*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
         UNDILAH PAS DAN BARISAN ALTERNATIF
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Saya masih ingat Nik Aziz, ketika menyebut tentang sikap Allah
terhadap manusia yang angkuh dan degil, ada tempat-tempat yang
disebut dalam Al-Qur'an yang memberi amaran yang keras dan bahasa 
yang digunakan amatlah berat. Sebagai contoh dalam ayat,

Maka jika kamu tidak mengerjakan (meninggalkan sisa riba), maka
ketahuilah bahawa Allah dan RasulNya akan memerangi kamu.....
[Al-Baqarah 2:179]

Ini adalah amaran yang amat berat bagi manusia-manusia yang
suka makan riba. Allah MENGISYTIHARKAN perang terhadap mereka
itu. Jika difikir betul-betul adakah munasabah Tuhan mahu
berperang dengan manusia? Ini tidak lain, perkataan "perang"
itu digunakan secara simbolik betapa murkanya Allah terhadap
manusia yang menghalalkan riba.

Dalam majlis-majlis yang mana Nik Aziz dijemput untuk memberi
kata-kata nasihat, Nik Aziz sering menyebut ayat Al-Baqarah 179
itu supaya ummat Islam sedar betapa amalan berkaitan dengan
riba diberi amaran yang keras oleh pihak Allah sendiri. Sehingga
Allah mahu berperang dengan manusia yang makan riba. Setakat ini
saya tidak pernah mendengar Dr Mahathir, pemimpin-pemimpin UMNO
yang pernah membaca ayat Al-Baqarah 179 kepada orangramai. 
Mungkin mereka sendiri tidak hiraukan ajaran Al-Qur'an atau
bimbang ayat yang jika mereka baca itu akan terkena mereka
sendiri. Lebih-lebih lagi pak lebai UMNO dan ulama UMNO ambil
ayat-ayat Al-Qur'an untuk kepentingan diri sahaja.

Di tempat-tempat lain dalam Al-Qur'an Allah menggunakan istilah-
istilah yang cukup berat terhadap manusia-manusia yang meng-
anggap ringan dan remeh terhadap hukum-hakamNya. Mereka
disebut umpama anjing (Al-'Araf 7:176), babi dan kera (Al-Maidah
5:60), buta, bisu, bodoh, jahil ...dsbnya.

Berkenaan dengan ayat Allah membalas tipu-daya manusia yang
merancang kejahatan terhadap orang-orang beriman, Allah mengguna-
kan perkataan yang sama terhadap diriNya, contohnya "maakireen"
dalam ayat,

wa makaruu wa makar _Allahu wa _Allah khairu _l-maakireen

Orang-orang kafir itu membuat tipu daya, dan Allah membalas
tipu daya mereka itu. Dan Allah sebaik-baik pembalas tipu
daya [Ali 'Imran 3:54]

Ini TIDAK bererti Allah turut juga membuat perbuatan jahat
mengatur tipu daya terhadap manusia. Ini adalah NISBAH kepada
manusia jahat yang mana Allah membalas perbuatan keji mereka
itu, dan balasan Allah itu seolah-olah turut berbuat tipu
daya sesuai dengan kehendak hikmahNya.

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Tiger Chan <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke