*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum....kengkawan.

Dalam kehidupan harian kita ni kengkawan, kita tak
takut kalau berdepan dengan Stone cold ke....The Rock
ke...Rikishi ke...sebabnya kita boleh nampak dengan
mata kepala kita, habis-habis kita cabut lari....Tapi
main dengan Syaitan ni.....kerap sangat le...kita
tewas! boleh di katakan hari-hari.Memang bertepatan le
dengan matlamat perjuangan yang di janjikan iblis.

"Ketika kami berfirman kepada malaikat: Sujudlah kamu
kepada Adam , lalu mereka sujud kecuali iblis. Ia
berkata : Adakah aku akan sujud kepada orang yang
Engkau jadikan dari tanah ? Ia berkata lagi ;
khabarkan padaku akan ini (orang) yang Engkau
muliakan lebih daripadaku. Demi jika Engkau berikan
tempoh padaku sampai hari kiamat, nescaya aku
musnahkan (perdayakan) anak-anak cucunya, kecuali
sedikit saja."
(Surah Al - Israak : ayat 61 - 62)

Mengikut Imam Al-Ghazali yang di petik dari terjemahan
kitab 'Mukasyafatul Qulub': 

Diriwayatkan apabila Allah s.w.t telah melaknat iblis
kerana kesombongannya tidak menurut perintah Allah 
tunduk sujud kepada Nabi Adam a.s, maka wajahnya yang
asal indah cemerlang bertukar bentuk menjadi seperti 
bentuk babi hutan.  Kepala iblis itu dikatakan seperti
kepala unta.  Dadanya pula seperti punut unta besar
(daging yang  menonjol di atas belakang unta).
Sementara wajah  yang ada di antara kepala dan dada
itu seperti wajah  kera. Kedua belah matanya pula
terbelah pada sepanjang  permukaan wajahnya. Lubang
hidungnya terbuka seperti  cerek tukang bekam. Kedua
bibir iblis itu dikatakan  seperti bibir lembu,
taring-taringnya keluar seperti  taring babi hutan dan
janggutnya terdapat tujuh helai  rambut yang
memanjang. Allah s.w.t telah mengusir  iblis dari
syurga, malah dari langit dan dari  bumi dan ke
beberapa jazirah. Iblis masuk ke bumi  kecuali dengan
cara bersembunyi (dengan ketentuan  Allah s.w.t jua).
Allah s.w.t telah melaknatnya sampai  ke hari kiamat.
Diriwayatkan rupa iblis ketika  bergelar Azazil dan
berada pada langit ketujuh  sangatlah indah cemerlang.
Dia mempunyai empat  sayap.Ilmunya banyak, kuat
ibadahnya dan menjadi  kebanggaan pada malaikat.
Wallahualam.  

Bila kita imaginkan.......masyaAllah hodohnya...!

Syaitan ni yang paling popular memang berjenis jenis ,
dengan profesion masing-masing:

Ashua - Kalau dalam bahasa Melayu kita ni....bermakna
Mata buta sebelah. Jadi syaitan ini kiranya lebih
jahat
daripada lanun.Dia punya kerja ialah menghasut
manusia terutama "pehak yang berkuasa"  supaya mereka
ini menghalalkan kan benda yang "Haram" dan
mengHaramkan pulak benda-benda yang "Halal"! Jadi
contoh yang mudah macam ni le......wang royalti minyak
yang telah di rompak dari kerajaan Trengganu telah di
Halal dan di agihkankan sebagai wang
Ihsan...kononnya.Lebih kurang macam Botak Chin saja ,
merompak....lepas tu buat sedekah.

Misuah - Kalau dalam bahasa Melayu kita ni....bermakna
Jeritan Jahiliah.Setan ni pulak kerja dia merasuk
supaya orang menjadi "gila"....celah ingat mungkin
termasuk dengan orang "Gila kuasa". Selain dari
itu...cepat "pemarah",tak boleh orang tegur sikit kita
punya sistem pendidikan......"melompat"!. Tak
terlepas juga bagi orang yang "muflis"....bila pak tak
mau bantu.......toreh tangan....nak buat apa?... orang
toreh le tengkok ka!... Begitu juga dalam kes "gila
meroyan",dengar aje tok guru melawat Bukit
Pelandok.....dah si-Toukei dia kena
"Histeria".....masyaAllah. Gila meroyan ni....kalau
tanya orang kampung...depa kata sebab lepas
beranak...."batu meroyan" tak di letak di tempat
asal!Tapi si-Isa ni....nak perbetul batu
apa!wallahualam.

Tuoba - Iblis ni pulak kerja dia dok buat fitnah! dok
buat cerita kata Anwar liwat kawan tu....kawan
ni.....dan macam-macam lagi.Jadi orang yang buat
fitnah sebegini telah di tunggangi oleh iblis tuoba!

Khanzad - Syaitan ni kerja dia pulak dok bagi orang
lalai dalam sembahyang.Di sediakan rancangan yang
menarik di waktu magrib....itu kalau di rumah. Bila di
luar pulak....pintu stadium Bukit Jalil di bukak
awal-awal.....sepatut ikut langkah pengurusan stadium
Sultan Mohd IV....lepas solat Magrib baru buka!

Tammamah - Syaitan ni pulak dia berkesah dengan
makanan aje. Suri-suri rumah biasanya kena beringat,
kalau dah masak malam.....pinggan mangkuk semua kena
clearkan semua, ini ada yang biar sampai ke
pagi......baru basuh.Bila di biarkan begitu...maka
segala sisa-sisa makanan akan di jilat oleh
si-Tammamah.Itu sebabnya kengkadang surah yang lazim
kita bacapun....boleh terlupa, apa daknya.....dok syer
pinggan mangkok dengan syaitan!Itu
sebabnya....Rasullullah mengingatkan kita, supaya
menutup makanan walaupun dengan sebatang lidi.

Kahil - Syaitan ni kerja dia.....dok ganggu
konsentrasi kita semasa dok dengar ceramah, termasuk
le...masa khutbah jumaat....aduh....mengantuk tak tau
nak kata.Macam mana tak mengantuk.....ada ke
patut....di gunakan "Zakar"nya sebagai celak di mata
manusia!.....masyaAllah......!!!!!

[EMAIL PROTECTED]







__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Yahoo! Auctions - buy the things you want at great prices
http://auctions.yahoo.com/

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: mencelah sikit <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke