*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
         UNDILAH PAS DAN BARISAN ALTERNATIF
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Lepas subuh tadi, dok melangut depan TV sampai pukul
8.00...terus mai kerja. Hari ini, cukup best punya
bila tengok berita Al-Jazeera pagi tadi:

Kemarin dulu CNN habag Amerika dah dpt tawan Umm-Qasr;
tapi sampai pagi tadi Al-Jazeera dok tunjuk tentera2
Amerika masih dok meniarap di tebing2 kat tepi
pelabuhan tu; masih dok bertempur dgn tentera2 Iraq
tak habis2 lagi. Kata dah dpt tawan, awatnya depa
masih dok meniarap lagi!!

Al-Jazeera habag kata ramai tentera Iraq yg terbunuh
dan setakat nie Amerika masih belum berjaya kuasai
pelabuhan kecek Umm Qasr tu.

Ish,ish,ish....tara pelabuhan umm qasr yg kecek tuek
tu pun tak boleh buat apa lagi, cam na nak tawan
Baghdad.

Yg lawaknya, tadi malam al-jazeera tunjuk sidang
akhbar oleh Menteri Iraq di mana Menteri tu habag kata
Amerika dah masuk perangkap Iraq di Umm Qasr.

Awat daknya; kalau tengok berita CNN, berduyun-duyun
tentera Amerika dan rombongan depa menghala ke tengah
Iraq....confident habis.

Rupa2nya, sebaik2 saja depa sampai di Nasriyah; depa
kena ambush; lepas tu tentera2 Iraq di Umm Qasr pun
mula bertempur. Makna kata Amerika dah kena kepung.

Depa nak sangat Umm Qasr sebab dari situlah nanti,
bekalan2 untuk tentera2 depa yg sedang berperang dalam
negeri Iraq tu akan masuk.

Baca berita www.yahoo.com yg latest pula, Amerika
sedang mengalami heavy casualties di Nasriyah. Berita
CNN pagi tadi at last mengaku bahawa Iraq berjaya
menghalang kemaraan tentera Amerika ke NAsriyah
sebanyak 3 kali; sedangkan malam tadi bukan main CNN
habag kata Amerika dah berjaya tawan Nasriyah
sepenuhnya.

Yg paling bestnya, berita CNN pagi tadi habag kata
Amerika marah sungguh kat Russia sebab bagi kat
tentera Iraq Night Goggle (hat boleh tengok malam tu),
senjata pemusnah kereta kebal dan alat jem
radar/electronic equipment. Al-Jazeera pula memetik
kenyataan Menteri Russia yg mengaku terus terang
bahawa Russia memang ada bagi bantuan teknikal kpd
Iraq, dan secara berani beliau menyatakan bahawa ianya
tidak menyalahi resolusi PBB.

Ha, Russia dah campur tangan...

Sure gempak lagi jadinya!

-Temingat Di Belantara-



__________________________________________________
Do you Yahoo!?
Yahoo! Platinum - Watch CBS' NCAA March Madness, live on your desktop!
http://platinum.yahoo.com

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Temingat Di Belantara <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke