*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum,

Malam tadi ketika mendengar satu ceramah sempena sambutan Maal Hijrah; ketika 
ustaz menceritakan secara detail dan terperinci babak demi babak dan watak 
demi watak yg terlibat dalam proses pernghijrahan tersebut, dan ketika mana 
ustaz menekankan tentang kesabaran Rasulullah SAW dan para sahabat yg beberapa 
orang itu menanggung derita ditekan, dipulau, dihina, dikeji, dicerca, 
difitnah, dikecam dan disiksa serta ditorture selama 13 tahun lamanya itu - 
sebelum turunnya perintah untuk mereka berhijrah ke Madinah; secara tiba-tiba, 
entah ilham dari mana datangnya, fikiran saya lantas teringatkan perjuangan 
duri ranjau yg sedang ditempuh oleh para pejuang PAS dewasa ini.

Kebetulannya pula, seminggu sebelum itu saya ada menghadiri satu taklimat 
untuk semua pekerja PAS menjelang p/raya 2003 yg dijangkakan akan berlansung 
dalam bulan April 2003 yg akan datang. Oh ya, tarikh tersebut kita jangkakan 
yg sedemikian kerana kita semua tahu UMNO tentunya mahu 'bersinsing lengan' 
dengan kita terlebih dahulu sebelum mereka bersinsing lengan sesama mereka 
dalam Perhimpunan Agung mereka tak beberapa hari selepas itu.

Apabila melihat tarikh 2003 dan apabila teringatkan 13 Tahun Nabi dan para 
sahabat ditekan secara pukal dan secara habis-habisan di kota Mekah sebelum 
turunnya perintah Hijrah itu, tanpa diundang, padang pemikiran saya lantas 
teringatkan usia PAS di bawah pemerintahan Ulamak di Kelantan yg dijangka akan 
berusia 13 tahun menjelang p/raya 2003 akan datang.

Selama 13 tahun lamanya sejak Ulamak mengambil alih pemerintahan di Kelantan 
pada tahun 1990 hingga tahun 2003 itu nanti, kita telah dan akan terus 
menyaksikan bagaimana jemaah yg dipimpin oleh para Ulamak Warisatul Anbiya ini 
ditekan, dipulau, dihina, dikeji, diputar belitkan kenyataan mereka secukup 
rasa, dipermain-main dan diperlekeh-lekehkan dan yg paling mutakhir dalam 
kejadian di Kubang Bok tempoh hari, kita rasa hendak menitis air mata melihat 
bagaimana seorang ulamak semulia Tuan Guru Nik Aziz terpaksa dilarikan dengan 
motor cabuk di celah2 akar dan perdu getah di tengah malam yg gelap dan hitam; 
seandainya motor tersebut terlanggar perdu getah atau pun tertempuh batang2 
buluh yg berjuntaian di antara denai dan lorong di Kg Kubang Bok berkenaan, 
maka ada kemungkinan kedua2 mereka, penunggang dan pembonceng akan 
terpelanting dan mungkin akan mengalami cedera yg parah atau pun jika sampai 
ajal mungkin mautlah akibatnya. Hingga begitu sekali sanggup mereka perlakukan 
kpd seorang insan yg bertaraf Ulamak ini!

Selama 13 tahun juga kita menyaksikan bagaimana pemerintahan Ulamak di 
Kelantan ini difitnah setiap hari, bagaimana hak mereka untuk mendapatkan 
geran wajib yg sah di bawah perlembagaan yg ada dinafi dan dimain-mainkan 
begitu saja, bagaimana wakil2 rakyat yg sah dilantik oleh rakyat jelata 
dinafikan hak mereka untuk menyalurkan peruntukan kewangan wajib beratus ribu 
setahun, bagaimana sumber rezeki (minyak di pesisir Kelantan)di negeri yg 
diperintah mereka disalur di hadapan mata masuk ke bumi kapiaq untuk 
disalurkan semula masuk ke negara ini melalui jalan yg lain, semuanya 
bertujuan untuk menyekat pembangunan di negeri yg diperintah oleh Barisan 
Ulamak ini. Begitu juga dengan jalan-jalan raya yg lebar seperti lebuhraya di 
sebelah pantai barat yg sengaja tidak dilaksanakan di sana, tetapi sebaliknya 
mereka bermegah di dalam akhbar bercerita mengenai kepakaran anak watan (?) 
mendapat kontrak membina lebuhraya dan jalan-jalan di negeri Tamil Nadu nun 
jauh di bumi India sana - suatu fakta yg amat menyentuh rasa!

Dan, yg paling menyedihkan sekali, selama 13 tahun itu juga negeri Kelantan yg 
hampir 100% nya beragama Islam dinafikan hak mereka untuk menjadikan Islam 
sebagai sumber tertinggi perundangan negeri. Semua orang tahu kisah Ancaman 
pihak berwajib di pusat sana terhadap cadangan kerajaan Kelantan untuk 
melaksanakan Enakmen Undang2 Islam tempoh hari, tidak perlu kita mengulas 
panjang, hanya bisa menyebak rasa.

Meringkaskan tulisan, jika selepas 13 tahun Nabi berjuang, dihina dikeji dan 
ditekan sepuas rasa di Mekah, dan tak terdaya menegakkan Daulah Islamiyah di 
sana; maka Nabi pun berhijrahlah ke Madinah. Maka, jika setelah 13 tahun 
Kepimpinan Ulamak dihina, dikeji dan ditekan semau-maunya di Kelantan, dan 
kerana itu usaha kita untuk menjadikan Islam sebagai sumber rujukan tertinggi 
masih gagal dilaksanakan, lalu apakah pula langkah kita seterusnya jika 
ditakdirkan pada tahun 2003 ini nanti pun kita masih lagi gagal mengotakan 
kejayaan?

Apabila diajukan persoalan ini kepada anak-anak muda yg sehari dua ini darah 
merah mereka sudah mula naik menyirap hingga ke muka; rata-rata mereka yg saya 
temui menjawab kata:

"Kami hanya menunggu saat Tuan Guru memberi lampu hijau!!"

Melihatkan kepada kesabaran Tuan Guru yg begitu tercabar, teruk diasak dan 
dihenjak tidak henti-henti siang dan malam sejak kebelakangan ini; adalah 
dirasakan masa yang dinanti-nantikan oleh anak-anak muda kita itu hanyalah 
dalam kiraan sedetik dua cuma.

Lantaran itu, kita ingin memberi amaran dan mengingatkan kpd mereka-mereka yg 
terus mengasak Tuan Guru kita ini, kpd mereka-mereka ini yg tidak memahami 
perkembangan politik dunia semasa yg menyaksikan kembalinya semula darah jihad 
ke dalam tubuh anak-anak muda Islam dewasa ini; kepada kamu kami ingin 
mengingatkan bahawasanya:

"KESABARAN TUAN GURU KAMI PUN ADA BATASANNYA!!"

Wassalam,
Ahmad Baharudin Kasbi


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Ahmad Baharudin Kasbi <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke