*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
1)Kursy: "Kursy Allah meliputi langit dan bumi (albaqarah 255)

Dari Said bin Jubir, dari Ibnu Abbas, tntg firman Allah (Kursy Allah meliputi langit 
dan bumi), ia berkata: 'AlKursy yaitu tempat meletakkan kedua telapak kakiNya. 
Sedangkan Arsy yg mengetahui ukurannya hanyalah Allah . (AlHakim berkata derajatnya 
shohih menurut pensyaratan Bukhari dan Muslim dan disepakati aDzahabi)lihat Tahdzib 
Syarh Ath-Thahawiyah - oleh Syaikh Abd Akhir Hammad alGhunaimi. Juga ada dibahaskan 
oleh Syaikh Abd Aziz Muhammad asSalman - Tanya Jawab Masalah Aqidah - Disarikan dari 
Kitab alAqidah alWasithiyyah)

2)"Dan Allah bersama kamu dimana sahaja kamu berada" Al Hadid : 4
"Maka kemna sahaja kamu berhadap disitulah Wajah Allah". al Baqarah : 115.
"Dan Allah adalah lebih dekat kepada kamu lebih daripada urat leher kamu". al Qaf : 16.
"Sesungguhnya Tuhanku bersertaku, Dialah yang akan memberi pimpinan kepadaku". Asyu 
Syur'ra : 62.
"Dialah yang awal, yang akhir, yang zahir dan yang batin". al Hadid : 3
Ini menunjukkan bahawa Ayat-ayat itu saling berkait (U wrote).

Komen saya: Sebenarnya banyak lagi ayat2 yg menerangkan sifat2 Allah tetapi semuanya 
TIDAK membawa maksud "Allah berada dimana jua kamu berada".

Kalau diteliti satu per satu tulisan encik kita ini, maka banyaklah pertentangannya 
dengan pegangan aqidah salafussoleh. Cukuplah sekedar ini pembahasannya dlm rangka 
kita berpesan-pesan dgn alhaq...

Allah Maha Mengetahui, wslm.



From: Hassan Hj Abdullah <[EMAIL PROTECTED]>

Assalamualaikum wbt.

"Dan Kursyi Allah SWT itu meliputi 7 petala langit dan 7 petala bumi". (Ayaat Kursyi - 
Al Baqarah : )

Bagaimanakah keadaan meliputi Allah SWT itu tiada diketahui keadaanNya.
Kerana wajib diiktiqadkan hal keadaan ZAT Allah SWT itu bersalahan dan tidak seumpama 
dengan sekalian yang baharu/muhadas/makhluk atau kena jadi. Bukan ZatNya itu jirim 
(menempati ruang dan tempat), bukan jisim (bersuku-suku dan boleh dipecah-pecahkan) 
dan bukan 'arad (berhajat kepada sesuatu menempatinya seperti ada warna, ada gerak 
atau diam, ada
jauh dan dekatnya).

Hendaklah diiktiqadkan bahawa segala yang terupa, terwaham dan terlintas di akal akan 
segala sifatNya itu adalah jua bersalahan dan tidak seumpama denganNya. Kerana segala 
yang terupa dan terwaham itu adalah makhluk jua.

Malahan dalam perbahasan SIfat Wujud dinyatakan bahawa tiada Wujud Allah SWT itu pada 
6 pihak ini :

Tidak di atas, di bawah, di kanan, di kiri, di hadapan, di belakang.

Tidak pada 3 masa ini :

Dahulu sahaja, sekarang sahaja dan akan datang sahaja.

Tidak dikandung oleh tempat ini :

Pada lapis-lapisan langit
lapisan-lapisan bumi
luar langit dan luar bumi.

Jadi "Muhith" Allah Taala itu adalah termasuk kepada "BerIman kepada Alam Ghaib". 
Tidak diketahui dan dapat dibacarakan berkenaan denganNya.

Berkenaan dengan keImanan sdr. ibn Muhajir Allah berada atas daripada langit ke 7, itu 
terpulanglah kepada kefahaman dan keImanan sdr. ibn Muhajir. Tetapi jika dirujukkan 
kepada bertempat maka ia termasuk kepada istilah 'arad iaitu seolah-olah antara Allah 
dan makhluk itu ada jaraknya - jauh atau dekat. Kerana atas daripada langit ke 7 itu 
tersangat
jauh. Saya kira ibn Muhajir pun tak tahu di mana langit ke 7 itu apatah lagi saya. 
Sedangkan langit yang pertama ini pun di mana lapisannya saya pun tidak tahu. Tetapi 
saya sudah menyatakan bahawa "langit dalam bahawa Quran itu adalah sesuatu tempat yang 
tinggi iaitu Alam Tinggi dan ia termasuk kepada Alam Ghaib (Alam 'Alwi)". Dan jika 
ditinjau kepada
beberapa Ayat Quran yang lain, pendapat sdr. ibn Muhajir Allah berada di langit ke 7 
itu merujuk kepada langit dunia (alam benda) seolah-olah bertentangan dengan 
keterangan bahawa Iman itu wajib kepada Alam Ghaib. Dan alam ghaib ini Nabi SAW 
menyebutkan bahawa ,"Alam Ghaib adalah alam yang tidak pernah dilihat oleh mata kasar, 
didengar oleh telinga
kasar dan terlintas di hati kasar".

Saya tidak mahu melanjutkan perbahasan ini di sini malahan saya mahu mengelakkannya 
dari terus membincangkannya di dalam internet. Kerana penerangan lanjut hanya akan 
diperoleh melalui pengajian, pendidikan dan dengan berguru.

Tetapi berkenaan dengan Allah berada dimana jua anda berada ini sepatutnya saya tidak 
patut menuliskannya kepada ibn Muhajir. Saya mengakui  saya tersilap menulis kepada 
ibn Muhajir.  Kerana sdr. ibn Muhajir masih menyamakan Allah itu sama seperti benda, 
jirim dan jisim.

Alasan saya sebelum ini mengatakan ia termasuk kepada Alam Ghaib langsung tidak 
diendahkan.

Allah berada dimana jua anda berada hanya boleh ditujukan kepada mereka yang memahami 
keseluruhan mafhum dan maksud Ayat-Ayat Allah dan berIman dengan seluruh kandungan 
Kitab Allah hingga satu ayat kepada ayat lain tidak bercanggah dan tidak bertentangan.

Sebagaimana Ayat Allah menyatakan,"Aku ada pada diri kamu betapakah kamu tidak 
melihatNya?"  Atau Ayat Hadis Qudsi yang menyatakan ,"Adalah Aku menyertai hambaku 
selama mana ia mengingati Aku".
"Ingatlah, bahawasanya Dialah Tuhan yang meliputi akan segala sesuatu". Fussilat : 54.
Dan Ayat-Ayat lain :

"Dan Allah bersama kamu dimana sahaja kamu berada" Al Hadid : 4
"Maka kemna sahaja kamu berhadap disitulah Wajah Allah". al Baqarah : 115.
"Dan Allah adalah lebih dekat kepada kamu lebih daripada urat leher kamu". al Qaf : 16.
"Sesungguhnya Tuhanku bersertaku, Dialah yang akan memberi pimpinan kepadaku". Asyu 
Syur'ra : 62.
"Dialah yang awal, yang akhir, yang zahir dan yang batin". al Hadid : 3

Ini menunjukkan bahawa Ayat-ayat itu saling berkait.

Bagi sesaorang yang bermaksiat, bersyirik dan hatinya lalai tidak dapat mengingati 
Allah, betapa orang itu dapat merasakan yang Allah itu ada dan menyertaiNya. Orang 
yang berbuat maksiat dan syirik itu pada hakikatnya beriktiqadkan bahawa Allah itu 
tiada. Jika Allah itu ada, pasti tidak akan berbuat maksiat dan syirik.

Sdr. ibn Muhajir dengan mudah membawa dan mengheret kefahaman golongan yang sesat 
mengatakan Allah berada di tempat kotoran. Ini menunjukkan Allah sudah bertempat. 
Mustahil!

Masalah rujukan yang menjadi rujukan sdr. ibn Muhajir itu, rujukan-rujukan yang 
ditulis oleh para ulama tersebut semata-mata mahu mendedahkan bahawa berIman kepada 
Alam Ghaib sahaja. Jangan tanya dan bincangkan secara umum. Itu maksud mereka , agar 
akal manusia yang lemah dan daif ini terselamat.

Jadi yang paling selamat ialah berbalik kepada konsep Iman itu sendiri iaitu berIman 
kepada Alam Ghaib.

Setiap orang bebanan dan tanggungjawabnya adalah tidak sama, kerana manusia itu 
sendiri adalah saling bersalahan (tidak sama dari ilmu, kefahaman dan keupayaannya). 
Allah Taala berFirman makanya:

"Allah Taala tidak membebani sesaorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya". al 
Baqarah : 286.

Orang yang alim (ulama) tentulah kefahamannya lebih baik dan lebih tinggi dari orang 
awam yang lemah ilmu dan pengetahuannya. Demikian juga Iman sesaorang itu adalah benar 
selagi ia adalah benar terhadap Tuhannya.

Jika sdr. ibn Muhajir berfaham dan beriktiqad Allah itu berada atas daripada langit ke 
7, itu adalah benar bagi sdr. ibn Muhajir. Saya berfaham, kebenaran adalah datang dan 
anugerah daripada Allah Taala. Malahan Allah SWT berkuasa memberikan kefahaman yang 
lebih baik dan terlebih baik terpulang kepada rahmat, anugerah dan pimpinannya kepada 
sesiapa
yang dikehendakiNya.

Sesiapa yang mendapat lebih itu , itu adalah sesuai dan adil dengan keadilan Allah. 
Janji Allah adalah amat pasti. Setiap orang akan diganjari setimpal dengan iktiar dan 
usahanya. Allah tidak menganiaya dan menzalimi sesiapa. Quran yang Allah turunkan 
adalah sebagai petunjuk dan bukan setakat ilmu sahaja.

Yang menjadi persoalan ialah ibn Muhajir membahaskannya dari segi ilmu. Jika dari segi 
ilmu akan berlaku percanggahan dan perselisihan. Tetapi dari aspek petunjuk, itu 
masing-masing. Menurut ketentuan dan habuan yang dijanjikan Allah. Sebab itulah 
sebelum ini saya menekankan yang terlebih penting ialah
ilmu dengan amal agar Iman akan dipertambah oleh Allah. Mohonlah akan rahmat Allah 
untuk mendapat hidayah dan beramal atas rahmat dan hidayah Allah. Dari Allah jua yang 
akan dapat memahamkan Ayat-Ayat Allah sebagai petunjuk yang mengatasi segala ilmu dan 
pengetahuan.

Kerana di atas petunjuk itulah lahir dan terbit :
 Hikmah iaitu ilmu yang diperolehi dari petunjuk Allah.

Wallah hu 'alam.
Wassalam.
______________________________________________
FREE Personalized Email at Mail.com
Sign up at http://www.mail.com/?sr=signup


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: ibn muhajir <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke