*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Dari Harakah Daily: 

Ahli Umno lawan ahli Umno 

MENTAKAB 13 Apr.(Hrkh) - Dua orang penduduk Kampung
Teluk Ira, Temerloh yang dituduh memukul dua pemimpin
Umno cawangan itu sebenarnya bukan ahli PAS bahkan
mereka adalah ahli Umno dan ahli Jawatankuasa Kemajuan
dan Keselamatan Kampung (JKKK) kampung berkenaan. 

Kedua-dua mereka memukul dua pemimpin Umno berkenaan
pula bukanlah kerana sengketa politik tetapi
sebenarnya kerana masalah peribadi yang berlaku sesama
mereka dalam JKKK itu. 

Dalam kejadian 7 April lalu, media melaporkan kononnya
Ketua Umno cawangan Kampung Telok Ira yang juga ketua
kampung tersebut, Mohd Pilus Mat Taha dan
Setiausahanya, Ahmad Salleh telah dipukul oleh
penyokong PAS. 

Tinjauan dan temu bual Harakah dengan penduduk kampung
serta dua orang lelaki yang dikatakan bertanggungjawab
menyerang dua pemimpin Umno itu mendedahkan hal
sebaliknya. 

Didapati kedua-dua mereka yang dikatakan penyokong PAS
itu, Azhari Musa,36, dan Tajul Mulok Hassan,38, adalah
ahli Umno cawangan dan juga merupakan ahli
Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK)
kampung berkenaan. 

"Kami adalah ahli Umno dan ahli JKKK kampung Teluk Ira
ini," kata kedua-dua mereka. 

"Keahlian kami tidak pernah dipersoal dan kami tidak
pernah menerima apa-apa notis yang mengatakan
sebaliknya," tegas mereka lagi. 

Kedua-duanya turut menegaskan bahawa perbalahan yang
berlaku itu bukanlah kerana fahaman politik, tetapi
masalah peribadi yang biasa berlaku dalam mana-mana
institusi masyarakat di peringkat kampung. 

Mereka turut mengesahkan telah membuat laporan polis
di Balai Polis Temerloh pada hari kejadian. 

Dalam pada itu, Azhari Musa mengakui bahawa masalah
yang berlaku antara mereka adalah masalah lama yang
berpunca daripada sikap sombong pemimpin Umno
terbabit. 

Tajul Muluk turut mengesahkan perkara tersebut dan
berkata "Sebagai ketua kampung, beliau harus memimpin
semua orang. Kena jaga semua penduduk. Ini tidak, saya
beri salam pun dia tidak jawab," dakwanya. 

Tajul seterusnya mempersoal tindakan pemimpin negara
dan media membesar-besarkan perkara remeh yang lazim
berlaku di peringkat kampung itu. 

Sementara itu Pengerusi Masjid Kampung Telok Ira,
Mahmud Husin, turut menyatakan kekesalannya kerana
perkara yang kecil itu diperbesarkan pemimpin Umno dan
media. 

"Mereka memberi gambaran seolah-olah penduduk kampung
berada dalam keadaan berpecah-belah, sedangkan ia
adalah perkara kecil yang boleh diselesaikan di
peringkat kampung saja," kata beliau. 

"Sepatutnya bila ada masalah, pemimpin dan media harus
berusaha mengatasinya, bukan tambah mengeruhkan lagi
keadaan," tegas beliau. 

Sementara itu, Ketua PAS cawangan Telok Ira, Haji Mohd
Lazim Haji Salleh, turut menyatakan kekesalannya
kerana pemimpin Umno dan media suka mengambil
kesempatan atas perselisihan rakyat tanpa mengira
buruk baiknya. 

"Sikap adu domba pemimpin Umno terserlah lagi apabila
mereka tanpa segan silu atau rasa bersalah cuba
mengambil kesempatan politik dalam kes begini,"kata
beliau. 

__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Send online invitations with Yahoo! Invites.
http://invites.yahoo.com

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Engku Hamid Engku Seman <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke