TERENGGANU : FAKTA SAHIH YANG DISEMBUNYIKAN

ROSLAN SMS

Sebagaimana yang didedahkan dalam tulisan saya yang lalu, UMNO khususnya  melalui Menteri Agamanya Hamid Othman, telah memutar-belit dan mengeksploitasi dengan jahat berita berhubung lesen menjual arak di Trengganu dengan tanpa malu menyatakan bahawa langkah yang dilaksanakan di Trengganu itu tiada bezanya dengan langkah yang diambil di Pusat. Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Alam Sekitar Negeri YB Hj. Wan Abdul Mutalib Embong telah mengumumkan bahawa kerajaan negeri telah memperbaharui 8 lesen perniagaan arak di Trengganu iaitu dua masing-masing di Kuala Trengganu, Dungun dan Kemaman dan satu masing-masing di Marang dan Besut. Ini bermakna cuma di premis-premis tersebut sahaja dibenarkan masyarakat bukan Islam membeli/meminum arak dalam keadaan yang terkawal bagi seluruh negeri Trengganu.

UMNO melalui akhbar-akhbar perdananya tanpa sebutir maruah pun telah mencedok dan memberikan penghuraian yang menyeleweng terhadap tindakan ini. Kebanyakan akhbar-akhbar mereka termasuklah yang berbahasa Inggeris telah memberikan maksud:

“Trengganu approves 8 NEW liquor licenses.”

Perkataan “NEW” digunakan bagi menunjukkan kononnya kerajaan negeri PAS telah meluluskan 8 lagi lesen baru selain dari yang telah sedia ada dilulus oleh kerajaan UMNO dahulu.

Sedangkan yang sahih sepatutnya :

“The State government had renewed ONLY 8 licenses for selling liquor”

ataupun kerajaan negeri CUMA memperbaharui 8 lesen SAHAJA bagi menjual arak di seluruh negeri Trengganu.

Tiada satu akhbar tempatan pun kemudiannya yang bertanggungjawab memperbetulkan laporan mereka. Setelah puas mereka menabur fitnah, tanpa apa sekali maruah dan etika, mereka pakat diam membisu, termasuklah Menteri Agama yang menjuarai berita fitnah tadi. Kalau kita teliti akhbar The Sun hari Ahad baru-baru ini (9/4/2000) mukasurat 5 di bawah tajuk:

“Reconsider pub closure decision Trengganu government urged”

barulah terdedah fakta sebenar. Berita tersebut cuba meluahkan keresahan peniaga-peniaga araka di Trengganu, namun dicelah-celah keluh-kesah itu terdedahlah maklumat yang sahih. Di laporan tersbut dimuatkan bahawa kerajaan negeri telah sebenarnya menutup lebih 20 premis bar, pub dan pusat karaoke di seluruh negeri berkuat-kuasa 1 April lalu termasuklah 11 di Kuala Trengganu sahaja. Ini menunjukkan kerajaan PAS di Trengganu telah mengambil langkah berani mengurangkan bilangan premis menjual arak kepada bilangan yang sekadar cukup menampung warganya yang bukan Islam yang sememangnya dijanjikan oleh Islam kebebasan meminumnya. Oleh itu bagaimana pula boleh disamakan tindakan ini dengan langkah yang diambil oleh kerajaan Pusat.

Pusat yang turut dianggotai kabinetnya oleh Menteri Agama anak Sik itu telah memberi lesen kepada kilang-kilang arak (kilang Carlsberg di Shah Alam adalah pengeluar arak terbesar di rantau sebelah sini), membenarkan pula syarikat-syarikat arak tadi diapungkan sahamnya di BSKL sehingga bebas sahamnya itu dimiliki oleh sesiapa sahaja termasuklah syarikat dn individu Muslim sekalipun. Kilang-kilang ini pula bebas mengambil pekerja-pekerja Islam malah ada kilang arak di Jalan Klang Lama mempunyai surau di premisnya untuk pekerja-pekerja Islam beribadat, lori-lori membawa minuman haram itu ada yang dimiliki dan dipandu atau dikelendankan oleh orang-orang Islam tanpa sebarang sekatan. Di pub-pub, bar-bar, pusat-pusat karaoke, hotelhotel, restoran-restoran dan pesawat MAS  pekerja-pekerja, pelanggan-pelanggan dan peramugari-peramugari Islam secara bebas menghidang minuman haram ini atas permintaan pelanggan dan arak tadi pula bebas dijual dan dibeli oleh orang Islam. 7 Eleven contohnya yang dimiliki oleh syarikat kerabat di Raja Negeri Sembilan dan Hard Rock Café di KL yang miliki bersama oleh anak-anak Melayu termasuk kerabat di Raja Selangor (yang didoakan agar selamat oleh khatib-khatib Jumaat seluruh Selangor) menjual dan menghidang arak secara bebas. Apakah tindakan Menteri Agama? Buta dan tulikah Menteri tersebut dalam hal ini? Atau masa dan aktivitinya tertumpu pada mencanai dan menabur fitnah bagi menyekat dan menghalang kemajuan Islam di negara ini!

Kembali dan bertautlah pada yang sahih dan benar. Kembalilah kepada perlaksanaan Islam yang syumul dan hentikanlah dari bersandar maklumat kepada lulusan agama yang bertopengkan agama untuk kepentingan perut mereka masing-masing.



COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM



Do You Yahoo!?
Talk to your friends online with Yahoo! Messenger.

Kirim email ke