SEMBAHYANG JUMAAT pun boleh jadi BERITA???
ITU adalah kewajipan.

DR MAHATHIR SOLAT JUMAAT DI MASJID AISHAH

 

LANGKAWI, 3 Dis (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad, yang mempunyai jadual ketat sempena Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi (LIMA '99), menunaikan solat Jumaat di Masjid Aishah, Sungai Mengulu di sini hari ini.

Kira-kira 3,000 orang turut bersembahyang di masjid berhawa dingin pertama di pulau peranginan itu yang diimamkan oleh pegawai agama Langkawi Sheikh Alauddin Abu Bakar.

Sebelum itu Perdana Menteri menemui Menteri Besar Pahang Datuk Adnan Yaakob di Kampung Tok Senik.

Di sebelah pagi, Dr Mahathir menerima tabik hormat perbarisan maritim sempena LIMA '99 yang masuk hari keempat hari ini.

Perbarisan membabitkan 12 kontinjen daripada beberapa negara asing termasuk Malaysia itu diadakan mengikut tradisi tentera laut yang diamalkan di seluruh dunia. Ia turut diserikan dengan tarian kebudayaan.

Petang ini, Dr Mahathir akan ke segmen udara dan maritim untuk menyaksikan upacara menandatangani memorandum persefahaman beberapa buah syarikat yang menyertai LIMA '99.

Di sebelah malam pula Perdana Menteri dijangka mengadakan pertemuan tertutup dengan beberapa pemimpin parti di sebuah hotel di sini.

-- BERNAMA

Kirim email ke