*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Oleh kerana ada Jeghaung UMNO yang eksyen kata ulama
tak reti memerintah, yang kata kalau ulama memerintah
habis punah negara ni, yang kata hanya UMNO sahaja
yang mampu memerintah, maka saya persembahkan kepada
mereka cerita sebenar PEMERINTAHAN UMNO dan betapa
"haibah" nya pemerintahan serta pengurusan UMNO dan
BN.

Komen saya: Nasib baiklah PAS ambik aih Terengganu.
Kalau tidak dalam masa 10 tahun lagi negeri Terengganu
ni akan PUPUS dari muka bumi.

(Bermula)
Kebijaksanaan Pengurusan Kewangan Negeri di Zaman BN

Boleh dikatakan kesemua anak syarikat milik kerajaan
negeri Terengganu menghadapi masalah pengurusan
kewangan yang tenat. Kalau pun tidak mengalami
kerugian, anak-anak syarikat ini gagal memberikan
pulangan hasil yang memuaskan, malah menjadi bebanan
kepada kerajaan negeri. Di antara contoh menonjol
ialah pembabitan pelaburan negeri di dalam beberapa
syarikat berikut:

a. Gunawan Iron & Steel Sdn. Bhd.
Kerajaan Terengganu melalui anak syarikatnya
Permodalan Terengganu Berhad (PTB) telah melabur dalam
Syarikat Gunawan Iron & Steel sebanyak RM3.6 juta.
Kerugian hasil pelaburan tersebut ialah sebanyak RM100
juta. Selain daripada itu, kerajaan negeri juga
melalui Tabung Amanah Warisan Negeri Terengganu telah
memberi jaminan kepada bank untuk syarikat tersebut
sejumlah RM350 juta. Jumlah kerugian terkumpul akibat
penutupan operasi Gunawan adalah lebih kurang RM453.6
juta.

b. Pembelian Pesawat Mediair
Mediair ialah anak syarikat kepada TDM Berhad.
Penubuhannya secara khusus untuk menjalankan operasi
pesawat ambulan, kononnya untuk menyediakan
perkhidmatan mengangkut orang-orang sakit dari kawasan
pedalaman ke hospital-hospital di bandar secara cepat
melalui udara. Pembiayaan pembelian pesawat itu pula
dilakukan oleh Tabung Pendidikan Negeri (yang menerima
wang tunai 10 peratus royalti petroleum daripada
Tabung Amanah Warisan Negeri Terengganu), di atas
hasrat menyewakannya kepada Mediair.
Tabung Pendidikan telah membeli pesawat terpakai
(second hand) jenis Piper Chyne dengan harga RM6.9
juta. Sedangkan, harga sebuah pesawat baru jenis
tersebut hanyalah US1.2 juta atau lebih kurang RM4
juta sahaja. Manakala sebuah pesawat second hand jenis
tersebut bernilai hanya US200,000 atau sekitar
RM800,000 sahaja. Ertinya telah berlaku penyelewengan
dalam pembelian tersebut lebih RM6 juta. Di manakah
kewajaran pembelian tersebut?
Apabila operasi Mediair mengalami kerugian, sewa yang
dijanjikan kepada Tabung Pendidikan juga gagal
disempurnakan.

c. Perwaja Terengganu Sdn. Bhd.
Negeri Terengganu adalah pemegang 19 peratus saham
dalam Syarikat Perwaja Terengganu (Perwaja Steel) Sdn.
Bhd. Kerugian terkumpul Perwaja sehingga akhir tahun
1998 ialah berjumlah RM3.5 bilion. Sebagai pemegang
saham, kerajaan negeri terpaksa turut menanggung
kerugian berjumlah RM671,545,880.00.

d. Babena (Bekalan Air ke Pulau Redang)
Kerja-kerja memasang saluran paip dari Bukit Kemudu ke
Pantai Penarik dan di dasar laut (rujuk 100 Isu)dari
Penarik ke Pulau Redang telah dikontrakkan oleh
Kerajaan Negeri Terengganu kepada anak syarikatnya
yang bernama Babena Sdn. Bhd. Harga kontrak asal ialah
sebanyak RM24.26 juta, tetapi berakhir dengan
perbelanjaan berjumlah RM46 juta iaitu pertambahan
lebih RM20 juta. Sejumlah RM11 juta dari pertambahan
tersebut diperolehi melalui 10 variation order (V.O)
atau perintah mengubah. Manakala RM9 juta lagi ialah
bayaran exgratia (saguhati) kepada Babena dengan tidak
ada apa-apa sebab langsung.
Apa yang lebih menyedihkan, perbelanjaan sebanyak itu
hanya memberikan manfaat yang sedikit sahaja kepada
rakyat (rujuk 100 Isu).

e. Sterling Hectars
Sterling Hectars, salah sebuah anak syarikat kerajaan
negeri telah membuat pembelian tanah yang agak
misteri. Sebidang tanah terpencil seluas 498 ekar di
kawasan perkuburan Cina dan tidak mempunyai laluan
masuk melalui darat (hanya dapat sampai melalui
helikopter) telah dibeli dengan harga RM46 juta atau
RM92,369 seekar. Tujuan pembelian amat tidak jelas.
Bahkan, ia sekarang masih menjadi beban kepada
kerajaan negeri kerana pembeliannya menggunakan wang
pinjaman bank yang mesti dijelaskan. Manakala usaha
menjual tanah tersebut amatlah sukar, kerana tidak ada
pihak yang berminat membelinya.

f. Pembelian A&W (Singapore) Limited.
TDM Berhad telah membeli A&W Singapura daripada Scotts
Investment (Singapore) Limited pada tahun 1997.
Kerugian terkumpul A&W Singapura pada masa itu telah
menjangkau S$49.1 juta, dengan jumlah tanggungan
S$39.1 juta dan sedang menghadapi beberapa kes saman
mahkamah kerana gagal menyelesaikan tanggungannya.
Dalam ertikata yang lain A&W Singapura pada masa itu
sudah pun muflis. Tetapi TDM tetap berkeputusan
membelinya juga. Akibat pembelian tersebut, TDM
terpaksa mengharungi tidak kurang daripada 43 kes
saman mahkamah. Sebanyak RM14.2 juta pula dibelanjakan
untuk menyelesaikan hutang-hutang tersebut. Manakala
pinjaman bank yang dibuat untuk A&W Singapura pula
berjumlah S$10.5 juta atau RM24.2 juta. Apakah
rasionalnya TDM berkeputusan membeli syarikat yang
begitu tenat keadaan kewangannya?

g. Pelangi Airways
Kerajaan negeri turut kehilangan pelaburan dalam
syarikat penerbangan Pelangi Airways hampir RM500
juta.




 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Abdul Rahman <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke