*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
ASSALAMUALAIKUM yang dikasihi.......


              AL-QUR'AN DILIHAT DARI SUDUT SAINTIFIK


SESUATU yang amat jelas, Al-Qur'an bukanlah sebuah kitab sains. Al-Qur'an 
adalah kitab hidayah. Pembuka fikiran manusia kepada sesuatu yang benar. 
Yang paling utama menyuluh jalan menuju Allah SWT. Mengenali Allah dengan 
sebenar-benarnya. Mengimani-Nya dengan sepenuh jiwa raga. Mengamalkan 
ajaran-Nya dengan penuh keikhlasan kepada-Nya.


Di  dalam sebuah Hadis Qudsi, Allah Ta'ala berfirman, bermaksud :

· "Wahai anak Adam carilah Aku nescaya kamu akan menujui Daku. Sekiranya 
telah kamu tujui Daku maka kamu akan menujui segala-galanya. Dan jika kamu 
(tidak menujui-Ku) maka kamu akan hilang segala-galanya."

· [HR. Al-Hakim]


Untuk menujui Allah dan mengenali-Nya dengan sebaik-baiknya maka Al-Qur'an 
sebagai kitab hidayah yang akan memberi petunjuk kepada-Nya.

Al-Qur'an sebagai kitab hidayah telah memaparkan kepada insan sekalian 
berbagai-bagai pendekatan untuk memudahkan mereka memahami dan 
menghayatinya. Begitu juga Al-Qur'an boleh dilihat dari berbagai-bagai aspek 
yang mampu insan melihatnya. Dari sudut pengetahuan, Al-Qur'an mengandungi 
berbagai ilmu pengetahuan di dalamnya. Dari sudut saintifik, Al-Qur'an 
memuatkan berbagai-bagai fakta saintifik di dalamnya.

Sebagai contoh yang ringkas, dari sudut saintifik, Al-Qur'an telah menyentuh 
dari perkara yang besar hingga kepada perkara-perkara kecil yang boleh 
menjadi titik menungan manusia hari ini, yang perlu diambil ingatan selalu, 
bahawa Al-Qur'an ini diturunkan sejak lebih dari empat belas abad yang 
silam. Pada abad-abad tersebut manusia belum terdedah kepada dunia saintifik 
yang canggih, seperti sekarang ini. Dunia ketika itu masih dalam serba 
kejahilan. Sains tabi'i belum diterokai. Astronomi belum dikaji. Ekologi 
belum diketahui. Malah apa yang disebut pada hari ini sebagai pusat-pusat 
pengajian belum ada lagi.

Dalam keadaan sedemikian itulah Al-Qur'an diturunkan, yang antara lain 
isinya menyentuh secara kasar dan umum tentang fakta berhubung fenomena 
alam. Dengan menyebut ayat yang bermaksud :

· Alam ini pada mulanya hanya gas yang disebut dukhan.

· [Fussilat : 11]


· Asal alam ini hanya satu sahaja macam seketul.

· [Al-Anbiya' : 30]


· Daripada seketul itu dipecah-pecahkan.

· [Al-Anbiya' : 30]


· Semua penghidupan di maya pada ini berpunca daripada air.

· [Al-Anbiya' : 30]


· Alam dijadikan berfasa-fasa dalam masa yang panjang.

· [Al-Furqan : 59]


· Langit berlapis-lapis.

· [Nuh : 71; Al-Mulk : 67]


· Langit amat kukuh dan padat.

· [Al-Naba' : 78]


· Langit sentiasa mengembang dan meluas.

· [Al-Dzariyat : 47]


· Matahari beredar pada orbit demikian juga bulan.

· [Ya Sin : 38]


· Seluruh cakerawala di langit mempunyai orbit.

· [Ya Sin : 40]


· Di bawah gulung langit yang pertama penuh dihiasi dengan galaksi.

· [Al-Buruj : 1; Al-Hijr : 16; Al-Furqan : 61]


· Seluruh isi langit ditadbirkan melalui sistem yang tetap dan jitu.

· [Al-Ra'd : 8; Ya Sin : 39]


· Makhluk-makhluk yang hidup dan melata seperti manusia dan haiwan wujud 
bertaburan di merata planet di merata cakerawala.

· [Al-Syura : 29]


· Oksigen akan berkurangan dan habis apabila semakin tinggi dari paras bumi.

· [Al-An'am : 125]


· Atom wujud dan boleh ditimbang.

· [Al-Zalzalah : 7-8]


· Atom boleh dibahagi-bahagi komponennya.

· [Yunus : 49]


· Setiap sesuatu benda apa pun dijadikan berpasangan.

· [Al-Dzariyat : 49]


· Angin berperanan antara lain untuk pendebungaan.

· [Surah Al-Hijr : 22]


· Hujan berasal dari air laut yang masin tetapi ditapis di awan dan 
menurunkan air tawar (yang sepatutnya masin).

· [Al-Waqi'ah : 68-70]


· Bumi ini bulat tapi lebih mirip kepada bentuk telur ayam.

· [Al-Nazi'at : 30]


· Bumi berputar seperti gasing.

· [Al-Zumar : 5]


· Bukit bakau menjadi paksi utama yang bertindak sebagai tumang.

· [Al-Naba' : 7]


· Matahari sebagai bebola api yang amat hebat dan banyak yang dijadikan.

· [Al-Naba' : 3; Nuh : 16]


· Graviti akan tamat dayanya pada suatu hari nanti.

· [Al-Qaria'ah : 5]


· Masa (time) itu relatif.

· [Al-Sajadah : 32; Al-Hajj : 47]


· Satu tahun mengikut sistem luna (qamariah) berkurangan dari satu tahun 
sistem solar (syamsiah) dengan kadar 10-11 hari. Oleh itu 300 tahun solar 
bersamaan dengan 309 tahun luna.

· [Al-Kahfi : 25]


Dan berbagai-bagai fakta lagi yang disebut oleh Al-Qur'an dalam semua bidang 
saintifik. Kalaulah Al-Qur'an itu diturunkan pada hari ini, pada abad yang 
penuh dengan kecanggihan ilmu dan perhubungan, tentulah tidak menjadi suatu 
kehairanan, kerana sains telah menguasai berbagai-bagai ilmu dan menemui 
berbagai-bagai penemuan. Akan tetapi Al-Qur'an diturunkan ketika manusia 
belum mengenali ilmu seperti itu tentulah ianya tidak merupakan ilmu yang 
diterokai oleh manusia, malahan ilmu yang diberitakan oleh Allah kepada 
Rasul-Nya, Muhammad SAW melalui wahyu-Nya, Al-Qur'an.

Wallahu ta'ala a'lam.......

TO BE CONTINUED.......

Wassalamu.......

Al-Fakir Ilallah - Abdul Jamil Lam Al-Qadiri
________________________________________________________________________
Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Abdul Jamil Lam" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke