Pak Ya Junid meninggal

KUALA LUMPUR 7 Ogos (hrkh) - Bekas Ahli Majlis Syura PAS, Tuan Guru Haji Yahya Junid (Pak Ya Junid), 91 tahun, telah kembali ke rahmatullah jam 6.30 petang semalam kerana sakit tua.

Menurut anaknya, Haji Najib Fahmi, ayahnya telah menghembuskan nafasnya yang terakhir di Putra Medical Centre (PMC) dekat sini.

Jenzah beliau dijangka akan disemadi kira-kira jam 10.30 pagi ini di tanah perkuburan Padang Lumat, Yan, Kedah.

Semasa hayatnya, Allahyarham adalah pelopor PAS Kedah dan telah menjawat pelbagai jawatan penting peringkat negeri dan pusat seperti Ketua Dewan Ulama PAS Kedah adn AJK Dewan Ulama PAS Pusat.

Beliau pernah dilantik menjadi Ahli Majlis Fatwa Majlis Agama Islam Kedah tetapi telah dipecat selepas peristiwa Memali.

Kirim email ke