TIADA CADANGAN UNDANG-UNDANG KHUSUS HAPUS PERJUDIAN DI KAFE SIBER


PETALING JAYA, 28 Jan (Bernama) -- Kerajaan tidak bercadang menggubal undang-undang khusus untuk menangani masalah perjudian menerusi Internet di kafe siber, kata Menteri Tenaga, Komunikasi and Multimedia, Datuk Amar Leo Moggie.

"Dalam hal ini, ia bukannya masalah kafe siber tetapi masalah penguatkuasaan undang-undang terhadap perjudian," katanya pada sidang berita selepas merasmikan nama and logo baru syarikat BICCGeneral Cables (Malaysia) Sdn Bhd.

Syarikat itu, yang dahulunya dikenali Power Cables Malaysia Sdn Bhd, merupakan usaha sama antara Lembaga Tabung Angkatan Tentera yang memiliki 60 peratus ekuiti, dan BICC plc, yang memiliki 40 peratus ekuiti.

Moggie berkata pemilik kafe siber memang tidak dibenarkan untuk menjalankan kegiatan perjudian di premis mereka.

"Jika mesin di kafe siber digunakan untuk berjudi, ia menjadi mesin perjudian dan bukann! ya mesin Internet," katanya.

Beliau berkata bahawa tahun lepas pun terdapat cadangan pengguna Internet di kafe siber didaftarkan tetapi pada masa itu ia dianggap tidak perlu.

Moggie berkata kerajaan beranggapan amalan yang sedia ada terpakai dan tidak ada cadangan yang lain.
-- BERNAMA



COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM

Do You Yahoo!?
Talk to your friends online with Yahoo! Messenger.

Kirim email ke