Assalaamu'alaikum wbt..
 
Bersama ini disampaikan sebuah puisi untuk renungan bersama .. dan
sebagai iktibar ..

DULU DAN KINI

Kalau dulu sukar terdengar .
Gereja Melayu
Kerana biasanya
melayu tidak terpisah dari Islam

Masjid kepunyaan orang Melayu
Gereja kepunyaan orang Kristian
Anihnya sekarang
Gereja dan Masjid
Juga milik orang melayu
Sedangkan Masjid tidak pula
Dimiliki orang kristian??????

Kalau dulu sukar terdengar
Ibu sembelih anaknya
Ayah sembelih anaknya
Anak bunuh ibunya
Anak bunuh ayahnya

Anihnya pembunuh itu
Adalah melayu orang Islam
Tidak pula bangsa lain
Agama lain …
Sedangkan ajaran Islam
Adalah ajaran termulia di dunia
Untuk semua manusia di dunia..

Mungkin juga ajaran Islam
Tidak difahami penganutnya
Mungkin juga ajaran Islam
Tidak dipelajari oleh penganutnya
Juga tidak dipeduli oleh mereka…

Kerana itu semua yang bertentangan ajaran Islam
Diperlakukan oleh penganutnya
Atau sengaja diperlakukan walau dimaklumi
Kerana Iman dan taqwa tiada terlekat dihatinya
Kerana Iman dan taqwa tiada tertanam dijiwanya
Iman dan taqwa perlu dicari
Dengan ilmu Islam, agama yang suci …
Disamping berdoa pinta hidayah ..
Dari Allah yang Maha Mulia…

Umat Islam umat yang mulia
Jika sentiasa mengamalkan ajaranNya..
Sebaliknya pula jika meninggalkan ajaranNya
Dan mengerjakan laranganNya..
Terlalulah ruginya …
Kerana dunia akhirat belum tentu
Hidup Selamat …
Kerana itu insaflah sebelum terlambat

Hindari diri dari laranganNya
Dekati diri dengan ajaranNya
Pegang teguh dua perkara
Al Quran dan Hadith untuk kita ..
Peninggalan Nabi Muhammad yang mulia
Kita tak akan sesat selagi keduanya kita pelihara
Dan mengamalkannya…

Hidup di dunia hanya sementara
Hidup sebenar di akhirat sana..
Jangan sampai menyesal tak berguna
Hendak kembali di dunia sudah tiada jalannya..
Menyesal dulu dan bertaubat
Supaya di sana tiada sesalan..
Marilah kita bersama sentiasa..
Mengikut ajaran Islam yang mulia…
 

Nukilan,
NORZAIMY (noor ainy)
MELAKA.
16 JULAI 2001 (ISNIN)
JAM  9.30  MALAM.
 
 
 
 
 
 

 

Kirim email ke