*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamu'alaikum,

Akhirnya ada juga MP yang nampak dimana silapnya
program sukan di Malaysia ni. Beliau mahu satu akta
dibuat untuk menghalang presiden dan timbalan tak
boleh dipegang oleh orang politik.  Cumanya apa itu
definasi "orang politik" perlu diperincikan. Apakah
sultan dan isteri piem boleh dikategorikan orang
politik. Mungkin lepas ini, kita akan menjadi gergasi
sukan sapa tau. Sebagai contoh, sekarang pasukan bola
kita dah merosot setaraf dengan Bangladesh. Nasib baik
tak Maldives Island.

PIALA THOMAS: Fadzil mengugut kalau pasukan malaysia
tidak menang, beliau akan resign. Nampaknya pasukan
malaysia kena kerja 5X lebih kuat kalau tak mahu
kehilangan beliau. Atau mungkin kalah pun ada baiknya,
dengan syarat beliau pegang kata2nya.  Tengok pada
draw semalam, teman rasa malaysia mungkin boleh 
ke pusingan kedua. Tapi untuk melepasi Denmark, China,
dan Indonesia, macam mengharapkan ayam jantan bertelur
(tak mustahil, tapi terlalu amat sukar).

Sekian.

 ---- > Assalamu'alaikum,
> 
> Semua peserta malaysia di All-England sudah bungkused.
> Adik Roslin Hashim yang berpotensi tak bergaji
> beberapa bulan sebab tarik tali antara BA kelantan
> dan selangor, dan masih belum selesai (nasib baik ada
> misbun). Hoki yang terror sekejap baru2 ni kena 7-1
> dengan sepanyol. Bowling pun kecoh juga sekejap.
> 
> Begitulah senario sukan di negara kita.  Dulu, kini
> dan mungkin akan datang. Nampak macam sudah bersedia
> menakluk dunia, tapi rupa2nya jaguh kampung saja.
> 
> Rasa2 kena dikeluarkan satu undang2 untuk memisahkan
> politik dari sukan. Mungkin lebih afdal kalau rais 
> yatim cadangkan undang2 untuk menangani masaalah ini
> dan bukan undang2 yang bukan2 macam baru2 ini.
> 
> Sekian  


-----------------------------------------------------
Get free email from CMP at http://www.cmpnetmail.com/

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: [EMAIL PROTECTED]

Kirim email ke