*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
         UNDILAH PAS DAN BARISAN ALTERNATIF
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
http://www.webreformis.net
Oleh Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat

SAYA ingat dengan penjelasan seperti yang telah saya lakukan dan dilapor 
dengan baik oleh Berita Harian bertarikh 1 Ogos 2002, isu 'samseng' selesai, 
rupa-rupanya tidak.

Masih ada seorang lagi warganegara Malaysia yang berpangkat Penasihat Agama 
kepada Perdana Menteri yang masih belum puas nafsunya. Sementara rata-rata 
masyarakat Malaysia yang waras dan sempat ditemui menghela nafas lega dengan 
penjelasan saya itu.

Bagaimanapun Penasihat Agama kepada Dr Mahathir ini telah mendesak saya agar 
bertaubat. Beliau ini Mufti atau penasihat? Ini kerja Mufti.

Jika mahu nasihat, nasihatlah dengan baik. Jangan main pakai borong tugas 
Mufti pula. Keduanya, beliau ada mengatakan bahawa "tanyalah mana-mana orang 
alim, jawapannya tetap sama."

Saya nak tanyalah. Sudahkah beliau bertanyakan orang alim. Kalau sudah, 
rakyat Malaysia mahu tahu, siapa! Kalau belum, saya minta beliau berbuat 
demikian terlebih dahulu.

Ambil keseluruhan teks kuliah saya dalam konteksnya yang penuh, asli dan 
tanpa penyesuaian, baru bertanyakan 'orang alim' yang mahu dirujuk. 
Kemudian, kembali semula kepada rakyat Malaysia.

Ketiganya, saya mahu ajak Ustaz Abdul Hamid Othman kembali menghayati semula 
pengajian mengenai 'Sifat 20'. Ambil satu contoh sifat Allah yang pertama 
iaitu 'Wujud' yang bererti 'Ada'.

Makhluk pun mempunyai sifat wujud yakni ada. Adakah wujud makhluk, sama 
dengan Wujudnya Allah? Tentunya tidak.

Ini diajar dan berakar umbi dalam pengajian 'Sifat 20'. Sudah berkurun ianya 
diterima oleh umat Islam.

Kaedah ini cuma menyamakan sifat Allah dengan sifat makhluk di peringkat 
muqaddimah.

Setelah dihurai dalam bentuk perbandingan, tahulah Umat Islam bahawa 
mesejnya ialah untuk membesarkan kewujudan Allah serta kekuasaannya, jika 
dibandingkan dengan nisbah kewujudan manusia atau makhluk yang serba lemah 
dan bersifat 'dijadi'.

Hakikat "adanya" itu, walaupun wujud tetapi tidak sekali-kali sama dengan 
kewujudan Allah yang Maha Sempurna. Begitulah dengan Qidam, Baqa' dan 
seterusnya. Kelirukah?

Soalnya di sini, salahkah untuk meminjam perkataan 'Mutakabbir' milik Allah 
yang mutlak itu buat sementara untuk dibandingkan dengan apa yang kononnya 
ada pada makhluk?

Kemudian, salahkah untuk menggunakan sikap takabbur yang kononnya ada pada 
manusia itu, lalu dibandingkan dengan sifat Al-Mutakabbirin Allah?

Perkataan mutakabbir itu pun berasal dari bahasa Arab dan perkataan takabbur 
itu pun juga berasal dari bahasa Arab.

Perkataan bahasa Melayu yang mudah difahami dalam budaya masyarakat 
Kelantan, tempat yang kebetulan saya berkuliah mengenai maudhu' ini ialah 
'samseng'.

Samseng atau 'gedebe' amat mudah difahami di sini. Selaku seorang ustaz, 
mustahil Tan Sri Dr Abdul Hamid bin Othman tidak faham tentang perihal 
keperluan berbijaksana dalam memilih uslub dakwah ketika berceramah.

Atau Dr Abdul Hamid telah lama meninggalkan bidang ini, tak tahulah pula 
saya?

Lebih-lebih lagi bila diterjemahkan sifat (as-Samii') dengan makna Yang 
Mendengar, (al-Bashir) dengan makna Yang Melihat, (al-Mutakallim) dengan 
makna Yang Berkata-kata dan lain-lain; semua terjemahan itu tentu ada 
persamaan dengan sifat makhluk.

Untuk mengelak daripada takut serupa, bolehkah saya kata bahawa:

- Beliau sendiri tidak mendengar (tuli) kerana takut serupa dengan sifat 
Tuhan?

- Beliau sendiri tidak melihat (buta) kerana takut sama dengan sifat Tuhan?

- Bahkan beliau sendiri tidak ada di dunia ini, kerana takut serupa dengan 
sifat Tuhan?

Betulkah kenyataan saya seperti yang dilaporkan oleh akhbar Berita Harian 
(Lihat Berita Harian 2 Ogos 2002) menyebabkan orang ramai terkeliru atau Dr 
Abdul Hamid sahaja yang keliru atau buat-buat keliru?

Saya lebih merasakan Dr Abdul Hamid yang perlu bertaubat kerana cuba-cuba 
menimbulkan kekeliruan ke atas sesuatu yang sudah jelas.

Dengan kekeliruan sebeginilah barangkali sering Perdana Menteri kita pula 
mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang acap kali mencuriga dan mengelirukan 
mengenai Islam.

Selaras dengan ini, jika bolehlah saya menasihati Ustaz Abdul Hamid, saya 
benar-benar berharap agar beliau kembali bermuhasabah tentang dirinya. 
Berperananlah sebagai Penasihat Agama Islam yang beramanah.

Jika beliau sudah merasakan beliau sudah memainkan peranan sebaik 
penasihat-penasihat agama di zaman kegemilangan Islam terdahulu, maka saya 
ucapkan syabas.

Tiadalah daya upaya saya. Saya dengan ini berlepas tangan. Mungkin perlu 
saya ucapkan: "Teruskan khidmat cemerlang anda".

Sebaliknya, jika dhamir dan suara hati beliau memahami dan mampu menyelami 
maksud kebenaran apa yang saya cuba sampaikan, maka saya pohon beliau 
bertaubatlah.

Mohonlah keampunan sama ada secara tertutup atau terbuka. Berpegang dan 
berpihaklah kepada kebenaran.

Bukankah Allah S.W.T. 'Maha Mendengar' lagi 'Maha Mengetahui' tentang setiap 
gerak dari segala isi hati? Saya percaya masanya masih belum terlambat. 
Sesat di hujung jalan, kembalilah ke pangkal jalan.

Jangan rosakkan ilmu kerana menurut nafsu keduniaan. Bukankah kita akhirnya 
akan diadili secara berseorangan di hadapan Allah S.W.T. termasuk saya 
sendiri.

Hidup kita bukannya lama. Beringatlah: "Dan demikian (pula) di antara 
manusia, binatang-binatang melata dan binatang-binatang ternak ada yang 
bermacam-macam warnanya (dan jenisnya). Sesungguhnya yang takut kepada Allah 
di antara hamba-hambaNya, hanyalah ulama'. Sesungguhnya Allah Maha Perkasa 
lagi Maha Pengampun." (Surah Faathir: Ayat 28).

Tidak mungkin maksud ayat ini tidak ada kena mengena dengan seorang yang 
berpangkat Penasihat Agama kepada seorang Perdana Menteri Malaysia di 
Putrajaya.





_________________________________________________________________
Chat with friends online, try MSN Messenger: http://messenger.msn.com


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Ui Dann" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke