June 12, 2000

ANALISA BERITA

Tk Kemang, Sanggang: Alternatif berkuku
Fathi Aris Omar

12 Jun: Barisan Alternatif meletakkan calon yang tepat dalam pilihan raya kecil Telok
Kemang. Ruslan Kasim daripada Parti KeADILan Nasional yang menggunakan lambang mata
lebam rupa-rupanya menakutkan Barisan Nasional.

Maka media arus perdana BN, khususnya Utusan Malaysia dan TV3, menyerang KeADILan
daripada segenap penjuru. Dengan kelebihan majoriti 9,942 yang ditinggalkan oleh bekas
calon BN lalu, kegilaan serangan media itu agak ganjil.

Apatah lagi memikirkan kawasan parlimen Telok Kemang terletak di Negeri Sembilan,
antara dua negeri di Semenanjung yang begitu pejal daripada asakan pembangkang dalam
pilihan raya umum November lalu - pilihan raya umum terbaik pembangkang sejak 1969.

Ketakutan BN yang ditunjukkan melalui kempen itu terjawab kini. Ruslan dapat
menurunkan majoriti BN itu sebanyak hampir 4,000 undi kepada 5,972 di tengah-tengah
"kecemerlangan" sokongan kepada kerajaan. Misi pembangkang itu bolehlah dianggap tidak
memalukan, kalaupun tidak dianggap berjaya.

Sementara itu dalam pilihan raya kecil DUN Sanggang pada 1 April, BN berjaya mendapat
1963 undi majoriti, peningkatan lebih 900 undi. Bagaimanapun, jentera pilihan raya BA
di situ mendakwa wujud 300 orang pengundi luar kawasan, dan 300 lagi nama pengundi
‘hilang' daripada senarai pengundi 1999.

Senarai pemilih yang baru tahun 2000 - pernah menjadi kontroversi kerana tidak
memasukkan lebih 680,000 pengundi - digunakan untuk dua pilihan raya kecil tersebut.

Selepas enam bulan pilihan raya umum, jika ditinjau daripada dua keputusan tersebut,
nyatalah sokongan akar umbi terhadap Barisan Alternatif masih lagi berkuku.

Maka, munasabahlah isu Ketua Pemuda KeADILan Mohamad Ezam Mohd Nor "memanjat pagar"
untuk menyampaikan hadiah kepada Nurul Izzah Anwar menjadi modal politik - sempat
beberapa hari ia dimainkan oleh akhbar yang menjadi rujukan utama Melayu kampungan
itu.

"Kalau nak dijadikan isu, katalah saja Nurul mengandung anak Ezam ke, barulah logik,"
ulas seorang pelajar universiti, berhubung berita itu. "Kalau setakat ‘panjat pagar,'
remeh sangatlah isunya."

Sementara Ezam pula menyifatkan serangan itu "satu rancangan jahat melalui beberapa
orang desparado."

"Sungguh menyedihkan Dr Mahathir dalam usia yang semakin tua nampaknya begitu terdesak
dan sanggup menggunakan kaedah-kaedah yang keji seperti itu," ulas Anwar pula kepada
malaysiakini dalam satu temubual Jumaat lepas.

Serangan itu bermula dengan kemasukan semula Naib Ketua Pemuda KeADILan Kedah, Zuraidi
Ramli bersama Umno pada Jumaat sebelum penamaan calon 30 Mei lalu. Bagaimanapun, isu
remeh itu difikirkan tidaklah terlalu besar untuk menggemparkan negara dan menggoncang
simpatisan KeADILan.

Lalu isu desakan lima tapak web reformasi terhadap Timbalan Presiden Dr Chandra
Muzaffar dan Setiausaha Agungnya, Mohd Anuar Tahir, mendahului berita Zuraidi itu.
Berita yang asalnya dibocorkan oleh malaysiakini menjadi lead story dua akhbar Melayu
pada hujung minggu itu dan sebuah akhbar Inggeris menyiarkan isu itu dalam tempoh
seminggu.

Selepas itu kemasukan Zul Azhar Cha yang rapat dengan Ezam sehinggalah penyertaan Wan
Indra Putra Ahmad, Nordin Ahmad, Baharudin Ali Masrom dan, pada hari pengundian Sabtu
lalu, 32 ahli Kampung Fajar, Gombak.

Oleh kerana semua tokoh itu tidak bertaraf nasional - malah tidaklah sangat dikenali
di kalangan penyokong pembangkang atau KeADILan - ulasan tentang apa yang didakwa
"krisis dalam KeADILan" itu disebut bersama desakan perletakan jawatan Chandra dan
Anuar.

Hairan sekali, calon pilihan raya Ruslan sendiri, apatah lagi Anwar, bukanlah sasaran
media arus perdana. Ia nampaknya berkisar isu Pemuda parti itu, ertinya Ezam, dan
KeADILan di beberapa negeri.

Isu kedua yang dimainkan ialah layanan baik kerajaan, melalui parti Cina MCA, terhadap
penternak khinzir di DUN Lukut. Kawasan perindustrian khinzir antara yang terbesar di
Asia Tenggara itu pernah dilanda wabak virus Nipah tahun lalu yang memakan korban
lebih 100 nyawa dan memusnahkan harta benda hingga ke saat-saat ini.

Menjelang hari mengundi, kerajaan dilaporkan bersedia "menghidupkan kembali" industri
penternakan di situ. Bagaimanapun, pengundi di situ memberikan sokongan majoriti
kepada Ruslan. Beliau mendapat hampir 300 undi. Beberapa hari selepas penamaan calon,
penternak di situ diberikan cek beribu-ribu ringgit setiap seorang sebagai "pampasan"
walaupun krisis itu berlalu lebih setahun.

Kekecewaan mereka sudah diketahui umum sentiasa wujud. Malah, sejak beberapa bulan
mutakhir masih ada lagi saki-baki penternak yang koma, dan sesetengahnya berulang-alik
ke hospital akibat mengidap virus berbahaya tersebut. Jika virus ini mewarisi
ciri-ciri virus Hendra yang pernah menyerang Australia beberapa tahun lalu,
dijangkakan pengidap Nipah akan menemui ajal dalam tempoh setahun serangan - sekarang!

Sementara BA menyerang calon BN, S. Sothinathan, setiausaha politik Menteri Kerja Raya
S. Samy Vellu melalui isu saham Maika Holdings, sebuah syarikat kroni MIC.

Pada 1990, sebanyak RM50 juta saham Telekom yang diperuntukkan oleh kerajaan kepada
koperasi itu malangnya dibolot oleh tiga syarikat persendirian yang dipunyai
kepentingannya oleh calon BN. Kira-kira RM45 juta, atau 9 juta saham dengan harga RM5
setiap satu, diselewengkan kepada tiga syarikat milik persendirian itu.

Selain isu-isu tradisi, seperti rasuah dan politik wang yang diamalkan kerajaan dan
penyempitan demokrasi negara, BA juga membangkitkan isu layanan buruk kerajaan
terhadap penternak khinzir.

Mereka berusaha menimbulkan isu ke peringkat nasional, misalnya calon BA Ruslan,
termasuk dalam kumpulan peguam yang dikatakan akan menyaman Menteri Kesihatan, Datuk
Chua Jui Ming. Nampak juga kerajaan diserang rasa bersalah atas kecuaian dan sikap
apathy mereka.

Pendek kata, isu yang dibangkitkan BA berjaya mengurangkan majoriti BN tetapi serangan
media perdana menggagalkan usaha merebut Telok Kemang.

BN retains Teluk Kemang with reduced majority (June 10-11)
BAM bukan ketua bahagian Tg Karang (9 Jun)
Farmers to sue government for mishandling Nipah outbreak (June 8)
RM300,000 upah lompat Umno (8 Jun)
KeADILan VP questioned on police report against Negri Sembilan MB (Jun 5)
Nipah death stalks Teluk Kemang by-election (June 2)
Ezam: Serangan peribadi ‘berniat jahat' (30 Jun)

COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM

Do You Yahoo!?
Yahoo! Photos -- now, 100 FREE prints!
--0-1681692777-960775639=:16425
Content-Type: text/html; charset=us-ascii

June 12, 2000

ANALISA BERITA

Tk Kemang, Sanggang: Alternatif berkuku
Fathi Aris Omar

12 Jun: Barisan Alternatif meletakkan calon yang tepat dalam pilihan raya kecil Telok
Kemang. Ruslan Kasim daripada Parti KeADILan Nasional yang menggunakan lambang mata
lebam rupa-rupanya menakutkan Barisan Nasional.

Maka media
arus perdana BN, khususnya Utusan Malaysia dan TV3, menyerang KeADILan daripada
segenap penjuru. Dengan kelebihan majoriti 9,942 yang ditinggalkan oleh bekas calon BN
lalu, kegilaan serangan media itu agak ganjil.

Apatah lagi
memikirkan kawasan parlimen Telok Kemang terletak di Negeri Sembilan, antara dua
negeri di Semenanjung yang begitu pejal daripada asakan pembangkang dalam pilihan raya
umum November lalu - pilihan raya umum terbaik pembangkang sejak 1969.

Ketakutan BN
yang ditunjukkan melalui kempen itu terjawab kini. Ruslan dapat menurunkan majoriti BN
itu sebanyak hampir 4,000 undi kepada 5,972 di tengah-tengah "kecemerlangan" sokongan
kepada kerajaan. Misi pembangkang itu bolehlah dianggap tidak memalukan, kalaupun
tidak dianggap berjaya.

Sementara itu dalam pilihan raya kecil DUN Sanggang pada 1 April, BN berjaya
mendapat 1963 undi majoriti, peningkatan lebih 900 undi. Bagaimanapun, jentera pilihan
raya BA di situ mendakwa wujud 300 orang pengundi luar kawasan, dan 300 lagi nama
pengundi ‘hilang' daripada senarai pengundi 1999.

Senarai
pemilih yang baru tahun 2000 - pernah menjadi kontroversi kerana tidak memasukkan
lebih 680,000 pengundi - digunakan untuk dua pilihan raya kecil tersebut.

Selepas enam
bulan pilihan raya umum, jika ditinjau daripada dua keputusan tersebut, nyatalah
sokongan akar umbi terhadap Barisan Alternatif masih lagi berkuku.

Maka,
munasabahlah isu Ketua Pemuda KeADILan Mohamad Ezam Mohd Nor "memanjat pagar" untuk
menyampaikan hadiah kepada Nurul Izzah Anwar menjadi modal politik - sempat beberapa
hari ia dimainkan oleh akhbar yang menjadi rujukan utama Melayu kampungan itu.

"Kalau nak
dijadikan isu, katalah saja Nurul mengandung anak Ezam ke, barulah logik," ulas
seorang pelajar universiti, berhubung berita itu. "Kalau setakat ‘panjat pagar,' remeh
sangatlah isunya."

Sementara Ezam
pula menyifatkan serangan itu "satu rancangan jahat melalui beberapa orang
desparado."

"Sungguh
menyedihkan Dr Mahathir dalam usia yang semakin tua nampaknya begitu terdesak dan
sanggup menggunakan kaedah-kaedah yang keji seperti itu," ulas Anwar pula kepada
malaysiakini dalam satu temubual Jumaat lepas.

Serangan itu
bermula dengan kemasukan semula Naib Ketua Pemuda KeADILan Kedah, Zuraidi Ramli
bersama Umno pada Jumaat sebelum penamaan calon 30 Mei lalu. Bagaimanapun, isu remeh
itu difikirkan tidaklah terlalu besar untuk menggemparkan negara dan menggoncang
simpatisan KeADILan.

Lalu isu
desakan lima tapak web reformasi terhadap Timbalan Presiden Dr Chandra Muzaffar dan
Setiausaha Agungnya, Mohd Anuar Tahir, mendahului berita Zuraidi itu. Berita yang
asalnya dibocorkan oleh malaysiakini menjadi lead story dua akhbar
Melayu pada hujung minggu itu dan sebuah akhbar Inggeris menyiarkan isu itu dalam
tempoh seminggu.

Selepas itu
kemasukan Zul Azhar Cha yang rapat dengan Ezam sehinggalah penyertaan Wan Indra Putra
Ahmad, Nordin Ahmad, Baharudin Ali Masrom dan, pada hari pengundian Sabtu lalu, 32
ahli Kampung Fajar, Gombak.

Oleh kerana
semua tokoh itu tidak bertaraf nasional - malah tidaklah sangat dikenali di kalangan
penyokong pembangkang atau KeADILan - ulasan tentang apa yang didakwa "krisis dalam
KeADILan" itu disebut bersama desakan perletakan jawatan Chandra dan Anuar.

Hairan sekali,
calon pilihan raya Ruslan sendiri, apatah lagi Anwar, bukanlah sasaran media arus
perdana. Ia nampaknya berkisar isu Pemuda parti itu, ertinya Ezam, dan KeADILan di
beberapa negeri.

Isu kedua yang
dimainkan ialah layanan baik kerajaan, melalui parti Cina MCA, terhadap penternak
khinzir di DUN Lukut. Kawasan perindustrian khinzir antara yang terbesar di Asia
Tenggara itu pernah dilanda wabak virus Nipah tahun lalu yang memakan korban lebih 100
nyawa dan memusnahkan harta benda hingga ke saat-saat ini.

Menjelang hari
mengundi, kerajaan dilaporkan bersedia "menghidupkan kembali" industri penternakan di
situ. Bagaimanapun, pengundi di situ memberikan sokongan majoriti kepada Ruslan.
Beliau mendapat hampir 300 undi. Beberapa hari selepas penamaan calon, penternak di
situ diberikan cek beribu-ribu ringgit setiap seorang sebagai "pampasan" walaupun
krisis itu berlalu lebih setahun.

Kekecewaan
mereka sudah diketahui umum sentiasa wujud. Malah, sejak beberapa bulan mutakhir masih
ada lagi saki-baki penternak yang koma, dan sesetengahnya berulang-alik ke hospital
akibat mengidap virus berbahaya tersebut. Jika virus ini mewarisi ciri-ciri virus
Hendra yang pernah menyerang Australia beberapa tahun lalu, dijangkakan pengidap Nipah
akan menemui ajal dalam tempoh setahun serangan - sekarang!

Sementara BA
menyerang calon BN, S. Sothinathan, setiausaha politik Menteri Kerja Raya S. Samy
Vellu melalui isu saham Maika Holdings, sebuah syarikat kroni MIC.

Pada 1990,
sebanyak RM50 juta saham Telekom yang diperuntukkan oleh kerajaan kepada koperasi itu
malangnya dibolot oleh tiga syarikat persendirian yang dipunyai kepentingannya oleh
calon BN. Kira-kira RM45 juta, atau 9 juta saham dengan harga RM5 setiap satu,
diselewengkan kepada tiga syarikat milik persendirian itu.

Selain isu-isu
tradisi, seperti rasuah dan politik wang yang diamalkan kerajaan dan penyempitan
demokrasi negara, BA juga membangkitkan isu layanan buruk kerajaan terhadap penternak
khinzir.

Mereka
berusaha menimbulkan isu ke peringkat nasional, misalnya calon BA Ruslan, termasuk
dalam kumpulan peguam yang dikatakan akan menyaman Menteri Kesihatan, Datuk Chua Jui
Ming. Nampak juga kerajaan diserang rasa bersalah atas kecuaian dan sikap
apathy mereka.

Pendek kata, isu yang dibangkitkan BA berjaya
mengurangkan majoriti BN tetapi serangan media perdana menggagalkan usaha merebut
Telok Kemang.

BN
retains Teluk Kemang with reduced majority (June 10-11)
BAM bukan
ketua bahagian Tg Karang (9 Jun)
Farmers to
sue government for mishandling Nipah outbreak (June 8)
RM300,000
upah lompat Umno (8 Jun)
KeADILan VP
questioned on police report against Negri Sembilan MB (Jun 5)
Nipah death
stalks Teluk Kemang by-election (June 2)
Ezam:
Serangan peribadi ‘berniat jahat' (30 Jun)

COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM

Do You Yahoo!?

Yahoo! Photos -- now, 100 FREE prints!
--0-1681692777-960775639=:16425--

( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )

Pengirim: krqxz <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke