*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
DUNIAKU DUNIAMU  

Resepi kejayaan Shiozawa, perantau
  

"DENGAN keinginan membara untuk meningkat-kan
kesihatan masyarakat-nya, Sokan Shiozawa menunggang
lembunya, mengharungi kecuraman gunung dan hutan rimba
yang tebal untuk mencari tumbuhan herba ubat dari
lembah gunung, dikumpul dan digunakan untuk mencipta
produk berkhasiat yang bernama Yomeishu" - demikian
saya terpandang iklan ini yang tertera dalam kereta
api ringan (LRT) yang saya naiki dalam perjalanan ke
tempat kerja. 

Yang menarik perhatian saya bukanlah barangan diiklan
tetapi bagaimana pengiklan memberitahu ranjau yang
terpaksa dihadapi Shiozawa (lelaki tua berjanggut
menunggang lembu) bagi menjayakan cita-citanya. 

Dia terpaksa mendaki gunung dan menuruni lembah
semata-mata untuk memberi kesenangan kepada orang lain
(masyarakatnya). 

Hidup sebenarnya perjuangan. Kata pepatah Melayu,
kalau tidak dipecahkan ruyung masakan dapat sagunya.
Saya bawakan kisah ini selepas Naib Ketua Pemuda PAS
Negeri Sembilan, Saudara Jamaluddin Hussin,
mengunjungi saya dan memberitahu bahawa ramai anak
peneroka (generasi kedua) hilang pedoman dalam
menghadapi pancoraba hidup. 

Jika peneroka mempunyai matlamat iaitu memaju dan
mengusahakan tanah yang dianugerahkan kepada mereka,
anak-anak peneroka terpaksa mencari jalan sendiri. Ada
yang berjaya dalam pelajaran tetapi tidak kurang juga
yang hanyut dalam dunia khayalan seperti penagihan
dadah, arak dan maksiat. 

Semangat anak-anak muda ini mesti dikembalikan. Mereka
perlu sedar untuk berjaya, seseorang itu kenalah
melakukan pengorbanan. 

Nabi Muhammad (s.a.w.) misalnya, berhijrah bagi
menegakkan Islam. Sehubungan itu tiada sebab untuk
kita tidak berhijrah mencari penghidupan lebih baik. 

Kita juga perlu membuka mata terhadap perkembangan
dunia bagi memajukan diri. Di sekeliling kita,
sebahagian besar daripada pembantu rumah, pekerja
kilang, buruh binaan dan ladang adalah golongan
perantau. Mereka datang dari Bangladesh, Indonesia,
Filipina, Thailand, India dan Pakistan. 

Mereka sanggup mening-galkan negara masing-masing bagi
mencari penghidupan lebih baik. Mereka berkorban
mening-galkan anak isteri dan kaum keluarga bagi
mencari sesuap nasi sekali gus menjayakan cita-cita
masing-masing. 

Selain Malaysia yang menjadi tumpuan warga asing,
sebuah lagi negara yang menarik minat perantau ialah
Emiriyah Arab Bersatu (UAE). Mereka terdiri daripada
warga Filipina, Bangladesh, India, Indonesia, Sri
Lanka dan Thailand. Pekerjaan pembantu rumah menjadi
tumpuan ramai wanita terutama dari Filipina dan
Indonesia. 

Tidak lama dulu kisah seorang pembantu rumah Filipina
(Sarah Balabagan) menjadi tajuk akhbar dunia selepas
dia dijatuhi hukuman mati oleh sebuah mahkamah syariah
UAE kerana membunuh maji-kannya. Sarah akhirnya
diampunkan dan khabar terakhir yang saya dengar, dia
telah menjadi bintang filem di negaranya. 

Dianggarkan 80 peratus daripada kira-kira 600,000
tenaga kerja UAE adalah warga asing. Ini mungkin
membawa pengertian baha-wa kebanyakan penduduk pribumi
UAE (kira-kira 2.5 juta) hanya goyang kaki kerana
kebanyakan tugas membangunkan negara diserahkan kepada
warga asing. 

Selain bekerja dengan majikan UAE, ramai warga asing,
terutama dari benua kecil India (India, Pakistan,
Bangladesh dan Sri Lanka), menjadi peniaga yang
berjaya. Mereka menguasai kebanyakan kedai di bandar
besar seperti Dubai dan Abu Dhabi. 

Pekerja asing menganggap UAE sebagai 'lombong emas'.
Sebahagian besar daripada pendapatan mereka, dihantar
ke kampung-kampung masing-masing. 

Selain UAE, negara Arab Teluk yang kaya juga menjadi
tumpuan pekerja luar. Kuwait dan Arab Saudi juga
terkenal dengan kebanjiran warga asing. Pekerja ini
datang dari benua kecil India dan Asia Tenggara. 

Pekerja yang sanggup berkorban, meninggalkan anak
isteri dan tanah air ini demi mencari penghidupan
lebih baik, wajar dicontohi. Persoalannya, apakah
anak-anak muda kita mahu berterusan berpeluk tubuh di
kampung atau tanah rancangan masing-masing? Ayuh,
pemuda-pemudi harapan bangsa, rebutlah peluang dan
bersedialah untuk berkorban dan bekerja keras bagi
merealisasikan harapan agama, bangsa dan tanah air. 


=====
COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM
__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Talk to your friends online with Yahoo! Messenger.
http://im.yahoo.com

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: counterbalance <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke