Title: UCAPAN SELAMAT HARI RAYA KEPADA SEMUA....

Assalamu'alaikum kepada rakan-rakan netters sekelian,


Dengan akan berakhirnya Ramadhan yg mulia ini, tibalah masanya kita menyambut kedatangan Syawal.  Sedih kerana Ramadhan hanya akan menjelma hujung tahun ni (sebab kita raya 2 kali tahun ni, jika umur panjang; InsyaAllah.

Memandangkan saya dah mula nak bercuti, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan "Selamat Hari Raya" kepada semua sekali dan saya juga ingin minta maaf sekiranya ada salah & silap sepanjang menulis ke Hizbi net dan juga Muslimat Net.


Kepada rakan-rakan Muslimat.... saya minta maaf kerana tidak dapat memenuhi permintaan beberapa netters yg meminta saya untuk membuat kek permaisuri kerana saya betul-betul sibuk.   Disebabkan sepanjang minggu lepas saya tak sihat, asyik demam (I think Puan Salwani kita tahu sangat akan hal ni), saya hanya boleh buat kek itu untuk mak & kakak-kakak sahaja.  Minta maaflah banyak-banyak.


Kepada yg dah beri address tu... harap bersabar tunggu..... kami diberi kad raya lambat dari "person-in-charge", so lambatlah menghantarnya.  Kad pun tak berapa menarik, entah-entah terselit-selit aje di sebalik kad-kad yg besar-besar tu!   Ish....  sempat mengutuk kad raya pulak!   Kalau tak sampai, jangan marah tau!  Ni dah minta maaf awal-awal lagi nih!

OK...... kepada yg jauh di perantauan tu...... bersabarlah banyak-banyak.... Saya faham bagaimana rasanya.. atau mungkin ada yg dah biasa kot.., entahlah!   Kali ni saya tak dapat "konvoi" dengan ipar-duai saya kerana saya akan beraya di KLANG, tanah tumpah darahku.  Wuuushh... seronoknya dapat beraya di rumah ayahbonda, menangislah husband saya kali ni!  Tapi tak apa....  raya kedua kita balik juga rumah mertua di Utara, InsyaAllah.  Cumanya mak mertua saya kali ni tak ada menantu sulung dia untuk sibuk-sibuk ke dapur, biasanya setiap kali bila giliran ke Utara dulu, pasti  saya merampas takhta di dapur dari mak mertua saya.....  hehehehehe!   Especially bila time buat ketupat daun palas... bagai nak rak belajar balik sebab jarang buat!   Bila bersembang on the phone dengan mak mertua hari tu.... mulalah dia rasa sedih sebab saya tak ada nak tolong ke dapur sebelum Raya... apa nak buat, dapat menantu jauh-jauh memanglah gitu, kan??  Sekali balik sana, sekali balik sini...

Teringat pulak last year balik beraya konvoi dua buah kerata.  Kali ni, biras saya bawalah kereta kami dengan kakak ipar saya....  Kami akan menyusul pada Hari Raya kedua.  Nak raya kat rumah saudara mara di sekitar Klang, Banting & Shah Alam...   Jika ada kelapangan, sudi-sudilah jemput ke rumah ayahbonda di malam raya pertama di Klang.  Alamat?  Bagi Muslimat netters, tanyalah orang kuat Muslimat Net!  Hehehehe......

Bonda sayalah yg paling seronok nampaknya..  Hai.. maklumlah kali ni anak bongsu dia beraya di rumahnya, tentulah seronok.  Sakanlah tolong mak masak.  Silap-silap takhta dapur rumah mak pulak saya rampas!  Tak sabar nak makan rendang carek-carek dan ketupat pulut.  Orang Selangor tak buat ketupat daun palas, kalau ada pun jarang.  Balik Utara baru boleh makan ketupat daun palas.

Akhir kata, kepada yg nak memandu nanti....  berhati-hatilah di jalan raya.  Semoga semuanya dalam rahmat Allah.  Semoga berbahagia di samping keluarga masing-masing.

Wassalam


Kirim email ke