melenting dahulu kerana seperti yang
> kita lihat (sekarang) penyalahgunaan agama dalam politik cukup
> tersebar luas.
> 
> ``Dan Majlis Raja-Raja tentu mengambil kira akan ketenteraman
> awam, tuntutan-tuntutan kedamaian dan juga mengekalkan agama
> suci Islam. Fakta-fakta ini tentu menjadi perkara-perkara yang
> memandu Majlis Raja-Raja membuat keputusan,'' katanya.
> 
> Kata Rais, Pas memang tidak boleh mencabar keputusan Majlis
> Raja-Raja dan jika ia tetap dengan pendiriannya, cabaran boleh dibuat
> tetapi tidak akan berasaskan undang-undang.
> 
> ``Kemungkinan jika cabaran diteruskan ia sekadar ikhtiar politik
> seperti mana ketika parti itu mengemukakan kes saman di
> mahkamah yang sudah mereka ketahui ia sukar untuk dimenangi,''
> katanya.
> 
> Mengenai kenyataan Fadzil yang percaya keputusan Majlis Fatwa
> Kebangsaan mengemukakan fatwa penggunaan perkataan Islam pada
> pertubuhan didalangi oleh UMNO, Rais berkata, Pas boleh
> mengeluarkan apa juga sangkaan.
> 
> ``Kita perlu mengakui kebenaran fungsi Majlis Fatwa Kebangsaan
> yang bidang tugasnya ialah mengkaji situasi huru-hara yang berpunca
> akibat agama dipolitikkan untuk memudaratkan umat Islam,'' katanya.
> 
> Beliau berharap orang ramai tidak mencurigai fungsi Majlis Fatwa
> Kebangsaan yang dianggotai oleh mereka yang berpengetahuan luas
> dalam hal ehwal Islam biarpun Pas terus mencurigai serta
> menidakkan peranan majlis itu.
> 
> 
> ______________________________________________________________
> This email has been sent through 2b at http://www.2bmail.co.uk
> 


__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Get email at your own domain with Yahoo! Mail. 
http://personal.mail.yahoo.com/

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Pabiyen Sitok <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke