SOALAN OBJEKTIF PRA-PILIHANRAYA KECIL SANGGANG
KERTAS 1

Semua Pengundi Sanggang Layak Menduduki Ujian Ini.

BAHAGIAN A: UJIAN AKADEMIK

Calon-calon diminta menjawab KESEMUA soalan berikut dengan memilih SATU SAHAJA jawapan yang paling tepat:-

1. Mahathir menyatakan sebelum Pilihanraya Umum yang lalu (sepertimana yang dipetik dalam akhbar The STAR) bahawa: ‘Orang Cina tidak berpuashati. Orang Melayu juga tidak puashati. Pada saya itulah keadilan’. Bagaimanapun berdasarkan kepada rekod agehan habuan projek dan tindakan ‘bail-out’ kerajaan BN sekarang, terdapat satu pihak yang sebenarnya berpuashati dengan konsep keadilan ala Mahathir ini?

a. Orang Melayu
b. Orang Cina
c. Ehem..Kroni dua tiga kerat pemimpin BN-lah

2. Dollah Badawi menyatakan bahawa edaran Harakah yang popular dikurangkan kepada 2 kali sebulan supaya ‘standard’ dengan edaran akhbar MERDEKA terbitan UMNO yang karat dan tak laku. Pada Dollah Badawi, keadilan bererti menyamakan kekerapan edaran kedua-dua akhbar tersebut mengikut ‘standard kekerapan’ edaran akhbar MERDEKA (yakni dua kali sebulan, dan tidak mengikut ‘standard kekerapan’ edaran akhbar Harakah yakni 2 kali seminggu). Pilih komen paling sesuai untuk konsep keadilan sedemikian.

a. Sama sekali rosak kerana memilih 'lower moral ground’ sebagai penanda aras.
b. Sesuai digunakan kerana penggunaan ‘lower moral ground’ sebagai penanda aras memang telah menjadi amalan BN dulu, kini dan selamanya.
c. ‘Lower moral ground’ yang menjadi amalan UMNO selaras dengan ajaran agama.

3. Ali Rustam membuat kenyataan bahawa keadilan berkait rapat dengan kesyukuran. Siapa yang bersyukur kepada BN akan diberikan projek-projek kerajaan. Sebaliknya Ali menyatakan bahawa siapa yang tidak menyokong BN akan ‘dihukum’ seberat-beratnya, termasuk disenaraihitamkan daripada tender kerajaan dan dikeluarkan daripada senarai panel konsultan agensi kerajaan. Pilih persamaan apa yang Ali buat itu dengan amalan berikut:

a. Kronisme ‘at its best’
b. ‘Biasalah tu!’. Rezeki memang ditentukan oleh kerajaan, bukan oleh Tuhan.
c. Bertepatan dengan ajaran agama supaya jangan membiarkan kekayaan diagihkan di antara segelintir orang ‘di kalangan kamu sahaja’.

4. Apabila ada satu dua orang kakitangan bank menyiarkan maklumat rahsia melalui internet, Ali Rustam kata bahawa bank terlibat serta pengurusannya bertanggungjawab terhadap perbuatan itu. Kenyataan tersebut disokong pula oleh Mahathir dan Dollah Badawi. Sebagai perbandingan, apabila Rahim Noor pukul Anwar dalam tahanan, Mahathir kata ia adalah tanggungjawab Rahim Noor seorang: Ia tidak menggambarkan imej polis keseluruhannya atau pun pertanggungjawaban moral Menteri Dalam Negeri/ Perdana Menteri. Perbezaan layanan dan takrifan seperti di atas bolehlah disamakan dengan sebuah tajuk filem berikut:-

a. Antara Dua Darjat
b. Sabaruddin Tukang Karut
c. Kuch Kuch Hota Hai

5. Di hadapan Suruhanjaya Diraja, Rahim Noor berdongeng bahawa dia memukul Anwar Ibrahim kerana mantan Timbalan Perdana Menteri itu memPROVOKnya dengan panggilan ‘ni bapak anjing’. Suruhanjaya yang menyiasat peristiwa itu mendapati bahawa Rahim Noor berbohong. Apabila internet menyiarkan gambar Adnan Yaakob membuat isyarat lucah terhadap penyokong-penyokong Barisan Alternatif, Dollah Badawi menyatakan bahawa Adnan Yaakob telah diPROVOK. Beri kesimpulan anda terhadap kedua-dua episod ini:-

a. Rahim Noor menipu tetapi Dollah Badawi berbohong
b. Rahim Noor berbohong tapi Dollah Badawi menipu
c. Kesemua jawapan di atas adalah betul belaka!

BAHAGIAN B: UJIAN KECERDASAN MINDA

Bahagian ini mengandungi DUA soalan sahaja dan WAJIB DIJAWAB oleh calon. Kegagalan calon menjawab soalan-soalan tersebut akan menyebabkan calon gagal keseluruhan ujian ini.

Arahan Kepada Calon: Sesuai dengan AMALAN DEMOKRASI di negara ini, calon diberi KEBEBASAN SEPENUH-PENUHNYANYA untuk memilih SATU jawapan yang betul bagi tiap-tiap soalan. BAGAIMANAPUN, agar tidak cop sebagai agen asing atau pengamal seks di luar tabii, calon-calon DINASIHATKAN supaya memilih jawapan yang pada anggapan kerajaan BN sebagai betul. Maka yang demikian, anda HENDAKLAH memilih jawapan (b) sahaja bagi soalan No. 1 berikut. Jawapan (a) adalah SALAH!

1. Bagi menegakkan sebuah kerajaan yang bermaruah, telus, demokratik, adil dan mesra rakyat, parti yang patut anda pilih dalam mana-mana pilihanraya adalah seperti berikut:-

a. Barisan Alternatif
b. Barisan Nasional

2. Berpandukan kepada ‘Arahan Kepada Calon’ yang dinyatakan di atas, jelas bahawa demokrasi yang diamalkan oleh pemerintah BN adalah:-

a. Demokrasi taik kucing
b. Demokrasi sebenar

Amaran:-

Calon-calon yang menandakan jawapan selain daripada (b) bagi Soalan 1 di atas sebagaimana yang dinasihatkan oleh kerajaan BN akan menghadapi tindak balas keras daripada kerajaan seperti berikut:-

i. Jika anda seorang kakitangan bank, bank anda akan disenaraihitamkan.
ii. Jika anda seorang konsultan, firma anda akan juga disenaraihitamkan.
iii. Jika anda seorang kontraktor, jangan harap anda akan mendapat kontrak kerajaan.
iv. Jika akan seorang doktor swasta, klinik anda akan dikeluarkan daripada senarai panel

Sebagai langkah bagi memastikan yang jawapan anda itu BETUL sebagaimana dinasihatkan, sila nyatakan profesion anda. Prefesion saya ialah:_______________________________________________________.

Alamat:_______________________________________________________________________________
 

BAHAGIAN C: UJIAN KEMAHIRAN SPEKULATIF

Pilih SATU sahaja jawapan yang betul daripada soalan-soalan berikut:-

1. Calon manakah yang bakal memenangi pilihanraya kecil Sanggang.
a. Parti Pas
b. Parti Ibrahim Ali @ Parti Reput
c. Parti Santan

2. Dalam Pilihanraya Umum yang lalu, UMNO yang kononnya mempunyai 2.7 juta keahlian telah ditolak oleh majoriti orang Melayu. Mengikut Azmi Khalid, hanya 36% orang Melayu yang mengundi UMNO. Berdasarkan kepada senario ini, UMNO-lah yang patut dianggap sebagai parti yang memecah belahkan orang Melayu. (Yalah! Takkan parti yang mendapat sokongan majoriti pula yang dianggap memecah belahkan orang Melayu…pelik bunyinya). Dalam Persidangan Majlis Raja-Raja yang sedang berlangsung, Majlis berkenaan telah bersetuju untuk menyatupadukan semula orang Melayu. Kerajaan mungkin mencadangkan supaya parti yang memecah belahkan orang Melayu diharamkan saja. Parti yang akan diharamkan itu ialah:-

a. Parti Ibrahim Ali @ Parti Reput
b. UMNO Dulu Kini dan Selamanya Karat
c. Semua jawapan di atas pun betul jugak!

Selamat menjawab!
 

Soalan-soalan disediakan oleh:

Lembaga Memanggang UMNO Sanggang, Mentakab, Pahang
(Kertas 2 akan menyusul kemudian)



COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM



Do You Yahoo!?
Talk to your friends online with Yahoo! Messenger.

Kirim email ke