*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
  Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Assalamu'alaikum w.b.t

*dipetik dari buku 'PANDUAN UNTUK MATI BERIMAN'
*tulisan oleh Jaafar Salleh


Seorang isteri apabila ia mendurhakai suaminya bererti
ia telah melakukan dosa besar.

Ada beberapa perkara yang menyebabkan seseorang isteri
itu di kira durhaka kps. suaminya.

1. Enggan menyahut dan menunaikan panggilan atau
ajakan suaminya, samada untuk apa jua urusan,
lebih-lebih lagi apabila suaminya mengajak ke tempat
tidur.

2. Tidak mematuhi perintah suami atau tidak mahu
berkhidmat kepada suaminya, sama ada ia diminta atau
sebaliknya.

3. Bermasam muka kepada suami.  Samada ketika dimarahi
suami atau pada masa-masa tertentu atau sepanjang
masa.

4. Menyakiti suami dengan lidahnya.

5. Membeban suami dengan tuntutan-tuntutan yang di
luar kemampuan suami menyediakannya.

6. Keluar rumah tanpa izin suami, sama ada menutup
aurat atau mendedah aurat.  Kecuali kepada hal-hal
yang dibolehkan oleh syariat, dgn. syarat dlm. keadaan
menjaga marwah.

7. Berhias ketika suami tidak ada dirumah(di
sampingnya). Lebih-lebih lagi untuk diperlihatkan
kepada orang lain, maka dosanya lebih besar lagi.

8. Menghina pergorbanan suami.  Iaitu tidak berterima
kasih dengan apa yang diberikan oleh suami dan selalu
sahaja menyatakan perasaan tidak puas hati, bahkan ia
menuntut lebih daripada itu.

9. Membenarkan orang yang tidak diizinkan oleh suami
ke dalam rumah.

10. Tidak mahu menerima nasihat dan pimpinan suami.


Para netters yang budiman, hamba inginkan pengetahuan
dari para netters.  Adakah dosa besar tersebut akan
terhapus sekiranya si suami memberi keampunan kps. si
isteri dan si isteri telah bertaubat tidak mengulangi
lagi perbuatan tersebut.  Bagaimanakah balasan
perbuatan nusyuz itu di sisi Allah s.w.t.  Adakah
bermakna dosanya dengan Allah terhapus jika si suami
mengampunkan dosa si isteri dan si isteri juga telah
bertaubat kpd. Allah s.w.t.  

Wasalam.  Terima kasih.


__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Bid and sell for free at http://auctions.yahoo.com

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Mohd Ibrahim <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke