*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
de Boar menulis:
>Assalamualaikum sdra Abu Hassan,
>Walaupun saya gembira dengan kejayaan sdra, namun saya ingin 
>awaskan sdra tentang memaparkan gambar sdri Liza, bekas kritian 
>dibawah itu. Saya rasa mendedahkan aurah beliau adalah tidak 
>baik; apatah lagi rupawan seperti dia.
>Semoga Allah tidak persalahkan sdra.
>Mohon maaf; jumpa lagi.
>Wassalam.

Wa 'alaikumusalaam.

Terima kasih kerana membuat teguran. Sebenar saya sengaja
berbuat begitu untuk perhatian Astora Jabat kerana Email
saya telah di cc kepada alamatnya di Utusan. Baru-baru ini Astora
telah menulis tentang memakai tudung adalah TIDAK RELEVAN 
dalam Islam.

Izinkan saya ceritakan lebih lanjut tentang Liza, wanita
Amerika yang memeluk Islam. Dia baru berjinak-jinak dengan
Islam. Mungkin antara perkara yang patut diberitahu kepadanya
ialah wajibnya menutup aurat bagi wanita Islam. Kalau ada
sesiapa yang ingin menatap wajahnya, begitulah rupanya, masih
tidak tahu memakai tudung. Dia tahu dia perlu belajar banyak
hukum-hakam Islam daripada saya. Saya telahpun memberitahunya
tentang hukum memakai TUDUNG. Ya, dia sudah sedar dan sanggup
pakai tudung, tidak macam Astora Jabat, yang menentang hukum
pakai tudung.

Ramai wanita Barat yang telah memeluk Islam sudah memakai
tudung dan mengakui kebaikannya. Kawan saya Liza itu agak
slow memahami hukum pakai tudung. Kita mesti ingat bukannya
senang untuk kita buat teguran umpama berkata kepadanya,
"Hai, kami berdosa besar kerana tak pakai tudung." Ya, saya
telah berdakwah kepada Liza secara halus. Dia sedang
menuju ke arah memakai tudung. Itulah kejayaan saya, alHamduliLLah.
Berdakwah mestilah berhikmah. Dia menghormati saya kerana
boleh berbincang dengan secara rasional. Dia tahu saya adalah
seorang yang kuat berpegang kepada fahaman Sunni. Kadang-kadang
kita mesti memberi kefahaman yang betul kepada orang-orang
intelek Barat yang baru memeluk Islam. Bukan sekelip mata
mereka sudah tahu segala hukum-hakam Islam. Berilah asuhan dan
didikan kepada mereka secara perlahan.

Pernah ada seorang wanita Amerika dari Texas bepuasa bulan
Ramadan buat kali pertama. Dia menceritakan pengalamannya
berpuasa. Selepas satu bulan berpuasa, saya berpesan kepada supaya
mengqadha hari-hari puasanya jika dia ada datang haidh. Dia terkejut
kerana dia pernah berpuasa walau dia didatangi haidh. Walau
bagaimanapun dia telah dapat pengajaran baru bahawa wanita yang
didatangi haidh tidak boleh berpuasa. Kadang-kadang kita tidak
boleh marah kepada orang yang baru masuk Islam yang melanggar
sesuatu peraturan Islam. Baikilah mereka secara berhikmah dan
kasih sayang kerana mereka masih jahil.

Yang Astora Jabat bukannya baru masuk Islam. Yang menghairankan
kita, orang yang mengaku sudah lama menjadi Muslim, tetapi
menentang setengah-setengah hukum-hakam. Lebih-lebih orang IKIM,
mereka menubuhkan IKIM (Institut Kefahaman Islam Malaysia),
untuk memberi penjelasan darihal Islam yang sebenarnya, tetapi
Islam mereka hanya di Institut sahaja, sedangkan pihak akhbar
Utusan menghidangkan penulisan Astora dan Kassim Ahmad yang
terang-terang bercanggah dengan Islam, mereka buat tidak tahu.
Sebab itulah Email-Email saya di cc kepada mereka juga. Saya
tidak fikir orang-orang di IKIM berminat dengan dakwah dan Islam.

TIGER

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Tiger <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke