*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum,

Subject agama dan moral merosot teruk. Dimana
silapnya? No wonder ada pelajar rela diraba
untuk dapat seringgit dua - perkara yang tak
pernah didengar berlaku zaman dulu.

----------------

KUALA LUMPUR, Rabu: Seramai 489 pelajar mendapat A1 dalam semua mata pelajaran pada 
peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun lalu, meningkat lebih 100 peratus.

Pada SPM 2000, hanya 208 calon mendapat A1 dalam semua subjek. Jumlah calon mendapat 
A1 dan A2 dalam semua subjek tahun lalu juga meningkat lebih sekali ganda kepada 2,116 
calon berbanding 1,057 calon pada tahun sebelumnya.

Tiga calon mendapat A1 dalam semua 12 subjek yang diambil, 25 orang mendapat 11A1, 215 
calon (10A1), 245 calon (9A1) dan seorang calon 8A1. Bagi pencapaian A1 dan A2 dalam 
semua subjek pula, sembilan calon mendapat 12, 158 calon (11), 1,009 calon (10), 936 
calon (sembilan) dan empat calon (lapan).

Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Abdul Rafie Mahat, ketika mengumumkan keputusan SPM 
2001 di sini hari ini berkata, keputusan tahun lalu secara keseluruhannya amat 
memuaskan.

“Keputusan menampakkan bahawa guru dan pelajar sudah menyahut seruan Kementerian 
Pendidikan dengan berusaha gigih untuk mencapai kecemerlangan,” katanya pada sidang 
akhbar, yang turut mengumumkan keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia 
(STAM).

Seramai 383,869 calon menduduki peperiksaan SPM tahun lalu dengan 332,027 calon atau 
86.5 peratus dari sekolah kerajaan, 13,133 orang atau 3.4 peratus calon sekolah 
swasta, 16,940 calon atau 4.4 peratus dari sekolah kerajaan negeri dan tajaan badan 
tertentu serta 21,769 orang atau 5.7 peratus calon persendirian.

Bilangan dan peratusan calon yang layak mendapat sijil turut meningkat iaitu 289,498 
calon atau 89.7 peratus calon dari sekolah sekolah kerajaan berbanding 86.8 peratus 
pada tahun sebelumnya; sekolah swasta (11,420 calon atau 91.4 peratus berbanding 84.6 
peratus); sekolah kerajaan negeri (12,021 calon atau 98.2 peratus berbanding 96.4 
peratus); dan calon persendirian (14,531 calon atau 92.8 peratus berbanding 86.3 
peratus).

Abdul Rafie berkata, semua 4,525 calon Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) dan Maktab 
Tentera Diraja pula layak menerima sijil iaitu pencapaian 100 peratus seperti tahun 
sebelumnya.

Sebanyak 74 sekolah iaitu 34 sekolah berasrama penuh, 17 MRSM, 11 sekolah harian 
biasa, enam sekolah menengah agama, empat sekolah swasta dan dua sekolah menegah 
kerajaan negeri mencapai kejayaan cemerlang.

Sekolah Alam Shah, Kuala Lumpur, mendahului senarai sekolah berasrama penuh manakala 
MRSM Jasin, Melaka, mendahului kumpulan MRSM.

Tempat kedua cemerlang bagi sekolah kerajaan ialah Sekolah Seri Puteri, Kuala Lumpur; 
Kolej Islam Sultan Alam Shah, Klang, Selangor; Sekolah Menengah (SM) Sains Muzaffar 
Shah, Ayer Keroh, Melaka; SM Agama Persekutuan, Labu, Negeri Sembilan; Sekolah Tun 
Fatimah, Johor Bahru, Johor; dan Kolej Tunku Kurshiah, Seremban, Negeri Sembilan.

Kelulusan bagi mata pelajaran teras turut meningkat dengan Bahasa Melayu mencatatkan 
88.0 peratus berbanding 86.8 pada tahun 2000, Bahasa Inggeris (66.0 peratus berbanding 
63.8 peratus), Sejarah (69.6 peratus berbanding 67.1 peratus) dan Sains (85.2 peratus 
berbanding 82.1 peratus).

Bagaimanapun, pencapaian dalam tiga subjek teras merosot dengan Pendidikan Islam 
mencatat 87.5 peratus berbanding 92.4 peratus, Pengetahuan Moral (72.7 peratus 
berbanding 81.7 peratus) dan Matematik (70.0 peratus berbanding 72.1 peratus).

Mengulas kemerosotan itu, Abdul Rafie berkata ia bukan sesuatu yang membimbangkan 
kerana ia adalah dari segi kuantiti, bukan kualiti.

“Penurunan itu juga, terutama dalam Pengetahuan Moral, disebabkan sikap calon sendiri 
yang menganggap mata pelajaran itu sebagai tidak perlu untuk mendapatkan pekerjaan.

“Oleh itu, Kementerian Pendidikan akan merombak pembelajaran Pengetahuan Moral dengan 
memperkenalkan beberapa bahan bacaan yang mengandungi pengajaran moral untuk dibaca 
dan difahami pelajar. 

“Dengan cara ini, mereka tidak akan mengambil mudah subjek ini dan pada masa yang sama 
akan mempertingkatkan penguasaan bahasa mereka,” katanya.

-- 

_______________________________________________
Sign-up for your own FREE Personalized E-mail at Mail.com
http://www.mail.com/?sr=signup




 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "apa nama" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke