*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Hai....hang baru sedaq ka! Tapi hang bagus Tajudin.....dah hang tibai 
cukup-cukup, turn orang nak bahas usul dalam sesi kedua hang belah. 
Bijak.....bijak.....ini pasai minum susu Rapidah. Yang Datuk SS kalau takat 
nak beng boom beng dekat ruang legar buat apa....masuk dalam tibai 
cukup-cukup. Tapi nak buat macam mana, member tu belah awai.Tapi awat ahli 
dari kampung cek det yang ramai?!!!hat lain tak pandai berebut kot.Yang ahli 
dari trengganu tok sah dok mai gebang kata...hampa telajak bagi undi kat pas 
trengganu...konon....piiiirah!



Tajudin rela lepaskan jawatan Pengerusi DPMM
KUALA LUMPUR 24 Jun - Tan Sri Tajudin Ramli rela melepaskan jawatan 
Pengerusi Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) kerana kecewa dengan sikap 
ahlinya yang tidak menjalankan amanah yang diberi termasuk berebut projek 
kerajaan.


''Jika mereka (ahli DPMM) sudah tidak mahukan saya, tidak ada sebab mengapa 
saya perlu terus kekal dan sekarang ini mereka tidak mahukan saya.


''Kalau mereka mahukan saya, mereka seharusnya mengikuti apa yang saya suruh 
mereka buat,'' katanya.


Beliau berkata, pada masa ini penolakan ahli-ahli terhadap kepimpinannya 
sudah kelihatan kerana ada di antara mereka yang tidak menjalankan tugas dan 
amanah yang diberi.


Tajudin menyatakan demikian kepada pemberita selepas majlis perasmian 
mesyuarat agung tahunan ke-35, DPMM di sini, hari ini.

Mesyuarat tersebut dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri 
Abdullah Ahmad Badawi.


Beliau juga menegaskan, perpecahan dalam DPMM kini berada pada tahap serius 
dan boleh membawa kepada kemusnahan ekonomi orang Melayu.


Kata beliau, puncanya hanyalah berebut projek membina sekolah di seluruh 
negara bernilai lebih RM400 juta yang diberikan oleh kerajaan untuk 
diagih-agihkan kepada ahli DPMM.


Ketika berucap pula, beliau melahirkan rasa kecewa dan malu secara terbuka 
dengan sikap ahli-ahli dewan yang asyik merengek kepada kerajaan walaupun 
telah banyak diberi peluang dan sokongan.


Sambil mengakui penyakit ini sudah lama menular dalam DPMM, beliau berkata, 
jika tidak dibendung matlamat mengangkat maruah dan martabat bangsa tidak 
akan tercapai.


Tajudin yang tidak akan meminta maaf dari sesiapa ekoran teguran yang 
bernada keras dan pedas itu menegaskan:


''Masa bersandiwara sudah berakhir. Pekung di dada tidak boleh disorok 
selama-lamanya.''


Menurut beliau, usaha memperbaiki diri sendiri terlalu sedikit walaupun 
terlalu banyak projek, peluang dan dana diwujudkan untuk usahawan Melayu 
khususnya ahli DPMM.


Setelah lebih dua tahun menerajui DPMM, beliau melihat dewan dan 
ahli-ahlinya masih terlalu jauh dari menjadi pembela bangsa sebaliknya terus 
merengek seperti anak kecil.


Tajudin berkata, apa yang lebih mengecewakannya ialah niat kerajaan untuk 
membantu DPMM dengan memberikan projek membina sekolah telah menjadi punca 
perpecahan sesama ahli.


''Rendahnya martabat kita. Rendahnya maruah kita,'' tegasnya.



________________________________________________________________________
Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "mencelah sikit" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke