Date: Thu, 16 Nov 2000 08:17:43 +0800

www.harakahdaily.com

Tinggalkan perjuangan Umno - Ito

KUALA TERENGGANU, 15 Nov (Hrkh) - Bekas penyanyi kumpulan Blues Geng, Mohd.
Arif Kendut yang lebih dikenali dengan panggilan Ito menyeru ahli Umno
segera meninggalkan perjuangan parti itu.

Katanya, perjuangan Umno tidak relevan kerana pemimpin mereka banyak
melakukan kezaliman.

"Saya bersama dengan perjuangan Barisan Alternatif (BA) kerana tidak mahu
bersekongkol dengan orang yang zalim," ujarnya di satu majlis Ceramah Alaf
Baru, di Kampung Chabang Tiga, baru-baru ini.

Menurutnya, kes terbaru bukti kezaliman Umno dan kerajaan BN terhadap rakyat
dalam i Himpunan 100,000 Rakyat, di Kuala Lumpur, 5 November lalu.

Selain itu katanya, kelemahan kerajaan BN yang memerintah punca kegagalan
mengatasi masalah rasuah dan cetak rompak.

"Saya yakin dan percaya masalah rasuah dan cetak rompak dapat di atasi jika
B! A yang memerintah ngara ini," ujarnya dihadapan ribuan hadirin.

Menurutnya, masalah tersebut pernah diajukan kepada kerajaan agar
menyelesaikan segera sejak dari tahun 80-an lagi.


Comments ? E-mail Us






COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM



Do You Yahoo!?
Yahoo! Calendar - Get organized for the holidays!

Kirim email ke