*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum,

Saya adalah pengguna kepada Passport Canggih Malaysia (yang mahal tu). Kita 
terpaksa bayar RM300.00 utk memiliki Passport Malaysia yang mengandungi 32 
muka surat. Saya pernah menanyakan soalan kenapa ia mahal sangat sedangkan 
bilangan muka suratnya hanya 32? jawapan yang diberikan oleh seorang pegawai 
Imigresen di Ibu pejabat Bukit Damansara ialah kerana negara kita telah 
menggunakan kemudahan Autogate di pintu keluar masuk negara ( yang saya tahu 
KLIA sahaja). Saya hanya menganggukkan kepala. Dalam fikiran, mungkin juga, 
walaupun seseorang tu selalu keluar masuk negara, dia masih boleh 
menjimatkan bilangan muka surat passportnya kerana tidak perlu CHOP dengan 
menggunakan kemudahan Autogate. Buat pertama kalinya saya hanya melihat 
kemudahan Autogate sewaktu pulang dari luar negara, saya beranggapan system 
itu amat canggih kerana dengan hanya meletakkan passport pada alat pembaca, 
segala Identiti kita akan dipaparkan di skrin TV dan pintu masuk terbuka 
secara automatik.

Maka tibalah giliran saya menggunakannya. Setelah saya meletakkan passport 
saya keatas alat pembaca, segala data Identiti saya terpapar siap dengan 
gambar sekali, tetapi pintu automatik tidak terbuka. Saya panik, dan pegawai 
Imigresen yang bertugas pada masa itu mengatakan saya Special Case. Kerana 
tidak berpuas hati, saya menanyakan pegawai tersebut, dan dia menceritakan 
bahawa nama saya SAMA dengan nama orang yang kena BLACK LIST. So, autogate 
tidak akan terbuka. Dia menyuruh saya ke Ibu Pejabat Imigresen Bukit 
Damansara (IPIBD) untuk menyelesaikan masalah ini.

Setelah saya merujuk masalah ini di IPIBD, mereka arahkan saya ke bahagian 
Siasatan dan seterusnya ke bahagian Keselamatan. Setelah menunggu agak lama, 
maka datanglah seorang pegawai bertugas memohon maaf diatas kesilapan yang 
berlaku. Dia janji akan perkara ini tidak akan berulang lagi, hanya berlaku 
sedikit kesilapan pada data peribadi saya.

Dan tibalah masanya saya menggunakan perkhidmatan Autogate KLIA, sekali lagi 
kejadian yang serupa berulang, dan pegawai Imigresen KLIA mengatakan dia 
tidak boleh menolong saya dalam perkara ini, saya kena merujuk ke IPIBD. Apa 
bila saja merujuk ke IPIBD, seorang pegawai yang menjawab panggilan saya 
mengatakan pihaknya tidak boleh berbuat apa-apa kerana dah nama saya sama 
dengan nama orang kena black list, nak buat macam mana? Saya menerima 
penerangan tersebut dengan hati yang agak kecewa dengan perkhidmatan 
Imigresen Malaysia.

Terfikir di fikiran saya, system yang digunakan itu adalah ciptaan manusia, 
tidak kah ia boleh diubah dengan mengesan No. Kad Penganalan sebagai syarat 
melalui Autogate daripada menggunakan nama. Saya tidak boleh menggunakan 
kemudahan tersebut HANYA NAMA SAYA SAMA DENGAN NAMA ORANG YANG KENA BLACK 
LIST.. INI TIDAK ADIL. Cuba bayangkan kalau system Kad Pengenalan Baru nanti 
diperkenalkan, tentunya lebih banyak masalah akan timbul kerana masalah yg 
sebegini pun tidak dapat diselesaikan. Bagi orang yg selalu keluar masuk 
negara, tentunya passport mereka akan habis tak sampai dua tahun sekiranya 
tidak menggunakan kemudahan Autogate. Jadi utk apakah kita membayar RM300 
sedangkan kemudahan yang disediakan kita tidak dapat menggunakan?

- Pengembara Kecewa..


_________________________________________________________________________
Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com.

Share information about yourself, create your own public profile at 
http://profiles.msn.com.


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "ab a" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke